hai2 you ols... minggu ni hectic sikit. minggu orientasi pelajar baru KV di ILP. malam pun kena datang. memang tak cukup rehat lah senang cakap. tapi takpe, boleh claim cuti book off. maksudnya, macam OT tapi dibayar dengan cuti. huhu... okaylah daripada kena datang kosong2 je. sekurang-kurangnya 4 hari datang malam, dapatlah 3 hari cuti ganti. jadi, kena bertahan lagi 2 malam. oh gosh...
orait, kali ni aku nak cerita pasal piala presiden 2 tahun lepas dan sekarang. kenapa tiba2 aku timbulkan pasal benda ni? sebaaabbb... bukak2 fb ternampak satu page baru pasal budak2 presiden ni. wah, tak tahannnn... siap ada page fb sendiri. plus, mereka2 ni macam dah ada peminat sendiri. letaklah status atau gambar yang simple. example : "bosan"... tengok2 bawah dia 100+ likes and komen ada 71. what? status aku pulak yang berbaur gurauan ataupun serius, 5 likes dan 10 komen dimana 5 komen milik aku. haha... haruslah sedar diri ya.
sebenarnya... aku kagum dengan semangat B.O.S dan IJF supporters kuar JDT. tapi entahlah, maybe aku berdoa lebih yang mengharapkan mereka bukan lalang. yelah, bila JDT diperkenalkan dan banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan, barulah Nampak dunia bola di negeri Johor ni semakin berkembang dan bersemangat. aku maybe emo terlebih ni sebab beberapa budak Presiden ialah bekas pelajar aku. biarlah orang nak cakap aku mengajar diorang sekejap je. but aku rasa aku spend masa dengan diorang banyak jugak. after school. apabila mereka banyak game di Kluang.
2 tahun lepas, 2012. aku masih bekerja di Kluang. dan piala presiden home di Kluang. memang aku sangat bersemangat setiap kali mereka datang Kluang. aku dapat jumpa anak2 murid aku. gembira tu... ingat senang dapat jumpa diorang? game Isnin dan Khamis. entri masuk rm2. nak tahu perbezaan? penonton sangatlah tidak ramai. duduklah mana2 pun korang nak. nak duduk jauh, dekat, tinggi, rendah. dan aku yang datang selalunya second half of the game disebabkan habis waktu bekerja pukul 5pm, senang2 je dapat parking DEPAN BAS SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR. ha, Nampak tak aku nak tegaskan betapa tak glamournya diorang ni. aku parking surelah depan pintu gate stadium, depan bas diorang selalunya. senang nak lepak2 berbual sebelum diorang naik bas balik JB.
tahun lepas, home mereka di Pasir Gudang. aku still di Kluang, tak dapatlah nak menonton dan Alhamdulillah aku dapat pindah ke ILP Pasir Gudang. haha... rezeki untuk menonton Piala Presiden nampaknya... tapi kali ni menghadapi kesukaran. sebabnya... penonton bertambah dan aku terpaksa parking jauh. hmm... dengan keadaan diri sedang mengandung, aku elakkan untuk parking jauh dan menonton sorang2 pulak tu. kalau kat Kluang pun aku tonton sorang2. tempat duduk pun senang nak dapat. sekarang, macam kena, "tumpang lalu... tumpang nak jalan..." barulah dapat tempat duduk. penonton semakin ramai dan.... ada B.O.S lah datang menyorak... hmmm... bukan aku tak suka. but where were you the year before? dalam masa beberapa bulan je tiba2 piala presiden ada supporters yang begitu ramai. hmmm... where were all of you last year? you datang tengok bola sebab mereka semakin hebat ke? where were you bila mereka sedang mendaki bidang ni? mana awak semua ketika mereka perlukan sorakan semasa mereka down kalah sentiasa? manaaaaa???!!
JIKA TIDAK MAMPU MENYOKONG KETIKA KALAH, JANGAN MENYORAK KETIKA MENANG
love the quotes. harap supporters Johor kekal begini selamanya...
kalau fans Johor Presiden, surelah kenal dengan wajah ini kan? gambar ni di ambil pada tahun 2011. ketika mereka 17 tahun. bermain untuk Piala KPM. ya, dia ni lah star Johor sekarang. siapa pernah tahu yang pada tahun pertama dia di Skuad Presiden, dia bukanlah pemain kesebelasan. jarang2 dapat main sampai dia give up nak quit Presiden. pernah dia mengamuk selepas game, "training macam nak mampus, dapat main 10 minit je". akhirnya bila dia tekad nak berhenti, coach bagi peluang dia bermain dan Alhamdulillah. semakin diberi kepercayaan sehinggalah sekarang. now, dia adalah top scorer.
ihsan gambar dari The Photoshooterz
ha ya, tu lagi 1 pembaharuan, siap ada official photographer you ols... dan dengar katanya, dalam review yang aku baca di FB, penonton untuk game pembukaan presiden semalam, penonton lebih kurang 1000. hmmmmmmmm... ramai sungguh!
apa2 pun Alhamdulillah... aku bersyukur mereka berjaya dalam bidang yang mereka minati. dalam hati kecil cuma berharap, mereka tak lupakan aku. tapi, someone once told me, "the students will grow up and we have to let them go".
I miss them a lot. them. my students.
p/s (i) : entri ni dibuat sebab baru lepas tengok gambar2 mereka di FB.
p/s (ii) : hope to meet them. in a group. like we used to.
p/s (iii) : okay, mood swinging sikit. bukan swing tp actually badan dan mental sangat penat. minggu ni jeee... sabar2...
28012014 ~ 2.12pm
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG
0 comments:
Post a Comment