hai2 korang... semalam hari buruh apa korang buat? aku biasalah balik JB. husband demam pulak. lagi satu... petang tu jalan2 JPO dan Jusco Permas. ohoi... agak letih. balik2 shida buat kek lagi. kesian budak tu... tapi alhamdulillah, bisnes beliau semakin maju. hari ni ada satu tempahan je untuk disiapkan dan kami plan nak ke pontian. huhu... jalan2 lagi. mak aku dah bising. aku terlampau aktif. adoyai... nanti eh mak. sabaaarrr... belum masanya lagi. hehe...
okay2, entri kali ni nak cerita pasal wedding Am dan Amalina. comel je mereka. sangat secocok. Amalina nampak sangat manja. ohoi... bestnya wedding. jelessss... bukan jeles apa, just seronok teringatkan wedding aku dan gerek tahun lepas. sangat enjoy walau penat. oh, lupa nak bagitau, majlis pernikahan mereka berlangsung di Terengganu pada Jumaat, 27April2012. kami bergerak dari JB pagi2 tu... majlis persandingan keesokan harinya... inilah dia pengantinnya. royal yellow. cantikkk!!
gambar masa majlis pernikahan aku takde sebab hp tertinggal kat hotel. semua dalam hp gerek. i love everything about their wedding. baju nikah pun aku suka. pelamin nikah? inilah dia... hehe... ketika ni sedang tunggu pengantin bersiap untuk ke dewan.
love this picture so much! aku dan gerek dijemput makan beradab dengan pengantin. haha... best! makanan best. and aku enjoy the meal sampai lupa nak stop. haha... tidak senonoh.
last but not least... picture kasih sayang antara gerek2. haha... eh lupa nak letak gambar abang long beraksi. sila menjamu mata. cheerio!
0 comments:
Post a Comment