we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, October 29, 2009

hari kurang bernasib baikku... uhuk... =(

semalam... punyalah semangat ber'aerobik'. serius macam dah lama tak pergi aerobik. balik exam 4.30pm tu terus ready2 nak pergi. padahal aerobik pukul 5.30pm. hehe... piza pun sampai bilik aku awal. memang semua dalam mode aerobik lah. dr.faizah pun ber'ia2 ajak kitorang. lagilah aku semangat sebab dah tak takut pasal psm. hehe...


dah sampai tu, tunggu lah mereka2 yang beransur2 datang... instructor pun nak setup2 laptop semua. aku nampak lah pakcik ni tengah main bola dengan budak kecik. aku dalam hati, "orang nak start aerobik ni, pergilah main jauh2. kang ada bola kena kepala kang..." amy kata muka pakcik tu bengkek je time kitorang masuk ramai2. huh, aku peduli apa...

sedang aku berangan2 seorang diri... gedebuk!! aku blank kejap. then bila dengar suara piza baru aku sedar bola kena kepala aku. benda first aku sebut;

"nasib baik gigi tak gugur"

sakit woo... sampai gegar gigi aku. pakcik tu sengaja menunjuk protes agaknya geram kitorang kacau dia main. eii... aku pulak geram. tak say sorry pulak tu. aku yang kebengongan. after tu reti pulak nak blah. before aku kena bukan main lagi taknak stop main. ni ke trainer utm? tendang bola pun pengkor. mengong. yang jadi mangsanya aku!! sakit tau!! nyaris2 aku nangis semalam tau. tapi pikir balik, kang mood aku spoil pulak. takkan aku nak jalan kaki balik blok sorang2. huhu.. sedih...

overall... aerobik semalam sangat best. walaupun kepala bengong2 loncat2, stil bersemangat. resultnya, arini badan aku dah start sakit2. ni gambar semangat kami ber'aerobik'. seronok gile!! bollyrobik!


ni pulak piza yang excited terlebeh ber'bollyrobik'. hehe...



balik dari aerobik, lapar... pergi k11 cari makanan. beli kuew teow wantan. budak2 ni pergi cerita kat abang wantan tu... habis dia haruk aku. dia kata, "mane kepala kena hantuk bola ni..." geramnnya aku! at the end, aku tak makan pun wantan tu. tak sedap! masak megi ayam. lagi best!!



p/s : petang ni ber'aerobik' lg. amy sudah jatuh cintan dengan instructor tu. lalalala~~









29102009 ~ 3.41pm
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, October 27, 2009

my new boyfriend~

sempena entri saya yang ke-100, saya nak cerita pasal boyfriend saya. lelaki yang paling saya sayang selepas ayah, boy, abang and gerek and semua2 lah yang berkaitan dengan diri ini. jangan bila i tak sebut tu, ada yang kecil hati pulak. kikiki... i pun sayang uncle-uncle i sekalian. siapa lagi yang nak aku sayang? hoho...

inilah dia wajah boyfriend baru saya. lalala~~


AQIEL ILHAM

handsome kan? mestilah... buah hati i kan... tapi budak ni gatal sikit. hehe... baru 9 bulan ni dah pandai nak ngorat2 awek. ops, turun dari siapa agaknya tuh? he... tapi don't worry semua, telah cik nurul nasihatkan budak ini. kalau nak jadi playboy, jadilah macam cik bey dia. jangan macam cik abang dia. kikiki...

ha, satu lagi pic. macho kan? sedang bermain dengan kuih bahulu ni. hehe...


dan ini pula... lelaki2 di hatiku. lalala~~ aqiel dan cik juan. kikiki... (aku still takleh accept name ini)






p/s : tadi dah makan mcD. malam ni plan nak megi asam laksa. and 1 more thing, cikna pergi hantar gambar2 makanan ikea yang dia pergi hari tu. rasa macam nak belasah dia aje. huh!! nextime u kena masak kat rumah okay! hoho..

27102009 ~ 2.41pm
bilik aku ~ g17-217

Sunday, October 25, 2009

sweetest person in my life =)

huhu... gerek udah pulang ke pangkuanku setelah 3 ari di jerantut. rindu gilak. dia dahlah ada buat salah kat aku selama 1 minggu. jadi, kalau dia tak buat sesuatu tu memang nak kena lah tu. tak serik2. kikiki... fyi, aku memang garang walaupun aku rasa aku lah manusia paling lembut di dunia ni. lemah longlai... kakaka... ni ada something nak tunjuk.

ini kad gerek bg aku selama dia pergi jerantut. terima kasih kepada mailgirl gerek; cik safuraa. terima kasih kerana membantu gerek meng'surprise'kan aku walaupun kad yang pertama betul2 menguji kesabaran aku. tapi... sweet kan? comel...

hari pertama : pink, hari kedua : biru, hari ketiga : kuning


after dia sampai tu... apalagi, kamu berdating lah... dia ajak makan. at first aku nak makan stimbot. tapi pikir2 balik... untuk memuaskan kepingin aku. kami menuju Taman Sentosa. kami makan bubur nasi. eh silap, aku sorang je makan. gerek aku makan nasi goreng USA.


yummy... after weeks... akhirnya aku dapat makan nasi bubur favouriteku. sudah sekian lama aku mengidam. MENGIDAM?? kikiki.... gambar tak berapa clear pulak. maaf yek.






p/s : blog saya sudah sehat... terima kasih blog kerana kamu kembali sehat. saya janji akan update yang simple2 sahaja lepas ni. tak mo buat aku berat2...







25102009 ~ 2.16am
bilik aku ~ g17-217

Saturday, October 24, 2009

mengapakah???

kala ini... aku sangat cuak kerana aku sebagai pemilik dan penulis blog ACCORDING TO YANNA menghadapi masalah untuk membuka blog sendiri. bagaimana ini??? kenapakah ini berlaku?? tolonglah... adakah kerana aku meletak banyak gambar? tapi sebelum ini banyak jugak entri2 ku dengan gambar yang berderet2. mengapakah hanya kali ini kejadian ini berlaku?

sesiapa... tolong lah daku menyelesaikan masalah ini... sesungguhnya daku amat menyayangi blogku ini... tolong... uhuk2....




p/s : aku update entri kali ini untuk melihat adakah masalah masih terjadi dengan entri terbaru ini...



24102009 ~ 11.03am
bilik aku ~g17-217

Friday, October 23, 2009

english camp at Pagoh~

kejadian ni dah berlaku hampir 2minggu. tapi pada saat ini barulah aku sempat untuk mengupdate pasal Pagoh ni. biasalah... busy dan hari ni, jumaat, semua assignments sudah selamat hantar. alhamdulillah... mintak maaf pada group members ku kerana aku tidak productive untuk kalian. maaf...


okay, pada 2minggu lepas, 9okt-11okt... under subjek sosiologi kami telah mengadakan kem bahasa inggeris dan program anak angkat di Pagoh. mula2 semua mengeluh taknak pergi. yelah... ketika itu assignments sangat banyak dan date due utk PSM1 sudah suntuk sangat. tapi akhirnya... semua pulang dengan kenangan manis. ada pahit jugak sebab adanya budak2 protokol yang kurang bertamadun.

ustaz shahrin bin jamaludin yang rasmikan program kami ni. bangga woi... lupa nak cakap. program ni masuk akhbar utusan pada 14okt lepas. nampak jugaklah muka aku. hehe... twice in paper this sem. hebatlah TESLove!!

ni aku, amy, piza dan lain2 pada malam briefing. orang dok membebel depan, kitorang dok bergambar. kikiki... ingat aku takut pada si protokol tu?












esoknya, budak2 mendaftar. group aku bekerjasama bersama cikyah dan chen lim mendapat 5 orang kanak2. inilah gambar kami ketika ice breaking. hui... aku nyaris hilang sabar. nasib baik cikyah menenangkan aku. hoho... serius, aku lupa cara layan budak2 primary. aku tak tipu.

macam2 aktiviti lah kami buat untuk tarik minat budak2 ni. supaya diorang anggap english tu interesting.

eh, lupa nak cerita pasal family angkat kitorang. rezeki, aku dapat serumah dengan piza. AGAIN!! ai, takde orang lain agaknya nak digandingkan dengan aku. hehe... ni aku dan piza bersama adik angkat kami. diorang ni 4 beradik tapi yang kecik berdua ni yang paling rapat dengan kami. bergambar2, main bunga api. syok.


ni pulak gambar family angkat kami... best kan? kami anak2 angkat YDP SK Panjang Sari. kiranya macam anak YB lah. yang lain g program naik moto, kami naik keta. hehe... koya.


ni gambar2 TESLove. cayalah.. kerana program Pagoh ni, kami unite. hehe... nak jamu selera pun jadi masalah. apa ke benda lah...

antara gambar2 koya kami... TESLove forever~














dan akhir sekali.. gambar aku dan chen lim ala2 pengantin gitu... wawawa... di sini, saya ingin meminta maaf kepada gerek. ni hanyalah gambar hiasan semata2. takkanlah i nak mengorat dengan cina pulak kot...



p/s : gerek on the way balik JB. nak bagi bunga aku beli hari tu. bestnya...





23102009 ~ 4.57pm
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, October 20, 2009

teringinnya.........................(T_T)

adeii... actually baru last week makan cedap2 ni. tapi tengok2, selak2 gambar... aish, macam sedap je. bukan macam, aku memang tau benda tu sedap... jadi... tapi... uhuk2...



aku dah beberapa hari teringin sangat bubur. last week actually dah makan. tapi tak sedap. aku taktaulah lidah aku yang pahit atau memang bubur tu tak sedap. yelah, last week aku kurang sehat. sebab tu cari bubur. tapi amat mengecewakan. mematikan mood makan aku yang baru timbul ketika itu.



minggu lepas, boleh di katakan minggu makan. memang bantai makan apa2 jelah yang gerek pelawa. dia pergi jerantut. hari rabu aku pergilah makan ayam penyet dengan amy sambil menunggu kepulangan dia. sudah sekian lama aku tidak menjamah ayam penyet di sana. dan kecewa sekali lagi. entah... hari tu aku rasa ayamnya tak sedap.

hari khamis pulak, makan pizza hut dengan amy. tak sempat tangkap gambar sebab makanannya datang 1,1. tak boleh nak tangkap gambar semua. then malam tu gerek dah janji nak makan sama2. dia sekarang on diet. so selalunya aku makan, dia tengok. kali ni, aku kata kalau dia tak makan sama, aku pun takmo makan. so, destinasi kami... stulang! beli nasi goreng seafood. tapi gerek tak mo makan area2 situ. so kami pergi ikan bakar!! adei mak... pikir je dah kecur....



menu kami : nasi goreng seafood stulang, ikan pari bakar tepian tebrau, cikong sejuk dan teh panas (gerek aku kan macam org2 tua... minum pun mau panas2 je)



hmmm... tapi masih, aku tak dapat bubur nasi. uhuk2...









p/s (i) : amy ajak midnight papadom. kikiki... entah kenapa, aku makin sayang kat amy. hehe... bukan entah kenapa, aku tau kenapa. tapi... saje je nak bubuh entah kenapa... valuing friendship. lantaklah pompuan tu nak sebut apa2 pun. maaf, state kurang stabil lagi.



p/s (ii) : gerek outstation esok. aku pun tak tahu ke jerantut or KL... dia pun tak bagitau aku. aku kena tanya ke? hmmm....











20102009 ~ 7.50pm
bilik aku ~ g17-217

Monday, October 19, 2009

mode : jiwa kacau

update kali ni... aku nak cerita pasal pagoh sebenarnya. bcoz it has been a week. takkan nak cerita benda yang dah lapuk. tapi kerana mood hari ni agak kacau, taknak cerita pasal pagoh. next entri maybe. tunggu jelah. lagipun gambar tak ambil lagi dari amy...

hari ni... telah berlaku satu kejadian. sangat mengejutkan. serius. menggeletar tangan aku. aku taknak di tuduh sengaja memerangkap. taknak jugak orang lain dituduh bersubahat. benda bukan sengaja tapi... memang niat aku untuk mencari. aku harap aku akan kecewa. tapi... memang aku lah orangnya yang menjumpai. memang akulah orangnya yang nampak 'benda' tu.

aku berbelah bahagi. aku takut. serius tak tipu... aku takut. masa tu, aku taktau apa patut aku buat. apa patut aku rasa? happy sebab dah jumpa, atau kecewa kerana terjumpa? apa? aku takut... aku sedih.

kenapa ek... aku tak sangka. apa yang dia pikir? aku akan dapat jawapannya kah? aku akan dapat tau tak satu hari nanti reasonnya? atau sebenarnya takde reason. tapi... akhirnya, benda dah selesai. lega, itu salah satu perasaan aku. takut, kerana mungkin masalah akan timbul. sedih kerana aku dah ingatkan. happy sebab kawan aku selamat. entahlah...

pengajaran... i do not want to say : "i've said so"





p/s : aku kecewa sangat. sedih. i do not know u anymore. but u happier right? i don't give a damn! kasar ayat aku. tapi ini realitinya...




19102009 ~ 9.53pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, October 16, 2009

BANAFE Village~~

korang pernah dengar tak BANAFE village? tempat baru ni. dulu cikai2 je tempatnya. then dia upgrade. memang cun lah. siap masuk METRO lagi. layanan 5stars, harga kaki lima. menarik kan? tapi aku takdelah tergerak nak pergi try2 ke hape. tapi last 2weeks (dah lama tak update blog, busy amat... huhu...), cikna nak belanja. dapat untung jual apa entah agaknya... and sekali menyambut birthday dia.

cikna bagi choices kat aku. nak TGI Fridays ke, BANAFE Village. aku katalah BANAFE lah. sebab tak pernah try. TGI dah pernah makan. so ari sabtu malam tu sama2 lah kami ke BANAFE. dengan harapan makan western yang amat sedap (orang kata).

ni tengah order. lama gile nak order sebab menu dia panjang2. and waiter dia pun takleh nak describe kat kitorang. hm... tak syok langsung.

























gambar bawah ni, birthday girl. walaupun birthday dia, dia pulak yang treat kitorang. hehe... thanks cikna. love you always.














ni pulak makanan aku. boleh lah tahan sedap. tapi fish and chips kat bomba lagi sedap. murah pun murah. huh!!

overall daripada 5 bintang, aku bagi 1. kerana, order mak aku tak dapat. waiter sendiri tak sure tentang menu. kitorang order fries dapat mashed potato. dia kata nanti hantar dalam mangkuk. sampai dessert abis pun tak nampak rupa fries. makanan mahal (kononnya harga kaki lima tu kan) and kecik je daging2. ayah aku pesan black pepper sos sampai sudah tak sampai2. abang aku order nasi putih and lauk2. lauk sampai, nasi takde. nak makan dengan apa oi!! macam2 lagi yang aku tak puas hati. tak larat nak taip.

tapi... dessert dia sangat sedap. waffle choc dia sangat sedap. banana cheese dia pun sedap. itu jelah jadi penyedap hati.


ini satu2 nya gambar aku malam itu yang aku ambil. hoho... mata bengkak je kan. tak cukup tido tu. balik UTM tu pun sebok nak buat kerja lagi. hoho... busy2.


ni pulak gambar adik aku. bergambar poyo ala2 model jam pulak. yelah, baru beli jam baru. aku macam berkenan pulak. nak beli jam baru lah. hoho... eh takleh, aku still sayang esprit aku tuh. walaupun kurang puas hati sebab asyik berkarat je. ish... 2 kali dah hantar kedai.





huh!! inilah yang dikatakan indah kabar dari rupa. tapi overall, we had our family time together that night. walaupun aku terkejar2 nak balik utm before 12am. kang ada aku takleh masuk pulak kang.






p/s (i) : hari ni result SPA gerek keluar. tapi betul ke hari ni sebab tak keluar2 lagi linknya.

p/s (ii) : cikna buat open house. nasi dagang... here i come. lalala~~








16102009 ~ 2.16pm
bilik aku ~ g17-217

Thursday, October 15, 2009

~matang~

matang... matang... matang... apa tuh? subjektif sangat maksud dia. nak terangkan pun payah. dalam kamus dewan memanglah senang je dia statekan. tapi untuk terangkan kepada orang bodo macam aku ni? hmm...

pengalaman mematangkan usia. bagi aku, salah!! pengalaman hanya akan mematangkan usia kalau orang tu ambil iktibar. kalau tak, pengalaman hanya kenangan. manis atau pahit. suka atau duka. gembira atau sedih. takde lah boleh matang2 kan usia ni. kalau dah tua pun ada jugak yang perangai macam budak2. jadi, apa tu matang?

aku? aku memang belum matang. tapi mungkin aku boleh lah nak berpikiran sedikit rasional. rasional dan matang, benda sama ke?

alone... sometimes, its best to be alone. seriuosly. ramai orang, banyak kerenah kena hadapi, banyak jugaklah hati ni asyik terasa. kita pun bukanlah perfect sangat. jadi kita ni pun mesti banyak kecikkan hati orang. tapi yang lainnya... kita usaha tak untuk elakkan kecikkan hati orang tu? kita usaha tak untuk tidak asyik terasa hati? muhasabah diri...

satu je lah... kalau terasa dah kecikkan hati, kalau taknak mintak maaf pun, janganlah tambah garam kat luka kat hati tu. kalau terasa taknak pujuk ke... leave. don't add anything sebab kadang2 bila kita cakap lagi banyak, lagi banyak kita menipu. tak elok kan?




p/s : kalau lah di beri pilihan... kalau lah masa boleh diputar...




15102009 ~ 9.08pm
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, October 6, 2009

mode : busy teramat sangat

di kala ini... aku hanya mempunyai 2 hari lagi untuk menyiapkan chapter 2 PSM 1 untuk di hantar kepada dr. faizah. dia macam tak mengharapkan apa2 dari aku... macam dia tahu aku ni pemalas. aish... malu2... busy ni.


malam ni, aku nak pulun abis2. nak refined chapter 3 then buat chapter 2. mampukah aku? bak kata gerek, kita tension macamane pun, banyak kerja macamane pun., mesti dapat hantar jugak assignment tu. dia kata ni kan prinsip budak universiti. hmm... point to ponder. inilah meja aku. nampak macam kemas tapi sebenarnya tak kemas langsung pun.


ha, lupa nak cerita pasal cupcakes maziah buat untuk kawan mak. anak dia birthday, so nak buat lah birthday party sekali dengan open house. sangat cantik elmo. kawan mak order kek kecik bentuk elmo and cupcakes elmo jugak. inilah gambarnya. cun kan? i love cupcakes... yummy...



okay, sampai di sini sahaja entri kali ni... nak start buat kerja. banyak gile assignment ni. ai... doakan aku sehat tubuh badan untuk push diri siapkan semua kerja2 ni.






p/s : gerek dah nak balik jb dari kl. setelah 3 hari di sana, gerekku pulang jua kepadaku... windu...






06102009 ~ 8.24pm
bilik aku ~ g17-217

Sunday, October 4, 2009

nothing much important =|

actually... tak tahu nak update tentang apa... aku sekarang dalam state yang tidak tenang. tidak tenang? lebih tepat sekali, tidak stabil. kenapa? aku tension... kenapa orang tak percaya aku tension? hhmm... kena tengok aku depress dulu baru nak percaya agaknya... hmmm...

ketika ini... matD baru selesai. ada sedikit lagi untuk presentation isnin. ni baru bukak chapter 1 PSM untuk meng'edit'. targetnya malam ni buat chapter 1 and 3 but kerana aku pulang lewat dan emosi terganggu, dapat buat sikit gile... membazir waktu... hmm...

esok... simposium minggu pendidik 8.30am until 4.30am ikut schedulenya... malas gile nak pergi tapi terpaksa kerana 10% akan di beri kepada sesiapa yang hadir. tapi malangnya kena bayar rm10. macam bayar untuk 10% pulak...

assignments yang belum dihantar tapi ramai tak percaya aku banyak kerja :

  • PSM
  • discourse analysis
  • ESP
  • CD-Rom
  • reading

hopefully boleh habis on time... sedang stress ni. mata dah start mengantuk...



p/s : gerek pergi KL. berapa hari? tak sempat tanya betul2 lagi... tapi tadi... hmm... sorry... tak dapat kawal pulak tadi.




04102009 ~ 3.00am
bilik aku ~ g17-217

Thursday, October 1, 2009

selamat hari jadi makcikku~~

hari ini adalah hari ulangtahun makcik kesayanganku... MS ZURINA BINTI YUSOFF... adik kepada emak aku, mak saudara yang paling aku sayang. dia lah yang jaga aku dari besar tapak tangan (ni memang menipu sebab aku lahir besar... hoho) sampailah kini. MY MAKCIK, MY FRIEND, MY CIKNA... (cikna, jangan nangis pulak baca tu... huhu)

disebabkan hari ni birthday dia, dia orderlah cupcakes dari si pembuat cupcakes favourite ku; cik maziah. cikna nak theme pink, purple, biru. dia nak bunga orkid tapi maziah tak reti buat. so, aku orderlah suka2 hati aku. eh, makcik sy ni... cerewet pulak dia. dah suruh kita pilih, tak suka pulak. hoho... jadi aku and gerek pergilah hantar pada cikna di sri alam.

hari ni... aku mintaklah gambar2 yang dia capture, nak letak dalam blog. punyalah gedik dia hantar gambar. hoho... jangan marah makcik. inilah dia makcik saya yang amat saya kasihi...



ini pulak some of the cupcakes. yang lain mesti dah kena baham ni. makcik saya ni macam rimau sikit. iron lady lah katakan. hehe...



CIKNA...


HAPPY BIRTHDAY. MAY YOU WILL ALWAYS IN ALLAH'S BLESSING.

I LOVE YOU SO VERY MUCH....



LOVE, YOUR NIECE;
NURUL ELIYANA YANG SANGATLAH COMEL


sori tadi lupa nak upload pic ni. pic weekend aritu time aku tido rumah cikna. kami makan kfc. tengoklah betapa excitednya makcik saya dapat makan kfc. hehe...





p/s : dah jumpa dr. faizah. lega for a while. kena full blast minggu ni. next week kena hantar 3,3 bab. chaiyok yanna!!







01102009 ~ 11.14am
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com