hai2 you ols... lama aku mendiamkan diri. busy sikit lah. nak update blog tapi banyak event2 yang tertangguh2. so last2, terus tangguhkan semua. huhu... plus, family day yang ni, banyak tak banyak. tu yang tak update2. tunggu2 pictures dari gerek2. masing2 pun busy. so aku update ajelah dengan pictures yang sejemput ni. huhu...
orait, as you all my loyal readers tahu, husband I ada beberapa orang kawan baik. al kisah mereka merancang untuk bercuti bersama. asyik ada aral melintang je bila nak bercuti. paling utama, parents aku. haha... sabar ajelah. setiap kali mereka merancang bercuti, time tulah parents aku pun join sekali. 2 kali lah benda ni terjadi. hari tu pun samaaaa... maafkan saya...
jadi, seperti dijanjikan, pada cuti Chinese New Year (31Jan2014), kami pun berkumpul di A Famosa, Melaka. kawan2 husband dah book banglo di A Famosa. nice lah orang2 kat situ mostly beli untuk dijadikan homestay. dengan harga rm500/malam, kami dapat banglo setingkat 3 bilik with private pool! woooohooo! tak sabar nak berenang. so aku dan suami bergerak dar JB dalam pukul 12pm. disebabkan cuti sekolah, jem dan banyak kereta, sampai kami ke sana dalam pukul 5. 30pm.
sedikit kecewa sebab swimming pool yang dijanjikan macam tak boleh berenang. disebabkan tidak dijaga dan dicuci. bak kata kawan2 suami, rasa macam ada buaya kat dalam nya. haha... airnya hijau keladak kotor dengan daun2. haih! kecewa sangat2. buatlah aduan pada owner. owner cakap dia dah upah orang bersihkan dan pam. tapi takde orang datang. so kami mintak kurangkan harga. tapi dia tak bagi. instead discount, dia tukar jadi 3 hari 2 malam jadi 4 hari 3 malam. tapi isnin semua orang dah start bekerja. so memang kami tak terima pun. takpelah, benda dah terjadi kan...
malam pertama, kami ada BBQ. makan2, berbual2. then si lelaki2 mainlah game apa diorang nak main. kami si perempuan2 lepak2 berbual2 then masuk tidur. hehe... pagi hari kedua, aku dan gerek ke negeri Sembilan, sepupu aku kahwin. then cepat2 balik. sampai2 ialah waktu mandi manda mereka. mulalah aktiviti childish mereka. huhu... bila mereka berkumpul, macam tak sangka diorang ni dah masuk 28 tahun this year.
permainan pertama : group siapa dapat pegang tebing bertentangan menang. ala2 kabadi gittew.
permainan kedua takde gambar : sorang akan pancut air paip dengan halaju malar secara semi bulatan. yang lain dari tebing bertentangan kena berusaha ke tebing yang pancut air tu tanpa boleh kena air pancutan. diberikan nama, Air Beracun. hape2 jelah... haha...
dan permainan ketiga bukan permainan lah. ni main lempar2 orang. sian gerek2 menghadapi masalah untuk melempar suami saya. kikiki... siap boleh pilih nak dilempar gaya apa. gaya superman? gaya konsert.
malam tu sepatutnya plan ke Jonker Walk. tapi jalan amat jem yang sejam pun tak lepas2 lagi trafiknya. plus, makayah aku pun sampai dah. so kitorang pergi makan2 di tempat favourite aku dan gerek. asam pedas kat pasar borong. boleh makan dengan roti canai. aku suka sangat kat sini sebab ada telur ikan. wuhuuuuu... kemudian , balik rumah tidur.
esok pagi takde rancangan apa2. kemas2 then nak balik. tapi sebelum tu aktiviti Cik Wan mandi dengan Alleya Adini lah. Nampak tak seronok sangat minah tu? Cik Wan yang mata mengantuk takmo bangun tidur. terpaksa guna kekerasan untuk mengejutnya.
view pagi sebelum semuanya dikejutkan. dari kini, Arip, Am, Mamat, Ale, Mon.
mentara Papa jaga kakak mandi kolam, Uncle Ale tolong jaga Umar Aryan sekejap. comel je. haha... jenguk2 tengok Ale tengah cuba dodoikan Umar yang bunyi merengek2 sikit.
dan akhirnya, selepas layan kakak mandi kolam, giliran Umar Aryan pulak mandi kolam. huhu... seronok ha ngam2 dia boleh duduk. kalau besar sikit mesti berkocak2 air dikerjakannya. hehe... budak booolat ni!
overall, best sangat family day diorang ni. this year organizer ialah Am, tahun depan Mamat pulak. macam mana pilih organizer? bini2 main oh som. siapa kalah, suaminya kena jadi organizer. hehe... boleh gittew? untuk gerek2, saya mintak maaf sebab mak ayah dan Alleya join sekali pulak pada hari kedua. patutnya family day kalian. saya mintak maaf truly.
picture of the day. saudagar Arab.
eh lupa nak cerita, diorang2 ni kena 'kacau' pada malam pertama. seriau jugak aku dengar. diorang main kad sambil berbual2 bershisha pada malam pertama di luar rumah depan pool. sampai pukul 5am. pada pukul 1 lebih atau 2 lebih, aku bangun sebab Umar nak susu. so lepas tu suami pun masuk tidur sekali. tinggallah mereka berempat main kad di depan pool. tiba2 pintu sliding door sebelah diorang tu terkunci dari dalam. wah! dahlah semua tak bawak handphone. ketuk2 tingkap bilik sampai tunang Arip terjaga dan bukakan pintu. mungkin pintunya terkunci. tapi masalahnya....... pintu sliding door tu agak ketat. mustahil selaknya terjatuh dan mengunci diorang. jadi malam kedua, mereka tak stay up lambat sangat. huhu... seremmmm ai!
p/s (i) : alright, dah siap tulis blog, waktu untuk bekerja pulak. malasnya rasaaaaaa!
p/s (ii) : badan sakit2. suami suruh bayar pergi bayar bil sebab berdekatan dengan aku. oh malasnya. nanti je boleh tak? huhu...
p/s (iii) : rindu Umar Aryan. lambat lagi ke pukul 5pm?
p/s (iv) : birthday month!
02032014 ~ 11.29am
meja aku ~ bilik unit subjek umum-ILPPG
0 comments:
Post a Comment