we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, March 4, 2014

World's Kite Festival 2014

hai you olsss... petang ni aku dah takde kelas. penat jugak hari ni walaupun kelas 2 jam je. yelah, sebab gabung kelas both classes. so macam tekak perit menjerit sebab suara tenggelam dek suara mereka yang besor2 belaka. bila asyik tinggikan suara, last2 suara mesti asyik lari. budak2 sekarang pantang dengar cikgu2 lari suara, sure diorang akan ulang bunyi 'slip' tu. sabar ajelah!

orait, entri kali ni aku nak cerita pasal pesta layang2 yang kitorang layankan haritu. huhu... dah beberapa tahun pesta layang2 diadakan, baru tahun ni berkesempatan menghadiri. yelah, dengan jem lagi. malas nak bersesak. tahun ni lain sikit sebab ada Alleya, Elena and Umar. lain bila ada kanak2 ni, makin seronok. bila bersama orang2 dewasa, tak berapa best sebab just lepak2 gitu je. bila ada kanak2, boleh main, main kejar diorang ke. haha... seronok!

sampai2 sana, kami makan dulu. ya Allah, dah lama tak rasa perut gastrik. so memang dengan banyaknya lah aku makan. huhu... sambil tunggu makanan, husband bawak Alleya jalan2 beli layang2. suka minah tu tak sabar2 nak main. so lepas makan, cepat2 lah pergi set up nak main layang2. ha tengok tu... siapa yang lagi excited? Atok atau Alleya? ha, tengok minah anti-social tu... sampai2 terus mintak ipad. bertuah!





Nampak tak suami aku jakun main pistol bubble Alleya and Elena tu? wuahahaha...

Umar pun sure lah tidak ketinggalan nak tengok orang main layang2. baik gile dia pada hari kejadian... diam je sambil tengok sekitar. seronok agaknya dapat duduk luar. angin kuat pulak tu. merengek sikit bagi susu terus layan balik angin2 nyaman tu. huhu... sempat jugaklah tukar pampers di khalayak ramai. haha...


seronok amat budak berdua ni main2. Alleya main layang2. Elena dah puas main ipad, dia main bubbles pulak. then mulalah main kejar2 mereka berdua ni. hehe... bahagia sungguh rasa!






picture of the day. love.




video Alleya dengan Elena yang pelat 2,2 dan cuba untuk menyanyikan lagu Tegar. haha... Ku yang dulu bukanlah yang sekarang....... lalalalalala~








p/s (i) : okay petang ni kena stayback sekejap untuk budak2 bola jaring. moga tak kena jaga KAT lah. aku ada alas an untuk beberapa tahun akan datang ni sebab ditugaskan untuk debat bahasa inggeris. walaupun tak hantar team. haha...

p/s (ii) : malam ni nak masak apa?

p/s (iii) : malasnya nak kerja sekarang ni. haih!






04032014 ~ 3.17pm
meja aku ~ bilik subjek umum~ILPPG


0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com