hola2... you alls... aku penat sebenarnya. hari ni ke sana ke mari pergi open house. seriously, gile penuh perut aku yang besar ni. yang besar ni pun full tak boleh masuk. apatah lagi yang kecil2 molek tu. hehe... dari pagi, konon nak pergi rumah abang jan. rupanya salah tarikh. haha... semalam rupanya. then destinasi pertama ialah rumah kawan gerek di Pulai Indah. after tu ke rumah Kak Wani. open house sekali dengan birthday Qaseh; anak saudara Kak Wani. kemudian ke Kempas Indah, rumah cikgu kat sekolah. then ke rumah Ale and Oja. haiyo... seriously. macam mahu pingson aku. hoho...
okay2, entri kali ni pasal konvo lagi. bukan konvo aku. tapi nak cerita pasal hari ahad lepas, 26Sept2010. hari konvo cik Safuraa Nur. hoho... hari berkenaan, aku and piza telah berjanji dengan Encik Daus untuk bershooting. so kitorang pun gerak ke UTM around 10 something. then rupa2nya encik Daus tengah shooting orang lain. so aku and piza jalan2 jumpa coursemates yang sudah turun JB dan juga aku mahu ketemu encik Azrul Azam. sebab kami ada perjanjian sempena konvo. jadi, inilah hadiah konvo dari aku untuk Roy. hehe... hope you love it and it tastes yummy. aku tak rasa, tu yang tak tahu. ko pun takde komen apa. sedaplah tu agaknya. haha... and as usual, bought from Cik Maziah. si pembuat cupcakes kegemaran aku. psstt! Encik Roy dah slim seh...
kemudian, singgah Jusco nak beli bunga untuk Saf. tapi tak ada yang dah siap. so gerak balik ke UTM and fetch Daus kat main gate. dia tengah kecoh2 lagi dengan kawan2 dia. kemudian, menderu ke Dataran Agora. ternampak sekuntum bunga yang cute! tak pikir panjang, terus capai and bayar. ada sekuntum jelah pulak. aku nak 2 kuntum sebenarnya. he... Saf, hope you like the flower. sorry kecil aje bunganya. gambar ni, aku and Saf je normal. piza ngantuk, daus surveying awan untuk photoshoot agaknya. haha...
then sesi photoshoot bermula. ada beberapa sesi disebabkan hujan yang melanda. first shoot di Tasek UTM. mendung time ni. so pictures are so nice. kitorang belum ambil lagi dari Daus. tapi dia baru bagi 2 pictures. ni pun dah cukup membuatkan hati kami berbunga2. sangat cantik! tengok dulu kami dan kasut kami. oh, aku tengok gambar ni je hati kembang2 rasa seronok.
then ini pulak, wajah2 kami. haha... aku memang gile kamera sikit. asyik nak tengok kamera aje. hoho... nice kan? actually if real life tengok lalang belakang tu takde lah cantik mana. but when captured, inilah hasilnya. nice kan?
jadi, kepada mereka2 yang berminat nak mengambil freelance photographer, boleh contact Encik Firdaus. harga boleh nego dengan dia straight away. if nak nombor dia boleh mintak dari aku but ni FB dia www.facebook.com/xfirdausx
p/s (i) : seriously, untuk cooling down, i need SB and most importantly, i need Chocolate Cream Chips. terus sejuk. haha... ada dadah ke ek?
p/s (ii) : hati sedang berbunga2 riang. walaupun belum muktamad, still hati ini berbunga2.
p/s (iii) : amatlah berasa mengantuk... blog updated, mahu terus tidur. esok bangun pagi untuk study. haha... style lah cara sekarang.
p/s (iv) : oh pos... tolonglah sampai esok! aku saman kau kang!
03102010 ~ 10.31pm
rumah aku ~ bilik aku
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life
Sunday, October 3, 2010
mode : still convocation!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment