we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, October 8, 2012

Selamat Bertunang Ariff dan Puteri =)

hai2 korang... perghh... lama aku tak update blog kan. konon nak update pergi USS part 2. tapi tak sempat2 lah. minggu lepas lagilah... busy amat sebab aku pergi induksi. Alhamdulillah dah selesai induksi tapi entahlah lulus ke tak. soalan diaaaaa... susah amat. adoyai... lagilah bila aku kurang membaca. hoho... berlagak kan?

okay2, nak story pasal sabtu lepas. hah, sebelum tu aku nak cerita satu insiden aku kena sengat tebuan. hoho... hari jumaat lepas gerek balik kerja lepas2 kat rumah, dia tertidur. lama pulak tu. haha... aku tak sampai hati nak kejut. dalam pukul 9pm barulah kami ke kedai dia. dinner and dia buat2 kerja sikit, dalam pukul 12am baru gerak balik rumah. aku dah ngantuk tahap gaban. so ready2 nak tidur. tiba2 terdengar bunyi benda terlanggar kipas siling then ada benda jatuh atas belakang aku (posisi ngiring). perghhhhhhhhhh! terpekik terlolong aku. dah macam kena sawan. bergegas pergi klinik. injection lagi... huiyooo... tebuan tu besar gile. doc kata queen dia. nauzubillah... baru aku tahu perasaannya. haha...

hah, okay... pasal sabtu lepas. patutnya nak gerak pukul 7am. gerak ke Temerloh. kawan gerek, Encik Ariff nak bertunang. tapi disebabkan kejadian disengat tu... aku tak boleh tido malam tu kerana kesakitan, so kami gerak almost 10am. gerek punya pecut dari melaka lalu lebuhraya Karak, 3 jam je ke Temerloh. cepat kannn?

TAHNIAH KALIAN BERDUA :)

aku suka shawl Put pakai tu... pernah cakap dengan gerek aku nak shawl macam tu, gerek bagi tapi aku risau takut muka aku tak sesuai. sebab orang pipi leper je kot sesuai pakai macam ni. huhu...

tapiii... ini yang paling tempting. serious rasa nak petik je satu. sebab cuaca yang amat panas. cair dahhh... sedapnya nampaaakkk!


dan akhirnya majlis selesai dalam pukul 4pm. kami pun menderu ke destinasi yang diidamkan... IKEA! oh meatballsss.... beratur sikit punya panjang. tapi sanggup ku harung...

sayangku... bersama kegemaranku.


makan sampai mengah. membeli ikut nafsu. gerek nak 10 ketul chicken wings. then aku mestilah nak meatballs. aku beli 20 ketul. dah mengah... chicken wings boleh bungkus. tapi meatballs tu membazir 2 biji. hehe... 2 biji pun sayangnyaaaa... then jalan2 dalam ikea tak membeli pun... beli meja kecik utk rumah sewa baru gerek. tu je... nanti ada duit banyak nak shopping sana! cita2!


rindu sayang i... tak sabar nak cuti2. please, please... nak cuti2 rehat2... bolehlahhh.... i love you sayang.





p/s (i) : kejap lagi kelas. minggu ni ada second trial peringkat sekolah...

p/s (ii) : masih konfius dengan planning hujung minggu ni. hmmm... isnin ke hospital. kenapa rasa takut ni?

p/s (iii) : invigilation at 2.30pm. kemudian lapangggg...





08102012 ~ 11.02am
meja guru ~ bilik guru 2-KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com