hai2 korang... berapa hari dah aku tak update blog? hmm... pelbagai berita yang kurang enak kebelakangan ni. mula2 pemergian auntie ke Rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat. kemudian, dapat tahu pulak tokyam masuk hospital. khamis tu jugak aku balik JB. then patah balik Kluang. oh kesian gerek... thanks sayang... tak terbalas segala apa you buat untuk i. i love you. meh i bagi u sepenuh kasih sayang i. kikiki... jumaat pun balik JB bersama gerek. then sabtu malam aku jaga tokyam di hospital. adoi... sakit badan. takpe, bukan selalu kann... tokyam, cepat sihat ya!
okay kalian you olss... hari ni aku nak update pasal jalan2 dengan gerek 2 minggu lepas. huhu... kejadian berlaku selepas sehari aku berjemuran menjaga budak2 petanque. uhuk2... mahu dating dengan gerek tapi hitam mukaku. ohoi... mula2 bukan main kann... dia kata takpe, dia terima seadanya kononnnn... then bila bersua muka, bertentang mata... dia gelakkan muka aku yang hitam ini... pergh haiii... ku lepuk2 gerekku yang cikmon tu... ku cubit2 tangan dia yang gemgem tuuu... puas hati ku. haha...
okay2, back to the point. seperti biasa, hari ahad gerek datang kat aku. mahu dating2 di Kluang. but aku macam cuak2 sikit di Kluang ni. yelah... dah jadi cikgu kan... semua tingkah laku diperhatikan. sereemmm i. then, tidak semena2, kami ke Melaka. hehe... kebetulan gerek2 pun ada di Melaka. not all gerek2 lah. ada Am and Arip je. so destinasi kami pertama : Dataran 1 Malaysia. elok2 nak menikmati pemandangan pantai, tapi ada kejadian pulak... kuda termasuk lubang and tak boleh keluar. kasihan gile... serius. tapi kami sempat bergambar lagi. hehe...
kemudian, setelah kuda dapat diselamatkan, kami ke Botanical Garden di Ayer Keroh. wee... tak sangka seronok macam ni. hehe... syok gile naik benda alah ni. ada beberapa jenis. ada single buggy, 2 seats, 4 seats, 6 seats and 8 seats. so, kami ambil 3 biji 2 seats buggy.
seriously memang best naik buggy ni. kami racing2 dalam hutan tu. main stop2 kan buggy pihak lawan. haha... perjalanan amat romantik bila berdua dan amat seronok bila ber'racing dengan couple yang lain. huhu... tapi... yang trauma sebentar sampai gerek takut nak drive buggy adalah ketika ini :
haha... kami accident. terbabas ke tebing. haiyo... gerek adalah pemandu paling berhemah tapi boleh pulak accident di dalam hutan. wawawa... sangat kelakar tapi terkejut gile aku. debar jantung aku lama gile woo... tapi nampaknya gerek lagi trauma sampai suruh aku yang drive kan.
kami berenam... saya + gerek... am + amalina... arip... putri. thanks kalian kerana moment2 yang seronok dan kelakar ketika itu. nanti kita holiday sama2 again ya.
oh kanak2 riang. ni dah layak umur2 nak kahwin ni tapi perangai... aiyo... haha... tapi still, for me, their friendship is so true and cute. haha... (ale sure sedih tengok gambar2 ni... haha)
p/s (i) : next destination, oh please... nak g Genting... jom sayang... oh beranikah aku? haha...
p/s (ii) : lesson plan tak siap lagi. busy menjaga kanak2 di asrama dan bergurau senda bersama housemate. haha... sangat sengal ye cik shida dari parit.
p/s (iii) : bilalah nak putih nii... uhuk2... bulan 6 hari sukan. ohoi... mahu putih... mahu putih... mahu kurus jugak...
p/s (iv) : agak2... gerek bagi hadiah apa ya? wee...
p/s (v) : aku suka bergambar sebelah gerek... aku rasa kecik. haha...
28022011 ~ 9.40pm
rumah aku ~ kediaman warden-SMV Kluang
0 comments:
Post a Comment