we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, January 31, 2011

bubur jagung~

hai2 korang... hari ni hari isnin. genap seminggu dari hari ni, aku akan melapor diri. okay, sedang menunggu panggilan atau surat dari pihak berkenaan. sama ada KPM or BPTV. aiseh lah... kenapalah dapat BPTV. i will miss Tasek. forever in my heart. kanak2 tu dah msg2 cakap terkezut aku sampai ke Pahang. kakak2 di sana pun dah msg2... uhuk2... apakan daya, rezeki bukan di Tasek. okay, masih terkilan dan mengharapkan miracle. walaupun tak mungkin. hmm... berusaha yanna!

okay, hari ni nak story pulak pasal resepi membuat bubur jagung. as usual... bukan aku yang buat. chef mokna yang buat. aku konon2 nak tolong dengan parut jagung tu. aku buat separuh jalan. bila cikna take over, aku pun angkat bontot. haha... cikna buat sekejap je. aku parut 2 batang tu macam setengah jam okay. kakakaaa... okay, bahan2 yang diperlukan :

  1. jagung (lebih banyak lagi best... aku beli 10 batang. kat pasar malam rm6 je. tapi pendek2 lah)
  2. santan sebiji setengah
  3. daun pandan 2 helai
  4. sagu semangkuk penuh (if suka banyak, taruk banyak... tapi dia jadi manis sikit lah)
  5. gula 2 senduk
okay, langkah pertama ialah memarut jagung. aku tak tahu istilah sebetulnya tapi nenek aku sebut parut. caranya ialah guna pisau potong isi dia. jangan tebal sangat. cikna kata cukup 2 kali potong 1 tempat tu. biar isi jagung tu kita boleh gigit2. sedap!


kemudian, masukkan semua dalam periuk dan letak di atas dapur. api jangan kuat sangat. tambah air sikit. cara ni nak biar jagung tu masak. kemudian masukkan daun pandan. ni untuk menaikkan bau dan selera. he...


dah agak2 macam dah masak and dah mendidih, masukkan santan tadi... kesemuanya sekali. gaul2 biar didih dan masukkan sagu. masak hingga sagu tu kembang.


nilah rupa sagu yang anda perlu beli untuk memasaknya... putih macam ni je... bila dia kembang jadi kaler lutsinar.


after masuk sagu tu, masukkan gula. kemudian rasa. if manis, tambahkan sikit air. jangan masak lama sangat sebab nanti takut pecah minyak. so, after masuk sagu, cepat2 masuk gula dan rasa. kemudian, tutup api! pecah minyak dah tak sedap dah. he...




selamat mencuba dan menikmati. aku pun nak turun ni, nak makan bubur jagung yang lebih dari semalam tu. okay, yang lebih simpan dalam peti sejuk okay. bubur ni sedap di makan panas2 or sejuk2. kecur pulak tiba2. aku suka kembang2 yang sagu banyak.







p/s (i) : adoi, kesabaran yang tinggi. puas dah aku! tak sabar nak kerja!

p/s (ii) : dapat sekolah apa yaaa... mintak2 dekat2. hmm... mane orang ni tak call2 aku lagi nii... kang balik kampung mana ada line. ish!

p/s (iii) : esok, balik kampung. rabu ke seremban amik Boy then straight balik JB. khamis, dating bersama yayang tersayang montel2 tuuu...

p/s (iv) : untuk puan pamila... semoga u dapat pasir gudang ya!







31012011 ~ 3.35pm
rumah aku ~ bilik aku

2 comments:

cekelat pekat said...

kak yana,pecah minyak tu cmna???

maap,saya budak baru belajar..hehe

yanna yazed said...

haha... actually akak pun tak tahu. tapi yang akak paham, pecah minyak tu macam minyak dia terpisah lah. adoi... camne nk terangkan ek. contohnya if gulai minyak2 tu kan, macam ada ketul2. hahaha... serius, akak pun tak tahu. ni semua memandai aje. orang cakap, akak tulis.

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com