we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, November 8, 2011

Majlis Persandingan ~ae~ (22.10.2011-2.30pm)

hai2, baru lepas call gerek. hmm... rindu sungguh even baru lepas jumpa. wuwuwu... bilalah nak settle down di tempat yang sama. senang sikit dia ada depan mata. lega sikit rasa hati. ni travelling here and there. adei hai... lagilah as cikgu tak boleh suka2 hati nak apply. bulan 4 tahun depan baru keluar application. hmmm... paling sekejap pun 6 bulan berjauhan. sanggupkah? point to ponder. hmmm...

okay2, hari ni nak update pasal majlis persandingan pulak. semalam majlis nikah. haha... agak bersemangat sekarang ni dan juga dah tak mengajar form 4. so masa agak lengang sedikit. esok pun ada 2 masa form 4 aje. so... dari pagi until 12.20pm aku free. form 4 diarahkan buat 5S. okay! gambar pertama. my wedding dress. kurang jelas ye di sini. tapi nak jugak tunjuk gambar ni sebab aku rasa aku cantik. hahaha... thanks to Fatin Barney for this picture. you pandai capture seyh! i'm loving it. wedding dress aku 3 pieces ye. sangat banyak alteration dilakukan. mula2 memang agak frustrated dengan dress ni. but at last, satu hasil yang bolehlah memuaskan hati semua orang.

pelamin aku. huhu... simple, nice and elegant. gile suka the product! kitorang memang taknak tipikal pelamin bunga2 sarat2 and kain scallop sana sini. nak sedikit kelainan. so, mak sebagai penggemar kayu dan jati, google sana sini. dan dengan bantuan makcik and cousin, kitorang bersetuju dengan pelamin ini. request nak pillow banyak sedikit. but sikit ye bridal ni bagi. ish! daaaannn... paling penting, aku memang taknak rose. at last, dia bagi lily. walaupun bukan lily yang aku nak. sekurangnya, dapat jugak bunga lily. hehe... dengan pasu gelas tinggi. everything as we asked for. puas hati!

my wedding cake! yeay! walaupun booking lambat, masih lagi dapat yang aku nak. huhu... blue yang aku nak. dan bunga lily yang aku nak. wawawa... suka, suka! tapi aku tak rasa langsung pun. setakat secoit untuk tangkap gambar. huhu...

walkway. ish! seriously aku sangat suka! satu je aku tak suka sebab dia letak pebbles sebelah red carpet. nyaris2 aku jatuh. nasib sempat berpaut kat gerek. huhu....

my flower girl. time ni belum pasang crown bunga dia yang cute tu... sangat comel wokay my flower girl. setiap kali dia tabur bunga, "betul tak cik luyun?" tabur lagi, "betul tak macam ni?" dan gerek keep on walking walaupun aku tersangkut di belakang diena. hish mamat tu! dan my little angel tabur petals of blue roses. suwiiitttt!

my family and abang jan, kak anne, my angels dan uncle man. i love you all. thank you for everything!


serious sangat best ketika hari persandingan. aku just sedikit kecewa sebab lambat tiba di dewan. ramai kawan2 dan anak2 murid yang aku tak sempat jumpa. sedih wokay! nasib baik ketika sampai tu, dapat jumpa beberapa orang ketika mereka baru bergerak mahu pulang. thank you for coming. sorry jika ada yang tak terlayan dan terkurang di majlis saya.





p/s (i) : kenapa ye bila guna laptop jenis ni, kaler tulisan memang tak keluar? ish! tak suwitt blog aku jadinya.

p/s (ii) : sedang memakai tuku moden milik edotyati. dan menunggu Soffiya untuk mula. wah! episod terakhir ni! i lap u Tiz Zaqyah!

p/s (iii) : okay, beberapa urusan sudah selesai. harap2 perjalanan hidup menjadi semakin lancar insyaAllah.

p/s (iv) : hujung minggu yang terasa pack. good luck to my gerek!






08112011 ~ 7.09pm
depan tv - ruang tamu-kediaman warden SMVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com