hai2 korang... again, quick update sebab kejap lagi nak sambung buat 5S. haha... boleh patah riuk pinggang kitorang woo... tapi setakat ni alhamdulillah... semuanya under control. ada lah beberapa ketika yang masih2 nampak down dan nak nangis. tapi aku bersyukur ditemukan dengan 2 orang bengong ni. so kerja jadi enjoy. walau tak berapa nak enjoy beberapa ketika, mesti akan jadi lapang selepas berehat. haha... seronok2. thank you Allah, thank you friends.
ha, tajuk entry aku tu... ewah! takmo gempak lagi kan? sempena 1dec2011 ni, aku nak update lah tentang cinta sedikit. sebabnya... pada bulan ini, tahun lepas, aku bertunang dengan lelaki pilihan aku. thank you Allah sebab ditemukan dengan lelaki yang sangat menyayangi aku dan sangat bertanggungjawab.
cinta. love. love is cinta. setiap orang ada persepsi sendiri tentang cinta. ada yang tak percaya cinta. ada yang sangat memuja cinta. dua, dua ni dah salah dah... ustaz pernah cakap, cinta hanya milik Allah. Dia mencipta kasih dan sayang untuk manusia. kerana tersalah cintakan manusialah, manusia sanggup lakukan perkara2 yang tak munasabah. perkara2 yang memudaratkan. perkara2 yang memesongkan akidah terhadap Islam.
contohnya... manusia sanggup berbunuhan kerana cinta. sanggup bergaduhan kerana cinta. dan sanggup membunuh diri kerana manusia. okay pikir2, logik atau tak perkara2 tersebut? tak kan? tapi kenapa ramai yang buat? kenapa ada je yang bunuh diri bila kecewa bercinta? hmmm... apa yang mereka fikirkan sebenarnya. pernahkan anda tertanya?
aku bersyukur... aku sudah punyai suami. yang dulunya teman baikku. teman tempat aku luahkan perasaan. teman susah dan senang. teman yang tak pernah sesekali akan meninggalkan aku. teman yang menerima aku seadanya. teman yang menegur kesilapan, dan memuji kebaikan. teman yang membimbing. teman itulah cintaku, kasihku, sayangku. terima kasih.
love is to give. to take. to embrace. to feel. to accept. to be patient. to tolerate. to be nice. to hold on. to enjoy.
p/s (i) : mahu sambung mengecat malam ni. jika ismail datang, mahu angkat almari. mampukah kami? nantikan jawapannya...
p/s (ii) : aku rasa weekend ni memang untuk hari aku berehat2 lah... aku nak tempat yang tenang supaya aku tak tension dengan kerenah manusia.
p/s (iii) : sekali lagi kecewa. tapi takpe, rezeki semua di tangan Allah.
p/s (iv) : sempat siap tak 5S asrama ni? adoyai... badan aku nak patah 47 dah ni.
01122011 ~ 8.02pm
katil shida ~ bilik aku-kediaman warden SMVK
0 comments:
Post a Comment