we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Showing posts with label tomodachi. Show all posts
Showing posts with label tomodachi. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Skuad Gerek-Gerek Family Day

hai2 you ols... lama aku mendiamkan diri. busy sikit lah. nak update blog tapi banyak event2 yang tertangguh2. so last2, terus tangguhkan semua. huhu... plus, family day yang ni, banyak tak banyak. tu yang tak update2. tunggu2 pictures dari gerek2. masing2 pun busy. so aku update ajelah dengan pictures yang sejemput ni. huhu...

orait, as you all my loyal readers tahu, husband I ada beberapa orang kawan baik. al kisah mereka merancang untuk bercuti bersama. asyik ada aral melintang je bila nak bercuti. paling utama, parents aku. haha... sabar ajelah. setiap kali mereka merancang bercuti, time tulah parents aku pun join sekali. 2 kali lah benda ni terjadi. hari tu pun samaaaa... maafkan saya...

jadi, seperti dijanjikan, pada cuti Chinese New Year (31Jan2014), kami pun berkumpul di A Famosa, Melaka. kawan2 husband dah book banglo di A Famosa. nice lah orang2 kat situ mostly beli untuk dijadikan homestay. dengan harga rm500/malam, kami dapat banglo setingkat 3 bilik with private pool! woooohooo! tak sabar nak berenang. so aku dan suami bergerak dar JB dalam pukul 12pm. disebabkan cuti sekolah, jem dan banyak kereta, sampai kami ke sana dalam pukul 5. 30pm.

sedikit kecewa sebab swimming pool yang dijanjikan macam tak boleh berenang. disebabkan tidak dijaga dan dicuci. bak kata kawan2 suami, rasa macam ada buaya kat dalam nya. haha... airnya hijau keladak kotor dengan daun2. haih! kecewa sangat2. buatlah aduan pada owner. owner cakap dia dah upah orang bersihkan dan pam. tapi takde orang datang. so kami mintak kurangkan harga. tapi dia tak bagi. instead discount, dia tukar jadi 3 hari 2 malam jadi 4 hari 3 malam. tapi isnin semua orang dah start bekerja. so memang kami tak terima pun. takpelah, benda dah terjadi kan...

malam pertama, kami ada BBQ. makan2, berbual2. then si lelaki2 mainlah game apa diorang nak main. kami si perempuan2 lepak2 berbual2 then masuk tidur. hehe... pagi hari kedua, aku dan gerek ke negeri Sembilan, sepupu aku kahwin. then cepat2 balik. sampai2 ialah waktu mandi manda mereka. mulalah aktiviti childish mereka. huhu... bila mereka berkumpul, macam tak sangka diorang ni dah masuk 28 tahun this year.

permainan pertama : group siapa dapat pegang tebing bertentangan menang. ala2 kabadi gittew.


permainan kedua takde gambar : sorang akan pancut air paip dengan halaju malar secara semi bulatan. yang lain dari tebing bertentangan kena berusaha ke tebing yang pancut air tu tanpa boleh kena air pancutan. diberikan nama, Air Beracun. hape2 jelah... haha...

dan permainan ketiga bukan permainan lah. ni main lempar2 orang. sian gerek2 menghadapi masalah untuk melempar suami saya. kikiki... siap boleh pilih nak dilempar gaya apa. gaya superman? gaya konsert.

 


malam tu sepatutnya plan ke Jonker Walk. tapi jalan amat jem yang sejam pun tak lepas2 lagi trafiknya. plus, makayah aku pun sampai dah. so kitorang pergi makan2 di tempat favourite aku dan gerek. asam pedas kat pasar borong. boleh makan dengan roti canai. aku suka sangat kat sini sebab ada telur ikan. wuhuuuuu... kemudian , balik rumah tidur.

esok pagi takde rancangan apa2. kemas2 then nak balik. tapi sebelum tu aktiviti Cik Wan mandi dengan Alleya Adini lah. Nampak tak seronok sangat minah tu? Cik Wan yang mata mengantuk takmo bangun tidur. terpaksa guna kekerasan untuk mengejutnya.


view pagi sebelum semuanya dikejutkan. dari kini, Arip, Am, Mamat, Ale, Mon.


mentara Papa jaga kakak mandi kolam, Uncle Ale tolong jaga Umar Aryan sekejap. comel je. haha... jenguk2 tengok Ale tengah cuba dodoikan Umar yang bunyi merengek2 sikit.


dan akhirnya, selepas layan kakak mandi kolam, giliran Umar Aryan pulak mandi kolam. huhu... seronok ha ngam2 dia boleh duduk. kalau besar sikit mesti berkocak2 air dikerjakannya. hehe... budak booolat ni!



overall, best sangat family day diorang ni. this year organizer ialah Am, tahun depan Mamat pulak. macam mana pilih organizer? bini2 main oh som. siapa kalah, suaminya kena jadi organizer. hehe... boleh gittew? untuk gerek2, saya mintak maaf sebab mak ayah dan Alleya join sekali pulak pada hari kedua. patutnya family day kalian. saya mintak maaf truly.



picture of the day. saudagar Arab.




eh lupa nak cerita, diorang2 ni kena 'kacau' pada malam pertama. seriau jugak aku dengar. diorang main kad sambil berbual2 bershisha pada malam pertama di luar rumah depan pool. sampai pukul 5am. pada pukul 1 lebih atau 2 lebih, aku bangun sebab Umar nak susu. so lepas tu suami pun masuk tidur sekali. tinggallah mereka berempat main kad di depan pool. tiba2 pintu sliding door sebelah diorang tu terkunci dari dalam. wah! dahlah semua tak bawak handphone. ketuk2 tingkap bilik sampai tunang Arip terjaga dan bukakan pintu. mungkin pintunya terkunci. tapi masalahnya....... pintu sliding door tu agak ketat. mustahil selaknya terjatuh dan mengunci diorang. jadi malam kedua, mereka tak stay up lambat sangat. huhu... seremmmm ai!







p/s (i) : alright, dah siap tulis blog, waktu untuk bekerja pulak. malasnya rasaaaaaa!

p/s (ii) : badan sakit2. suami suruh bayar pergi bayar bil sebab berdekatan dengan aku. oh malasnya. nanti je boleh tak? huhu...

p/s (iii) : rindu Umar Aryan. lambat lagi ke pukul 5pm?

p/s (iv) : birthday month!







02032014 ~ 11.29am
meja aku ~ bilik unit subjek umum-ILPPG

Monday, January 20, 2014

gerek-gerek dah dewasa :)

hai2 you ols... hari ni hari ketiga aku start bekerja selepas maternity leave. fuh, patutnya takde kelas hari ni tapi kena ganti cikgu MC. kering dan perit jgk tekak. diorang ni tak berubah lagi rupanya... macam mana nak jadi cikgu yang digeruni eh? eh, aku taknak jadi digeruni. aku nak jadi dihormati. nak bising tak kisah tapi asalkan bila aku bercakap tu, dengarlah. hmmm... macam mana? macam mana?

okay, as you all know, aku dah tinggal berdikari dengan suami dan anak. so, apa2 semua kami kenalah handle berdua. penat jugak masuk rumah ni. padahla rumah sewa je. nanti aku tunjuk2 sikit gambar rumah sewa aku eh. hoho... walaupun rumah sewa tapi beria jugak aku. yelah, first time tinggal asing dari makayah. selain Kluang. dan kini bersama suami dan anak. huhu... suka sangat!

dannn... rumah kami terletak berhampiran dengan salah seorang bestfriend suami aku. kalau korang follow cerita aku, suami aku ni bestfriend ada 4 orang. salah seorang tinggal depan rumah. haha... 2 orang ada di KL. dan seorang bekerja di Pahang. kalau diorang balik, janganlah dihalang nak melepak. memang akan cari cara jugaklah macam mana nak lepak. kikiki... suami pun ambil peluang nak bershisha. yelah, dengan siapa lagi nak bershisha kan. takkan dengan aku pulak. kikiki... dulu dia bawak aku and Alleya. macam pelik pun ada. hoho...

yok lihat wajah mereka ketika zaman muda remaja...





orait, jom ke arah lebih matang sedikit. ketika majlis pertunangan aku dan suami pada tahun 2010..

 
 
ini wajah mereka pula pada hari persandingan aku pada tahun 2011...
 
 
pada tahun yang sama juga. majlis pertunangan am bersama amalina.
 
 
sorry gambar ramai2 masa am nikah dan kahwin tak jumpa pulak. yg takde masa am kahwin hanyalah Ale sebab dia kerja di Kemboja that time.
 
 
jadi dah 2 pasangan melangsungkan perkahwinan. lagi 3 still single. pada tahun 2012, Arif melangsungkan pertunangan. maaf, gambarnya pun takde. dan 2013, Ale memulakan langkah dengan bertunang jugak. gambar ramai2 takde jugak. huhu...
 
 
dan menamatkan zaman bujangnya pada 2013 ialah incik Mamat bersama Raynusha. syukur Alhamdulillah. jadi 3 done, 2 to go. hehe... kali ni Am pulak takde sebab dia offshore.
 
 
 
 
sudah semakin dewasa masing2. oh gosh... aku makin tua. body clock ticking to 28. hoho... Alhamdulillah kami dikurniakan Muhammad Umar Aryan. semoga Umar mendapat ramai kawan2 daripada Uncle-uncle Gerek2. huhu...
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s (i) : orait, dah penuh. jom g pam.
 
p/s (ii) : minggu ni minggu gaji. yeehaaaa! duit terus habis bayar hutang. hoho...
 
p/s (iii) : menyampah menyampah menyampah. kalau hargai lain ceritalah kan.
 
 
 
 
20012014 ~ 12.51pm
meja aku ~ bilik Unit Subjek Umum-ILPPG

Monday, October 8, 2012

Selamat Bertunang Ariff dan Puteri =)

hai2 korang... perghh... lama aku tak update blog kan. konon nak update pergi USS part 2. tapi tak sempat2 lah. minggu lepas lagilah... busy amat sebab aku pergi induksi. Alhamdulillah dah selesai induksi tapi entahlah lulus ke tak. soalan diaaaaa... susah amat. adoyai... lagilah bila aku kurang membaca. hoho... berlagak kan?

okay2, nak story pasal sabtu lepas. hah, sebelum tu aku nak cerita satu insiden aku kena sengat tebuan. hoho... hari jumaat lepas gerek balik kerja lepas2 kat rumah, dia tertidur. lama pulak tu. haha... aku tak sampai hati nak kejut. dalam pukul 9pm barulah kami ke kedai dia. dinner and dia buat2 kerja sikit, dalam pukul 12am baru gerak balik rumah. aku dah ngantuk tahap gaban. so ready2 nak tidur. tiba2 terdengar bunyi benda terlanggar kipas siling then ada benda jatuh atas belakang aku (posisi ngiring). perghhhhhhhhhh! terpekik terlolong aku. dah macam kena sawan. bergegas pergi klinik. injection lagi... huiyooo... tebuan tu besar gile. doc kata queen dia. nauzubillah... baru aku tahu perasaannya. haha...

hah, okay... pasal sabtu lepas. patutnya nak gerak pukul 7am. gerak ke Temerloh. kawan gerek, Encik Ariff nak bertunang. tapi disebabkan kejadian disengat tu... aku tak boleh tido malam tu kerana kesakitan, so kami gerak almost 10am. gerek punya pecut dari melaka lalu lebuhraya Karak, 3 jam je ke Temerloh. cepat kannn?

TAHNIAH KALIAN BERDUA :)

aku suka shawl Put pakai tu... pernah cakap dengan gerek aku nak shawl macam tu, gerek bagi tapi aku risau takut muka aku tak sesuai. sebab orang pipi leper je kot sesuai pakai macam ni. huhu...

tapiii... ini yang paling tempting. serious rasa nak petik je satu. sebab cuaca yang amat panas. cair dahhh... sedapnya nampaaakkk!


dan akhirnya majlis selesai dalam pukul 4pm. kami pun menderu ke destinasi yang diidamkan... IKEA! oh meatballsss.... beratur sikit punya panjang. tapi sanggup ku harung...

sayangku... bersama kegemaranku.


makan sampai mengah. membeli ikut nafsu. gerek nak 10 ketul chicken wings. then aku mestilah nak meatballs. aku beli 20 ketul. dah mengah... chicken wings boleh bungkus. tapi meatballs tu membazir 2 biji. hehe... 2 biji pun sayangnyaaaa... then jalan2 dalam ikea tak membeli pun... beli meja kecik utk rumah sewa baru gerek. tu je... nanti ada duit banyak nak shopping sana! cita2!


rindu sayang i... tak sabar nak cuti2. please, please... nak cuti2 rehat2... bolehlahhh.... i love you sayang.





p/s (i) : kejap lagi kelas. minggu ni ada second trial peringkat sekolah...

p/s (ii) : masih konfius dengan planning hujung minggu ni. hmmm... isnin ke hospital. kenapa rasa takut ni?

p/s (iii) : invigilation at 2.30pm. kemudian lapangggg...





08102012 ~ 11.02am
meja guru ~ bilik guru 2-KVK

Thursday, September 13, 2012

i miss them, i miss you the most

hai2 korang... aku tengah cari2 gambar untuk report English Language Month. KP aku dah mintak dari minggu lepas. ni baru aku terkial-kial nak cari. dan sebenarnya, semalam aku baru perasan aku takde gambar2 aktiviti tu. adoyai... dah hari ni kena rush cari2 gambar2 dari cikgu photography lah. ish, dahlah bilik dia jauuuuhhh!

tengah2 cari2 gambar, i came across few pictures. honestly, i miss you guys. and i miss you the most. do you miss me too? hmmm...










p/s (i) : hectic day today. mesti macam tak cukup masa sampai pukul 5pm ni. berusaha!

p/s (ii) : esok ke Melaka. nak jumpa Oja, mama buyung kesayangan. ish!

p/s (iii) : 2 minggu ke tak balik JB? hmm... next week curi2 masa balik JB agak2 gerek nak tak? uhuk2... rindu Alleya and Helena.

p/s (iv) : perniagaan semakin bagus. but still confuse. #MisiMelbourne. #MisiRumah. or #MisiBeetle? kikiki... macam2 ni nafsu ni.




13092012 ~ 9.26am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Wednesday, May 2, 2012

Wedding Idzham dan Amalina :D

hai2 korang... semalam hari buruh apa korang buat? aku biasalah balik JB. husband demam pulak. lagi satu... petang tu jalan2 JPO dan Jusco Permas. ohoi... agak letih. balik2 shida buat kek lagi. kesian budak tu... tapi alhamdulillah, bisnes beliau semakin maju. hari ni ada satu tempahan je untuk disiapkan dan kami plan nak ke pontian. huhu... jalan2 lagi. mak aku dah bising. aku terlampau aktif. adoyai... nanti eh mak. sabaaarrr... belum masanya lagi. hehe...

okay2, entri kali ni nak cerita pasal wedding Am dan Amalina. comel je mereka. sangat secocok. Amalina nampak sangat manja. ohoi... bestnya wedding. jelessss... bukan jeles apa, just seronok teringatkan wedding aku dan gerek tahun lepas. sangat enjoy walau penat. oh, lupa nak bagitau, majlis pernikahan mereka berlangsung di Terengganu pada Jumaat, 27April2012. kami bergerak dari JB pagi2 tu... majlis persandingan keesokan harinya... inilah dia pengantinnya. royal yellow. cantikkk!!


gambar masa majlis pernikahan aku takde sebab hp tertinggal kat hotel. semua dalam hp gerek. i love everything about their wedding. baju nikah pun aku suka. pelamin nikah? inilah dia... hehe... ketika ni sedang tunggu pengantin bersiap untuk ke dewan.


okay, gerek2 tanpa Ale. dengar kata Ale sedih2 di Kemboja sana. huhu... apakan daya, best friend kahwin tapi tak dapat hadirkan diri. sure lah sedih kan? tapi gerek2 yang tinggal di sini? haha... diorang enjoy gembira2 ada lah! haha...



love this picture so much! aku dan gerek dijemput makan beradab dengan pengantin. haha... best! makanan best. and aku enjoy the meal sampai lupa nak stop. haha... tidak senonoh.


last but not least... picture kasih sayang antara gerek2. haha... eh lupa nak letak gambar abang long beraksi. sila menjamu mata. cheerio!





dengan ini, saya Nurul Eliyana Mohd Yazed dan suami, Mohd Azuan Ngadimi ingin mengucapkan secara rasminya... Selamat Pengantin Baru. Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang ramai dan soleh solehah. hehe... thank you for the sponsoring. thank you for the invitation. we enjoy travelling with you guys. happy je. hehe... nanti gather2 with Ale. rasanya... dia nak open table tu untuk Am. kikiki...




p/s (i) : kelas pukul 11.20am sampai 1.00pm kejap lagi...

p/s (ii) : lunch with my husband! yeay!

p/s (iii) : petang ni berjalan2 ke Pontian. weee... lepas ni takleh jalan jauh2 sangat dah. mak dah bising.

p/s (iv) : jawapan egtukar 19mei2012 ye kawan2. semoga berjaya.





02052012 ~ 10.13am
meja aku ~ bilik guru-KVK

Tuesday, April 3, 2012

April Full of Love

hai2, ish, shahida ni ajak makan pulak time aku nak update blog ni. haha... dia masak sup sayur plus sosej with crab stick. menarik tertarik kau memang tembam! weeee... lapar tapi nak makan sikit2 je. nak makan dengan gerek nanti. huhu... kejap lagi gerek datang ambil aku. esok aku MC ada check up. ish, 5 EE 2 dah banyak ketinggalan ni. kena kejar lari pecut ni!




okay, update kali ni nak cerita pasal LOVE. jangan sambut april fool tau. berdosa. so first of all, nak ucap selamat dan tahniah kepada kawan ku kerana kini sudah bergelar tunangan. tanggal 1 April 2012 berlangsung di kampung halamannya. tahniah tayang! really happy for you.




pada bulan ini jugak, beberapa teman kami akan melangsungkan perkahwinan. wah! ramai2 kahwin ni. seronoknya. tanggal 27 April 2012, kawan baik gerek akan menamatkan zaman bujangnya. ingat tak yang tahun lepas aku and gerek ke Terengganu sempena pertunangan Am dan Amalina. comel je mereka berdua.



pada 28 April 2012 pula, kawan sekolah rendah ku pulak. dia dah kahwin lah pada tarikh ini sebab pada hari kejadian, majlis pada belah lelaki. hehe... Farid Firdaus, yang sengal2, nak kahwin dahhhh?? hehe... mesti kelakar and happening masa wedding kau kannn... tahniah bro!





perkahwinan aku dah nak masuk bulan ke 5. akhir bulan ni 6 bulan. ya, people already starts give the famous questions to people after marriage. do not think that i don't feel anything when people asked. stop asking please. budaya Malaysia. asking questions to be polite to others. but do note that there are alot of other questions that you can ask other than related to heart. please care about what others are feeling.


dear husband, i love you so much. thank you for the past 8 years. thank you for everything, sorry for something.









p/s (i) : cinta untuk emelda sudah bermula. tak sabar nak makan sup sayur shida jugak.



p/s (ii) : gerek main futsal dengan kasut jalan. apa lah gerek ni. ish!



p/s (iii) : rindu Alleya jugak. kasihan budak tu aku marah2 hari tu...









03042012 ~ 7.29pm

ruang tamu ~ depan tv-kediaman warden KVK

Friday, March 23, 2012

Welcome to the club Shahida Hani :)

hai2 all... yuhuuu... aku baru lepas tepek masker. its been a while pakai masker since UTM. haha... sebabnya, yang tukang jual masker tu coursemate aku. so bila dah habis UTM, tak tahu nak beli mana dah... tapi tiba2 haritu jalan2 dengan housemate aku kat Kluang Mall masuk keluar kedai tiba2 mata aku tertancap pada satu jenis masker. ewah ayat, tak boleh blah. haha... masker yang selalu aku pakai dulu di UTM, tak pikir panjang terus beli 2 paket. hehe... tapi... aku rasa masker kali ni cair lah. berjejer2. ish, moga2 takde kesan sampingan.



okay2, so kali ni... entri khas ditulis buat roommateku Puan Shahida Hani. haha... baru 2 minggu menjadi Puan. selamat datang. bagaimana kehidupan berumahtangga? ni entah2 weekend ni dia tak online pun. yelah, balik KL jumpa suami. aku pulak malam ni menemani Cik Edot di asrama. esok pagi2 gerak bertemu suami. ewah! aku pun ada suami sudah. percaya tak percaya kannn? kikiki... apa2 pun, insyaAllah semoga kita semua bertemu kebahagiaan dunia akhirat. aminnn...


santek kan roommate saya? tahniah Da, lama dah kau tunggu saat ini kan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semoga berbahagia ke anak cucu, ke akhir hayat, hingga ke syurga insyaAllah.



pesanan buat Encik Helmi, sila jaga kawan saya baik2 ya. lama dia tunggu anda. hehe... daripada beberapa tahun dahulu, sejak kami belum lagi berkenalan, sehinggalah anda menjalani latihan. tabah dia menunggu anda, menulis surat panjang berjela dengan gambar2 yang di print menggunakan printer saya. haha... nasib baik dia ganti ink. kikiki... sehinggalah anda dimasukkan ke hospital tak dapat hadiri majlis penutup tu. sedih. tapi alhamdulillah, semuanya selamat kini. tahniah buat kalian berdua. secucuk! dua cucuk! mencucuk2. haha...





aku kini juga isteri orang. tak sangka kan... macam masih lagi adapting. masih lagi menyesuaikan diri. oleh kerana tinggal berjauhan, jadi kehidupan kami tak jauh beza dari sebelum kahwin. tapi... betullah pernikahan sesuatu yang menenangkan. bila stress di tempat kerja, suami dapat tenangkan jiwa walaupun hanya dalam telefon. terima kasih ya Allah, menemukan aku dengan lelaki sebaik suamiku.







p/s (i) : fantastic four lah! aish! malam ni kena tido awal!


p/s (ii) : misi ke Melaka esok, kena isi minyak dulu. pam tayar? tak reti lahh... aisey!


p/s (iii) : rindu Alleya lah. ish, kenapa walau budak tu kadang2 menyakitkan hati, aku tetap rindu? haha... rindu my little angels jugak. dengar cerita tak sihat. ish! semoga cepat sihat Aqiel...


p/s (iv) : manalah suami aku ni tak balas2 msg. busy sangat lah tu bosssss!







23032012 ~ 10.21pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Friday, February 24, 2012

No Man Is An Island

hai2... dah beberapa ketika aku tak update blog kan? huhu... takde mood, takde idea. gerek cakap, tulis ni biar dari hati. baru sampai ke hati yang membaca. aku dah cuba setiap hari untuk naikkan mood. but in the end, aku buat benda lain. haha... lain macam bulan januari aritu. ada je benda aku nak tulis. hoho... so hai everyone. how are you? hope in a pink of health. ewah! masuk sikit idioms BI ya.




kenapa aku upload picture ni? sebab aku sangat suka picture ni. nampak... honest. sweet. walau si Yusri and Emon bermain mata di situ, aku nak stresskan persahabatan tu... jujur. sayang. betul tak? kalau kita tak sayang kawan tu, kita tak mungkin boleh bertahan kan? kenapa kita perlu bertahan dengan orang bernama kawan?



friend and enemy. differentiate by a fine line. kadang2, jika terlampau rapat and baik, tak bagus jugak. sebabnya... akhirnya... orang tulah yang akan paling sakiti kita. orang yang kita namakan, 'kawan baik'. nak tahu kenapa terciptanya kata2 yang 'orang yang akan paling sakiti kita adalah kawan baik kita sendiri'. nak tahu kenapa? sebabnya... kawan baik mengetahui banyak rahsia kita. dan kedua, sebagaimana kita melayan kawan tu dengan baik, seperti tu jugak kita mengharapkan dia layan kita. jadi, bila dia terkasar, kita tak dapat terima.

jadi... apa yang boleh kita buat? terimalah kawan kita seadanya. dan terimalah kenyataan yang manusia semuanya berbeza. jangan anggap kawan tu adalah refleksi diri anda sendiri.



DOREMI. i love you guys so much. macam2 kita hadapi kan? daripada aku merajuk, oja merajuk. haha... mostly aku and oja je yang merajuk kan? teringat pulak mazni sorokkan stokin oja sampai oja merajuk gile2. hehe... the good old days. hargai mereka selagi mereka masih di depan mata. jangan pikir you will not see their faces again walaupun dah habis sekolah. kalau nak lost contact pun, tak perlu begitu nekad. eventually, you will, trust me. and for sure, you'll cherish the moments you have together with the person you called 'friend'.


ah, terlupa pulak. nak wish to this little kid. Happy 18th birthday kiddo! hope years ahead bring glory to you and your family insyaAllah. ish, moga2 budak ni dapat main bola ke peringkat lebih jauh. amin amin ya rabbal alamin! ha, dah 18 tahun ni jangan nakal2 lagi. dah dewasa dah kiranya ni. haha... cuba berlagak matang sikit!









p/s (i) : diri kita tak bagus mana sampai nak kondem orang sungguh2 kan? kenapa perlu benci sedangkan perkaranya kecil sahaja? grow up well dear :)


p/s (ii) : no man is an island maksudnya takde seorang manusia pun boleh hidup seperti pulau; keseorangan.


p/s (iii) : you'll regret. you'll miss your friends. big time.


p/s (iv) : saya sayang diri saya. saya sayang suami saya. saya sayang keluarga saya. dan saya sayang kawan2 saya.










24022012 ~ 11.53pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Tuesday, January 31, 2012

My Bestfriend's Wedding - Mahfuzah & Aideel

hai2 semua... aku kat sekolah. pagi2 lagi aku dah blur nak buat apa. kelas aku hari ni 3pm. sejam. ohoi... jadinya... aku datang ke sekolah pagi2 ni semata2 nak ke kelas pukul 3pm wokay. memang banyak kerja lain. ada 3 buku belum tanda lagi. but sebelum tuuuu.... update blog dulu! pasal NZ, rasa penat pulak nak update. he... jadi, kita cerita pasal benda lain.

okay, sempena hari terakhir bulan Januari 2012 ni, aku nak cerita pasal majlis pernikahan kawan baik aku. yang kami membesar bersama2. susah senang bersama. sejak darjah 1 ke sekolah sama. sekelas sejak darjah 4. masuk SIGS sama2. masuk Teknik JB sama2. masuk KMJ sama2. masuk UTM sama2. dannn... jangan terkejut tau sebab IC belakang kami adalah sama. 6 nombor belakang tu adalah sama. birthday ajelah lain2. huhu... jodoh kan?













Mahfuzah Mustapha. sayang gile kat budak ni. dulu montel. sekarang selim. bak kata Mazni, "Jah... ko lupa makan ke?" haha... sejak masuk UTM memang mengecil budak ni. kurus sangat! pipi je tembam! akhirnya, pada Sabtu lepas, 28Januari2012, kawan aku seorang ni selamat menjadi isteri kepada Mohd Aideel Ismail.



Aideel! jaga kawan aku baik2 wokay. cepat2 bagi kami anak saudara. hehe... comel sangat masa bersanding. oja nampak tinggi. kikiki...






Rahiza Abdul Rahim. kitorang bertiga memang dari sekolah rendah bersama. walau tak bersama di semua tempat belajar, still the best among the best. hehe...






DOREMI. bak kata gerek, pangkah nama yang dah kahwin. so, O dan E dah pangkah. next is I. consonant bila lagi? consonant siapa punya turn dulu? hehe... i love all of you so much!






guestbook untuk Oja. okay, aku jeles. nextime kita hangout, buat guestbook aku k. biarlah dah basi pun. aku nak korang tulis jugak. haha... hasil tangan izaura yang kreatif. wehuuuuu!! cun kan?






DOREMI :



D : Diana


O : Oja


R : Rahiza


E : Eliyana


M : Mazni


I : Izaura



~eternity~








p/s (i) : esok Shida and Edot ke JB. kenapa diorang taknak bawak aku sekali?? ini tidak adil!

p/s (ii) : mood kerja tak naik lagi sebabnya... jumaat ni balik kampung and cuti 4 hari. he... yeay!


p/s (iii) : betul ke diorang nak ke USS? ala... bestnya. bilalah turn aku nak pergi?












31012012 ~ 8.56am

meja aku ~ bilik guru-KVK

Friday, November 25, 2011

Happy E-Day Am+Amalina =)

hai2 korang... mula2 nak mintak maaf belum nak update pasal makanan2 kitorang makan di Bukit Tinggi. macam takde mood pulak. ewah! kena ada mood lah baru macam lancar je menaip kan. huhu... aku sedang keseorangan di rumah. again. adoyai... bosan ya. setakat ni, aku rasa jiran sebelah ni mesti dah pikir bukan2. cuba you guys bayangkan, gerek pergi kerja at 8am. kemudian balik tengahari or petang. then siap2 kitorang terus keluar jalan2 dan ke restoran gerek. balik 1am lebih kurang. entah apa agaknya diorang pikir. consistently kitorang takde di rumah dan awal pagi buta. "entah2 budak 2 orang ni buat kerja2 tak senonoh kot... kerja apa je balik lewat malam setiap malam?" haha... pemerdagangan manusia.






okay2, hari ni aku nak update pasal majlis pertunangan salah seorang gerek kepada gerek aku. ha... pening kan ayat aku? haha... salah seorang best friend gerek lah. tahniah Encik Idzham di atas pertunangan anda dengan pilihan hati; Amalina. bak kata gerek, "kuat jodoh diorang ni. walau pernah ada masalah, akhirnya bersama jugak". weeee... aminnn... semoga berkekalan ya.



gambar favourite aku. huhu... i like this! nak like juta2 kali. hehe... suka jugak kedudukan bantal tu. ish, kreatif jugak aku ni. (okay perasan! haha...)




gerek2 dan yanna bersama pasangan yang baru bertunang. aku je yang dah halal nak peluk2 ye dan dibenarkan melakuinya di public. haha... hmm... am ni lari sangat colour dia dari amalina. tapi gerek kata, "inilah am". apa maksud dia? gerek2 je kot yang tahu. huhu...



ha, ni pasangan yang bertunang beberapa bulan yang lepas. hari ni genap 11 bulan 1 minggu. huhu... dan sudah menjadi suami isteri 1 bulan 4 hari. suwitttt tak kami. okay2, aku tahu colour baju dan tudung aku sangat berbeza. tapi ngam kan? haha... if kalian rasa tak ngam pun takpe, i rasa cun. kikiki...



sepanjang 2 hari trip rombongan am ni, aku excited gile okay. gerek aku siap cakap aku macam budak sekolah pergi trip. huhu... dari JB gerak dalam 5pm. singgah sebentar di mersing. makan kat kedai pirate wooo... syok2. dan dapat tengok Malaysia. time tu Malaysia lawan apa ye? Myanmar eh? tak ingat pulak. malam tu sampai ke Kuantan, gerek2 terus ajak ke Teluk Cempedak. wah! jakun2! nice okay tempat tu! thank you kepada am sebab sponsor tempat tinggal yang best! dan after majlis pertunangan, kami ramai2 ke Kuala Terengganu. singgah banyak tempat. shop baju batik gerek di Pasar Payang kemudian makan sotong goreng tepung area airport. semua lapar. memang berebut2 makanan. aku terpaksa tunggu diorang berebut. tapi mestilah aku takmo ngaku kalah. kang aku tak berebut sekali, aku tak dapat makan. haha... overall, i enjoy the trip. bestnya!!



last sekali, picture of the day. komited kan?






p/s (i) : okay, hari ni aku nak pastikan, dapat tengok Breaking Dawn. gerek busy lah. kesian kat dia pun ada. tapi takkan aku nak terperuk aje kat rumah kan?



p/s (ii) : nak Crocs Kadee jugak. aiyooo... susahnya nak pergi shop! dan hadiah untuk majlis kahwin tak beli lagi. nak beli hadiah apa?



p/s (iii) : ohoi... boleh balik JB tak hujung minggu ni? rindu JB. eh, baru seminggu je kan? rasa lama seyh...









25112011 ~ 10.05am

depan tv ~ rumah sewa gerek-Melaka

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com