we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, March 16, 2014

OSC MBJB Family Day

salam you ols... kali ni aku gigihkan diri untuk mengúpdate blog. dari minggu lepas lagi nak update tapi setiap kali nak update, mata mengantuk. hehe... so, kita tidur dulu! last2 hari ni sebenarnya mengantuk jugak ni. tapi gigihkan diri jugak. minggu depan cuti sekolah seminggu. ramai cikgu2 nak ambil cuti. so maybe aku ambil kesempatan tu untuk siapkan kerja bertangguh. akan terjadikah?

okay, kali ni nak cerita pasal family day opis suami. alkisah, sepatutnya bertolak dari JB 28Feb lepas. so suami tanya, "you boleh balik awal tak?" aku cakap nanti aku usahakanlah. sebab dia kata, kalau sampai awal kan untung sikit. hehe... tup tup, aku dapat surat kena pergi kursus kat Melaka, 25Feb-28Feb. hah, habis lari program. sedih melanda hati apabila kena berpisah dengan anak. so, pada 27Feb, suami dating Melaka, fetch aku bersama Umar Aryan. oh gumbiranya rasa hati! hehe... so dari Melaka, kami pulang ke JB hantar mak ayah mertua then terus gerak ke Desaru.

Lokasi : Lotus Desaru Beach Resort
Tarikh : 28Feb - 2Mac 2014

Umar Aryan dah sampai. dapat baju lagi. hehe... comel gilak!


aku suka family day ni. sebab jadual tak padat. takdelah kita nak rushing2 follow tu follow ni. huhu... so malam pertama, programnya hanyalah dinner. maafkan saya lupa nak tangkap gambar. kami makan di Bujang Firefly Seafood Restaurant. bagi aku, makanan dia biasa2 je. paling bad ialah ikan siakap 3 rasa dia. nauzubillah, takde accessories langsung. macam ikan sos je. tapi Alhamdulillah, aku makan dengan sekenyangnya. hehe... lapar tuuu... dari Melaka balik JB, terus ke Desaru. kat kedai makan ni boleh pergi tengok kelip2. naik bot lah. 1 kepala rm20 tapi kalau chartered 1 bot, rm80 je. tempted jugak. tapi Umar kan ada. tak eloklah naik sungai malam2 kala gitu... so kami pun pulang ke hotel.

esoknya, pagi takde aktiviti apa2... breakfast jalan2 pantai. mandi manda kat waterpark dia. hehe... suami jelah mandi. bagi Umar cecah2 kaki je. sambil menunggu Papa mandi. Lotus dah improvise letak gazebo kecik2 untuk letak beg ke... so aku duduk jelah dengan Umar dalam gazebo ni.


lepas solat jumaat barulah aktiviti dimulakan. comel je aktiviti2 nya. hehe... mula2 untuk kanak2. ada 3 games. apa ya... tak berapa ingat yang penting racing lah. kepit bola tenis celah kangkang then lumba kumpulan siapa habis dulu. letak majalah atas kepala tak boleh jatuh then race siapa habis dulu. another game apa ya? lupa pulak... rasanya bola pingpong atas sudu lah. huhu... lama tak tengok sukaneka kanak2. cute amat!

then... barulah aktiviti untuk dewasa. main cabut2 undi group. game pertama ialah baling dadu besar. dekat dadu tu, ada no kaler merah dan hijau. if kena kaler hijau, kumpulan akan bergerak ke hadapan ikut no yang diorang dapat. kalau kaler merah kena bergerak ke belakang. satu kumpulan 5 orang. kumpulan aku? 5,5 dapat kaler merah. haha... suami dapat no 1 ke 2 eh? rasanya no 2. hehe... game kedua ialah berjalan atas batu bata. sorang kena gerakkan batu bata. sorang berjalan atasnya. yang ni kumpulan aku no 3 kot. tapi sengal sebab mencangkung 2,3 hari jugak baru nak hilang. haha... orang jarang bersenam kan... dan akhir sekali game couple. baling belon. siapa pecah kalah. perghhhhh! aku bercita2 nak menang kan. sekali suami aku boleh lempar jauh kedepan aku. macam mana aku nak sambut? dah dapat saguhati je. haha...

family photo!



selepas acara sukaneka, acara bebas. so mereka2 ni lepak bawah blok. main muzik. syok gile. hebat2 diorang ni. suami aku nak main benda alah goncang2 pun foul. haha...



malam barbeku pulak. best gile hotel ni dah sediakan tempat untuk barbeku. so tersusun kemas cantik lah. makanan untuk barbeku pun hotel sediakan atas factor kebersihan dan kesihatan semua... selepas barbeku, acara ditunggu2! cabutan bertuah! aku berdoa semoga dapat yang percutian atau steam iron berdiri. huhu... baru rajin sikit nak gosok baju yang menimbun tu... ada 2 cabutan percutian. 1 di KSL, 1 di Lotus. sekali.............! ini yang suami dapat. hehe... steam iron jugak. tapi yang seret2 jugak. homai! doa aku tak berapa detail. kikiki... "mintak2 dapat steam iron" Allah pun tunaikan. Alhamdulillah.


nak tengok hadiah2 yang disediakan? mahu kau jadi ahli keluarga OSC gamaknya sebab nak menang cabutan bertuah ni. hehe... keseluruhannya, semua orang akan dapat hadiah. haha... orang kata puas hati lah sebab selama 7 tahun diorang tak pernah buat hari keluarga.


dan... inilah hadiah2 dan goodies yang kami dapat. semuanya TUPPERWARE! hehe... puas hati hamek ko! tapi aku boleh cakap, kami antara yang tersikit dapat hadiah. yang lain lagi banyak! jeles!


bestnya! bestnya! tahun depan buat lagi eh!







p/s (i) : Sunday Blues! batuk. tapi Alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya, banyaknya.

p/s (ii) : malam ni nak makan kat almostfamouscafe yeay!

p/s (iii) : mana haku nak cari digicam ni.... selasa ni kursus di New York. kena ada kamera.

p/s (iv) : bulan ni kutu haku punya giliran. yeay!






16032014 ~ 12.21pm
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com