we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, November 21, 2010

Happy Birthday Diniey~

hai2 you all... entri aku sebelum ni tulisan kaler putih jelah pulak kan? aku pun tak tahu apa masalah komputer adik aku tu. aku buat kaler 2 kali woo... end up jadi kaler putih. buat letih eden ajoo oi! adik aku kata, biar jelah kaler putih daripada warna warni. blog tak cool langsung. so, tak boleh minum coolblog. haha... apa kaitan? jadi, untuk cool kan blog aku ni, aku biarkan 1 entri tu kaler putih. cool sikit pun jadilah. haha... sebab aku suka kaler2.

okay, kali ni punya entri, aku nak cerita pasal hari jadi cousin aku yang ke-12. haha... budak yang baru dapat result UPSR ni. alhamdulillah... 4A 1B. lupa pulak nak tanya B dia apa. tahniah Dini! a week after dapat result, birthday budak ni pulak. dan... jatuh pada Hari Raya AidilAdha. dia cakap, suruh buat birthday celebration untuk dia. mak aku pun cakap, "okay, cikyah sambut dengan potong kepala lembu" haha... mak aku ni kadang pandai jugak bergurau. kikiki... jadi wajah birthday girl.


aku pernah update pasal birthday cousin aku yang sambut kat LC Cathering. Diniey ni adiknya. hari tu birthday kakaknya. hadiahnya jam. so kali ni, Diniey pun mintak jam juga dari parents dia. tapi yang bestnya ayat dia... "Nak hadiah jam Rolex" haha... kalau aku, sampai bila2 tak dapat kot. mahal tuu... so inilah jamnya.


ha, okay2, kita story pasal raya korban pulak. rumah aku buat nasi kerabu. huiyo... cikna masak kali ni rasa macam sedap gile. then mak terus goreng daging korban. aku rasa macam seminggu tak makan. (okay... this is exaggerating. haha...) mula2 aku malas nak pergi tengok orang sembelih. but tulah, raya setahun sekali kan. tahun depan aku tak stay kampung kastam dah. so gigihlah aku dalam panas teriknya. berteduh di sebalik bayang2 boy. huhu... ada 8 ekor lembu di kampung kastam. ni, lembu kedua. lembu pertama kitorang punya. kaler coklat gelap. susu coklat sedap. haha...


picture of the day. aku suka picture ni. macam 2 generasi. haha... Amir Ridhwan dan Emir Zakwan. dua, dua pakai baju oren. nampak cute kan? adik aku ni nak bawak Zakwan pergi kat ibu dia.







p/s (i) : okay, my side, everything bought already. time for decoration. yanna! rajinkan diri anda!

p/s (ii) : ni baru nak ngemas bilik sendiri ni. adoi penat... mane datang benda kecik2 ni? kenapa aku kedekut sangat simpan benda2 dah rosak pun... adoi yanna oi...

p/s (iii) : back to reality. gerek ke Melaka. aku di JB. aiseh...

p/s (iv) : back to reality... boy dah balik Seremban. aku keseorangan di hari bekerja. uhuk2... boring! bila boy nak balik?







22112010 ~ 12.59am
rumah aku ~ bilik aku

1 comments:

~zack~ said...

yanna...jemput dtg tau wedding akak...bwk hubby sekali k..=)

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com