we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, August 31, 2010

Happy Merdeka MY ke-53!!

hai2... tanggal 31. bulan 8, 57... MERDEKA! tahun 1957 adalah 53 tahun yang lepas. maknanya... Malaysia sudah berusia 53 tahun. dan pelbagai kemajuan yang dapat kita lihat. hebat2. lepas ni apa? trem di melaka tak lama lagi. kat johor ni patut buat LRT, komuter. upgradekan pengangkutan awam. jadi pencemaran dapat dikurangkan. huhu...

sempena menyambut hari kemerdekaan ini, sekolah yang aku mengajar sekarang telah mengadakan satu sambutan yang gilang gemilang. takdelah gilang sangat tapi amat meriah dan bagi aku, sangat kreatif. tak dapat aku pikir tentang tema yang dipilih. yelah, aku kan tak kreatif. hehe... tema kemerdekaan peringkat sekolah SMKTU adalah "1000 HATI 1 MALAYSIA". idea kreatif ini dicetuskan oleh pelajar2 Tingkatan 6. taadddaaa... inilah dia gambar bendera Malaysia yang telah dicipta menggunakan gabus kain yang di tandatangani oleh 1000 warga SMKTU. 1 love, 1 tandatangan. maksudnya ada 1000 tandatangan. cantik! aku tandatangan kat love berwarna BIRU. hoho...


paling aku suka sambut merdeka ialah MENYANYI. hoho... sangat suka lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31. lagu apa lagi? ketika ini, amat merindui zaman menjadi student. sebab aku boleh nyanyi sambil bergoyang2 sesuka hati mengikut irama muzik dan lagu. hoho... sekarang kena sopan sikit okay. jadi teacher berkaliber. kikiki... nyanyian bersama2 koir Form6.


antara persembahannya adalah sajak dan pentomen. pasal kes pembuangan bayi yang semakin kritikal sekarang ni. adoi... apa nak jadi dengan mereka2 ni. buat "benda" tu enak seronok2. bila "produk" terhasil pun seronok2 membuangnya merata2. bagus message yang disampaikan mereka. pelajar Tingkatan 2 ni...


kemudian, short sketch dari pelajar2 ASPURA (Asrama Pusat Putera). best. kelakar but still ada message. ni macam flashback, atok bercerita kat cucunya bagaimana dia berperang dengan askar Jepun dulu... atok tu anak murid aku. and sangat talented. natural. hehe... okay dimulakan dengan tugu negara.


diakhiri dengan atok tu meninggal selepas habis bercerita pada cucu2 nya... yang kelakarnya pulak, dia macam jatuh atas salah seorang cucunya. ya... cucunya amat kecik. budak form 1. atoknya budak form 4 yang seperti form 6. haha... cian budak form 1 tu. penyek.


okay, ini barisan pentadbir. berseragam biru. hari tu kita guru2 kena pakai baju tema bendera Malaysia. biru atau kuning atau putih atau merah. aku pakai baju warna kuning. hoho...


ini pula... Puan Fadzilah dan Puan Ashura. mereka nilah kakak2 sebilik dengan aku kat SMKTU. tema kami pada hari tersebut ialah kuning. JOM KUNING!! hehe...



okay, di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 kepada semua warga Malaysia. penduduk tetap pun sila hormat hari kemerdekaan kami ya. dan mereka2 yang datang atas visa bekerja dan belajar. sekian, Keranamu Malaysia... Terima Kasih Malaysia!




p/s (i) : oh, esok kami bertiga berbuka puasa di 3 tempat berbeza. ayah di surau. mak di sekolahnya. aku di sekolahku. hoho... macam berjanji pulak. makan apa ye di SMKTU? saya ni pelahap + makan banyak orangnya... he...

p/s (ii) : singgah ke jusco bukit indah... additional 10% on existing discount. adoi hai... wallet tertinggal dalam kereta kat kak wani. so... tengok ajelah ye kawan2. window shopping.

p/s (iii) : tolongggg!!! nak pizza hut dan lasagna! tolonggg!!

p/s (iv) : readers yang membaca status saya di fb semalam. maaf... saya buka jenis mencarut tapi pompuan itu benar2 mencabar keimanan sejagat ini. semoga dia di balas oleh Allah setimpal dengan apa yang telah dilakukannya...

p/s (v) : banyak pulak p/s kali ni yek. hehe... 3 more days schooling. then... kita enjoy! (tangan kanan naikkan macam cerita Puteri by Nora Danish)






31082010 ~ 5.31pm
rumah aku ~ bilik boy

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com