we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, September 5, 2012

Aku Guru, Kau Jurutera

hai2 korang... tak payah introduction lah eh entri kali ni sebab rasanya nak menconteng panjang ni. terasa terpanggil nak komen pasal blog Ceyana kita yang menjadi kontroversi guru2 di Malaysia sekarang ni. detikan pertama aku lepas baca blog dia, "Kesian budak ni, entri tahun 2011 baru jadi isu akhir2 tahun 2012 ni." cukup kot dia dicemuh dah, seperti yang dia jangka. plus2, blog dia memang ada muka dia. adoyai... kadang2, sesetengah orang, akalnya pendek ataupun dia terlampau emosional.

iya, aku seorang guru. memang rasa terhina sedikit lah dengan komen2 dia. tapi seperti aku muhasabah diri setiap kali menangani masalah budak2 nakal... "aku yang akal panjang ni, kenalah menerima perkara2 senteng yang dilakukan pelajar2 yang pendek sikit akalnya dari aku. dan tindakan aku mestilah lagi bijak dari mereka2."


1. pasal gaji 2k dan waktu bekerja yang pendek.

kami ni penjawat awam. apa yang diberikan, kami terima. lagipun, kami guru-guru takde OT. loceng bunyi 2pm. baliklah pukul 7pm pun, takde duit lebih akan diberikan ya. janganlah banding guru dengan operator. operator tu takde qualification. kita bandingkan guru-engineer cukuplah kan? awak pergi gelap, balik gelap. it's an option kan? but you are paid for the extra hours. correct me if i'm wrong.

2. cuti banyak, keikhlasan mengajar

kawan saya pernah kira... hari bekerja guru dan orang lain sebenarnya lebih kurang sama je. saya tegaskan di sini, hari bekerja. bukan jam bekerja. guru2 sekolah harian biasa 2 sesi mungkin jam bekerjanya kurang daripada guru 1 sesi ataupun sekolah teknik ataupun seperti saya, kolej vokasional. tapi di sekolah harian, aktiviti mereka terlampau banyak. sabtu ahad akan di ganggu dan kursus2 pun kacau hari rehat mereka. skop pengetahuan saya tentang jurutera di kilang sangatlah sedikit, tak dapat saya komen kerja anda bagaimana. keikhlasan? bukan kita untuk ukur. kalau cikgu2 awak tak halalkan ilmu untuk awak, biarlah dia jawab di akhirat sana. dan awak gunalah ilmu yang haram itu. yang awak nak kembangkan tu...

3. guru bersosial, berbisnes. guru hebat 1 matapelajaran.

logiklah... takkanlah guru nak berbisnes if dia takde masa. dengan kerja2 yang menimbun, sure dia tak boleh nak pikir benda lain selain rehat. but if seorang guru boleh maximise masa dengan menambah pendapatan, apa salahnya... takkanlah dia berbisnes ketika mengajar kan? hebat dalam 1 subjek? tidak dinafikan, ada kes begini. tapi engineer bagaimana? hebat dalam bidang dia je kan? bendanya sama... kenapa perlu perbesarkan? mekanikal enginner, reti pulak dia pasal civil masuk dalam2 tu? kalau setakat surface, saya sebagai cikgu BI mengakui saya hebat dalam surface math dan add math. suami saya town planner, reti ke dia pasal electrical engineering? dan kalau awak cakap, rupanya konsep2 belajar tu mudah jika diteliti, awak perlukan guru untuk menyedari semua itu.

4. pelajar tuisyen cemerlang, pelajar sekolah tak.

sila buktikan fakta keterangan ini. kalau segelintir je, jangan libatkan guru2 yang tidak berkenaan. saya, warden aspuri Kolej Vokasional Kluang, tidak terlibat dengan sebarang tuisyen berbayar.





banyak lagi benda nak komen. tapi aku rasa, komen2 aku ni secebis aje berbanding komen2 guru2 seluruh Malaysia yang lain. saya cuma terkilan, kalai anda terkilan kerja anda berat, janganlah anda merendahkan kerja orang lain. kami juga mencari rezeki yang halal. dan saya tidak merendahkan kerja orang lain. semua kerja yang halal, saya salute. sila hormati kerja2 kita umat manusia.





p/s (i) : nak jaga exam kejap lagi. sedang berusaha menyiapkan blog ini.

p/s (ii) : sabtu ni keputusan. hmmm... risau.

p/s (iii) : pening aku dengar cikgu2 ni berbual pasal budak. oh, ni bukan curi tulang. ini waktu rehat ya. hosh!






05092012 ~ 11.11am
meja aku ~ bilik guru 2-KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com