hai2 korang... Monday Blues. tak blues sangatlah. pagi2 gerak from JB. macam seronok pulak duduk JB. but mak tak sihat. maybe today warded. entahlah kenapa pinggang teruk sangat. mungkin dok dukung2 Alleya yang semakin memontel tu. hoho... abang pun balik KL petang ni. aku? ke Melaka kah? tengok keadaan dan kemampuan.
okay2, so how's your hari raya? aku? hectic. ke hulu, ke hilir. memang tak rehat lah. honestly, semalam (Ahad) adalah hari pertama dalam cuti seminggu aku bangun pagi lambat and aku dapat tidur petang. hoho... bercuti dan beraya kannnn... tahun ni berbeza sangat bagi aku sebab beraya bersama 2 keluarga. keluarga aku dan keluarga suami. Alhamdulillah, suami bertolak ansur dengan aku. hehe... so malam dan pagi raya di rumah aku. kemudian tengah hari dalam 12pm gerak balik kampung dia. honestly, aku rasa amat seronok. boleh bergaul mesra dengan ipar-ipar. sebab before ni ada gap between kitorang.
family picture. without Amir, Atiqah and Aqilah (cameragirl).
as usual... candid kandid! aku memang suka tutup mata orang. Alleya tengok picture ni, nanti dia pergi kat Atok dia, "Tutup mata Atok!" haha... dahlah tangan kecik, so macam mencucuk mata bapak aku. gambar pertama Alleya meragam sebab berebut kamera dengan Aqilah. then baru mood baik nak buat 'peace'!
hei siapa cakap dah tua tak dapat duit raya? hehe... aku, boy, abang and gerek dapat duit raya dari mak. sijil simpanan premium. hehe... mana tahu rezeki mak belikan sempena Syawal ni, menang BMW sejibik. ewah!
raya kali ni pun berbeza sebab first time beraya bersama Helena yang baru mencecah 5 bulan pada hari terakhir Ramadan. ohoi... budak oolat niii! geram hoi!
dan ini pula... beraya di kampung suami. gambar ni di ambil di kampung belah mak suami di Kulai. Felda Bukit Batu. so raya pertama tu balik dari rumah aku terus ke Kulai. terus bergambar. hehe...
kemudiann... lepas makan2 taking2 picture bagi2 duit raya... gerak balik ke kampung belah ayah suami pulak di Benut, Pontian. sama jugak macam kampung belah mak mertua. sampai2 terus bergambar. banyak koreographer nya. hehe... kelakar ya!
last but not least. gambar gedik suami aku. ngada2 dia ni. hehe... i love you sayang. thanks for the great hari raya. ampunkan salah silap i ye. hopefully next year kita raya ada orang baru. hehe...
raya kali ni pelbagai pro and con. macam2 cerita, konflik, drama in family. hmm... raya penuh cerita. tapi syukur, family aku dapat overcome semua. semoga keluarga kami sentiasa dalam rahmat-Nya. semoga Allah turunkan rezeki-Nya dari langit dan dalam tanah kepada kami sekeluarga.
p/s (i) : hari ni baru 27Ogos2012. duit dah habis. payday lagi sebulan. mak oi... pengsan aku. hoho...
p/s (ii) : Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. permudahkanlah urusan kami.
p/s (iii) : tiba2 hujan pulak pagi ni... kesejukan di bilik guru. kelas kejap lagi. ngajar apa eh? aku pun belum cek. haha... tak senonoh punya cikgu.
27082012 ~ 10.48am
meja aku ~ bilik guru-KVK
0 comments:
Post a Comment