we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, June 3, 2015

quick update : April and May

hai2 korang... lama aku tak update. last update pun awal April cerita pasal masalah2 pelajar. masih lagi aku struggling menangani masalah ni. sem depan masalah baru lg sebab pelajar yang pernah kena buang dulu kes buli dan lucah diterima kembali. sakit betul rasa hati. ya, sebagai guru aku tak boleh berperasaan macam ni. tp aku manusia biasa. binatang lah aku kalau tak rasa sakit hati dengan apa yg pernah dia lakukan. bukan buli pukul2 tau... ni buli sexually. bagitau aku siapa yang sanggup terima perlakuan macam ni? Allah, kuatkan hati aku mengajar budak ni. atau aku ignore je dia? hmmm....


update update :


April :

Alleya was admitted in the hospital. at first hanyalah demam biasa je. balik rumah weekend tu aku tuam2 badan dia, urut2 kaki dia sekali. aku perasan kalau Alleya demam dia tend to mengadu kaki dia sakit. aku rasa urat2 dia jd tegang. makin kurus dia sejak mak ayah balik umrah. mungkin kat KL orang layankan aje apa dia mintak. kalau tak dipaksa makan memang dia takmo makan. until now, kitorang still tengah paksa dia makan ni... Alhamdulillah sejak minggu lepas selera dia naik balik. hopefully tembam sikit lah kakak oi! nanti dia cakap, "Saya taknak gemok" huhu... dia tengok contoh dari aku lah tu...


ni perut dia masa maghrib sebelum aku bawak dia pergi hospital. sebabkan sedu2 macam ni lah aku jadi risau. macam ada baby dalam perut. huhu... warded in Puteri Specialist Hospital. aku kurang puas hati dengan analisis given by doctor. entah macam aku nak tahu kenapa boleh sedu gitu. dia just cakap cramp perut. hmmm... maybelah dia paham why boleh terjadi. so terangkan kenapa boleh jadi gitu pada kami jugak. sebab until now kalau Alleya kurang makan atau kurang air jadi macam ni. takkan sampai tua kot... nanti boyfriend tengok camne? ish!

tapi masuk hospital ni macam percutian pendek jelah orang cakap... hehe... yang letihnya mak lah. Alleya seronok je. Umar pun seronok. Elena pun. hehe...





May :

Umar was admitted in the hospital. risau jugak pasal insurans Umar. mana tahu jadi macam tahun lepas, tiba2 kata relapsed. pengsan nak membayar hospital kan. agen lama macam kurang memberi kerjasama dan kebetulan kami baru je tandatangan pertukaran agen yang baru. walaupun belum official, tapi agen baru betul2 menjaga kebajikan kami. Alhamdulillah, syukur. walaupun dia tak dapat apa2 insentif, dia tetap membantu. dan kami masuk Hospital Pakar Johor atas saranannya. dan amat berpuas hati berbanding hospital Alleya dan kebetulan Prudential buat promosi, kami dapat upgrade bilik. hehe... seronok! memang betul2 macam hotel dah.

Okay ceritanya macam ni... khamis tu aku puasa. sampai2 rumah dari kerja ingatkan nak rehat sekejap sebelum mula masak and suami dan anak balik. belum pun park kereta dalam porch, suami call suruh pergi rumah in-law sebab anak macam nak demam. terus pergi lah. memang merengek2 macam orang demam lah tp suhu tak tinggi. maybe tak selesa badan kot. tak mahu tido semua. so bawak dia masuk kereta terus tido. so beli berbuka puasa bungkus je...

malam tu g UTC nak uruskan LHDN sebab dah hari terakhir LHDN suami isi online ada masalah sikit... sebelum g UTC tu anak buang air besar aku terkejut macam ada darah. MIL cakap mungkin jem strawberry yang Umar makan siang tadi. aku pujuk hati sebab tak nampak macam jem strawberry pun, memang nampak macam darah... pergi UTC, anak buang air lagi. ada darah lagi. suami cakap kita bagi masa sampai esok pagi kalau ada lagi, baru bawak pergi hospital. hmmm... aku ikutkan je. malam tu Umar dah tido, terjaga dalam 12.30am buang air lagi. ada darah lagi... okay sabar2, berapa jam je lagi nak pagi... bagi dia tido tak pakai pampers sebab dah start melecet kerap buang air sangat. dalam 3 pagi dia merengek bangun rupa-rupanya nak buang air lagi. aku dah balut dia pakai tuala so dia buang air atas tuala lah... ada darah lagi so aku cakap siap2 kita pergi hospital terus.

terus packing baju dia dan baju aku. sebab dengan darah macam ni, aku sure mesti kena warded. tapi kalau tengok anak bujang tu siap2 nak pergi hospital pukul 3 pagi macam nak pergi jalan2 je. seronok je dia... other than buang2 air darah tu, dia sihat je. tak demam. kadang2 je suhu naik sikit. other than that, dia sihat je... gurau2 dengan dia sampai hospital dia nak beli air dalam vending machine. huhu... sabar jelah.

paeds wad Hospital Pakar Johor sangat2 cantik!








dia guna tema circus. cute sangat2 and harga dia lebih murah berbanding Puteri. bilik Alleya bertiga harga rm115. bilik Umar bilik berdua rm120. cheaper kan? then bila agen cakap Prudential buat 30% off untuk harga bilik, terus kami mintak bilik seorang. harga bilik seorang rm250 tp kami hanya layak rm200. tapi selepas tolak 30% tu bilik seorang rm250 jadi rm175. kami layaklah! hehe... tp bilik seorang di peads dah penuh. so ambil bilik seorang normal. still we are very thankful sebab Umar nangis kuat and dan fobia dengan doctor. better bilik sorang tak ganggu patient lain and kami parents lebih selesa nak jaga.


 
 
 
Makanan dia tiap2 hari dia dating ambil order. aku order ikut tekak aku nak makan untuk lunch je lah. hehe... yang lain untuk Umar lah. bubur ayam selalu nya. masa awal2 tu macam sedih jugak sebab dah order benda untuk Umar tp Umar taknak makan. kalau tahu order benda aku nak makan. hehe... black pepper sauce dia terbaik!! ni spaghetti. aku lambat makan, dah sejuk kurang sedap. siap ada aiskrim lagi.


 
 
oh ni dia salah satu contoh poopoo Umar. maaf ya gambar selepas makanan pulak. hehe...
 

 
Doc cakap mungkin jangkitan usus sebab dah buat ultrasound pada usus dia tak ada luka atau anything serious. dan Alhamdulillah, Umar ada 2 buah pinggang. hehe... aku risau tapi entah kat mana nak cek buah pinggang dia kan. so clarify yang dia ada 2 buah pinggang. tapi genetic ikut aku ada satu jelah pulak kang. sebab doc aku pernah pesan, risiko mengandung ada anak ni dan anak mungkin akan hidapi benda sama. Alhamdulillah, kuasa Allah.
 
Now, Umar dah sihat seperti sediakala. makin cerdik. makin kuat mengadu. dah nak mula bercakap kot. sebab menceceh je mulutnya walau aku tak paham satu apa pun. hehe...
 
 
 
 
 
 
p/s (i) : seronoknya tengok kawan2 pregnant. huhu... Ustazah dah 25 minggu. masa mengandung Umar 25 minggu aku kena tahan wad kat Kluang. huhu...
 
p/s (ii) : esok bawak Umar pergi kerja. kena setting baik punya mainan semua lah namanya ni.
 
p/s (iii) : semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Aminn...
 
 
 
 
 
 
03062015 ~ 9.53am
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG



0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com