we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Thursday, February 13, 2014

Happy 4 months Dear Umar Aryan

hai2 you ols... khamis! TGIT. haha... in Johor, no more TGIF. sebab tahun ni dah start bercuti Jumaat dan Sabtu. hari ni aku ada 1 jam kelas je. tapi ada 3 jam tutorial. bukanlah aku ambil semua jam tu. aku ambil sejam je. tapi yelah... bila kemalasan melanda, nak tidur makan ngadap internet je rasa. hehe...

orait, seperti tajuk entri aku kali ni! ya!! anak aku dah 4 bulan. sedar tak sedar kan? pejam celik pejam celik. huhu... 4 bulan dah anak mama. dah tegak sikit lehernya tapi belum kuat sangat. ei, macam tak puas ngadap dia. rasa nak ambil cuti duduk rumah main2 dengan dia. takmo masak, takmo kemas rumah. huhu... jaga anak je.

gambar ini ditangkap pada pukul 2.40am selepas bersalin. pipi tu kena sepit. sian anak mama... he... bibir kering and aku takleh tidur time ni. seronok baru dapat anak kan...

 ni gambar selepas dia mandi. lebih kurang pukul 11.00 pagi. pipi tu, geramnyaaaa!

ni gambar selepas dia discharged. 12 hari dalam wad. susut 200g. tapi doctor kata normal memang baby susut sedikit dulu sebelum berat dia naik balik. 

anak mama dah sebulan! rindunya rambut dia tu. baju banyak lagi yang tak muat. berat naik sedikit je. tapi nurse kata okay. asalkan dia sihat...

kakak Alleya Adini tak sabar2 nak dukung. selalunya aku tak bagi. tapi bila mak ayah ada, diorang yang jaga2. kalau aku je memang tak yakin lah. seronok dia dapat pegang baby.

Umar Aryan 2 bulan! selepas cukur rambut botak ni, muka dia nampak lagi bulat. tembamnya anak mama ni. tak puas rasa nak cium. tapi entahlah, satu benda aku ni dari dulu2. anak orang lain dan anak sendiri ni pun, aku tak gemar gomol2 over2. seram takut baby sakit. sekarang dia dah 4 bulan baru aku berani gomol kasar sikit.

first try nak naik car seat. first time nak bawak kereta selepas bersalin ni. hehe... destinasi : pasar tani. tapi gagal. hehe... okaylah untuk 10minit je. kemudian dah merengek so mak angkatlah dia. yang kakak pun sibuk nak duduk belakang dengan Tok Mak and Umar Aryan.

Umar Aryan 3 bulan! omelnya anak mama ni. baju baru. tapi dah kena selalu2 pakai. kang lepas ni tak muat pulak.

almost 4 months. weeee... malu mandi dalam Tupperware toyogo tu. hehe... nak mandikan dia tapi baldi pun takde. kat sinki takleh nak takung air pulak. nasib baik benda alah ni ada. mak dah warning aku kena beli benda alah ni untuk jalan2. so boleh guna untuk mandikan Umar. hehe...




overall, being a mother is a great thing! and all mothers need the father. thank you suamiku, Mohd Azuan. for being soooo helpful. suamiku macam tak kenal erti penat. hehe... mula2 tu geram jugak dia macam paham tak paham. tapi sebenarnya, dialah lelaki terbaik untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. thank you sebab selalu bersabar dan memahami.








p/s (i) : orait, class at 10am. malasnya nak jalan jauh. nak ajar apa pun tak tahu ni. hehe... so nak buat aktiviti simple2 ajelah.

p/s (ii) : nasi goring everyday. lepas ni improvise mee pulak. tapi tak pernah goreng mee. nak guna spageti amboi, macam orang kaya gamaknya. kikiki...

p/s (iii) : hari ni piala presiden. bila suami sebut pasal takut ada gaduh, aku pun jadi takut. camno tu?






13022014 ~ 9.58am
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com