hai2 korang... dah berapa lama aku tak update? takdelah lamaaaa sangat. hari tu bebel2 pasal kerjaya guru. ceh, mula2 azam takmo menceceh panjang2 tapi last2 panjang pulak entri berkenaan. huhu... macam kes semalam lah. nak panggil budak yang buat kesalahan. dah bagitau Shahida awal2, "aku takmo marah tau. aku nak suruh tulis surat akuan janji aje". tapi last2... panjang bebelan aku kat diorang. haha... payah2.
okay2, as mentioned before... anniversary aku and gerek yang ke-8, kami ke Universal Studio Singapura seyhhhh... haha... asyik bertangguh je nak pergi tempat ni. kali ni nekad and terus beli tiket 3 weeks earlier.
kitorang sampai USS around 9am. still early sebab dia bukak at 10am. so jalan2 lah kat kawasan luar tu. ada Malaysia Hawker Restaurants. interesting lah bagi aku sebab binaan dalam dia memang nice. makanan2 pun Malaysian. just aku nampak banyak pork. huhu... kami tak makan sebab dah breakfast. so jalan2 amik gambar aje.
okay, masuk2 USS adalah kawasan HOLLYWOOD. tadaaaaa....!
aku terus masuk kedai pertama; Universal Studio Store. oh maiii... Sesame Street dioranggg... Oh MAIIIII... comel2. dan mahal2. tshirt dewasa $29.90. rasa murah kann? cuba convert darab 2.51. rm75. untuk 1 tshirt? adoyai... bila aku nak kaya? kemudiann... kami berjalan ikut lawan jam. jalan punya jalan, tak perasan terlepas 1 attraction kat Hollywood. Monster Rock. so, janji kat diri lepas pusing seluruh baru nak cuba Monster Rock. nota : sila abaikan aku yang gemok. haihhhhhh!
so kami masuk attraction yang pertama di NEW YORK. namanya LIGHTS, CAMERA, ACTION! Hosted by Steven Spielberg. aku ingatkan benda biasa2 aje. rupanya interesting jugak. dengan Steven Spielberg bebel2. ada 2 bilik. bilik pertama dengarlah Steven Spielberg bebel and bagi contoh2 sound effects and pelbagai effects dia guna dalam movie. kemudiaaan... kami masuk dalam bilik kedua. wau! kawasan macam jeti kecik ada bot kecik. dia bagi effect hujan lebat, then ribut memang real lah.. ada api2 dalam air. so kita penonton boleh rasa real life dalam movie. api betul tau, sebab aku rasa bahang dia. kemudian bot nak jatuh. and kemuncak apabila dek yang kitorang dengan berdiri tiba2 nak roboh. haha... aku menjerit bukan main. belum habis terkejut, tiba2 ada kapal rempuh masuk jeti tu. sakit tekak aku menjerit. hehe... gambar tak jelas sebab sedikit gelap.
keluar tu aku memang haus gile2 lah sebab jerit over. aku sorang je kot yang jerit dalam tu. haha... eh lupa nak cakap, aku suka pekerja yang layan kitorang tu. ramah. Brandon nama dia. aku bagitau gerek, nanti anak nak bagi nama Brandon. haha... ada maksud tak?
tak best bila sampai awal sangat, street entertaiment tak start lagi. so kat New York sebenarnya ada 3 street entertainment. macam orang nyanyi2 tepi jalan keee... orang menari2 tepi jalan. ataupun celebrities untuk kita tangkap2 gambar. seronok. tapi ada masa-masa dia. so if sampai waktu tak kena, memang tak dapat jumpa and tengok. ni beberapa yang sempat tengok and bergambar di Hollywood and New York.
sebenarnya, ada banyak lagi gambar nak upload, tapi macam lembab pulak gambar size besar. so... last picture. picture of the day. my new collection to Crocs. Skylar Clog Prepair. size 8. padahal kaki aku size 6/7 tapi takde size, aku tetap nak beli. kikiki...
okay, covered Hollywood and New York. entri part 2 aku cover Sci-Fi City dengan Ancient Egypt eh. tempat transformer dan The Mummy.
p/s (i) : entri ni separuh aku tulis semalam. then tak sempat siap. hehe... hari ni sambung edit2, tambah2 gambar. walau tak banyak sangat gambar. gambar tak cantik sangat. aku gemok. uhuk2... hoho...
p/s (ii) : Happy Birthday my Sayang... nanti nak update pasal birthday dia. tak banyak pun nak cerita. banyak nak wish aje. hehe...
p/s (iii) : hujung minggu ni ke Melaka. oh, rasa seronok. nak teman gerek cari rumah sewa. aku cari through internet ada tak?
p/s (iv) : okay, mohon egtukar. aku rasa kehidupan aku berjalan slow pulak sekarang ni. and determination aku berkurangan. okay, tak seronok.
11092012-hari jadi suami ~ 10.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK
0 comments:
Post a Comment