hai2, it's been a while aku update blog. busy ke? sikit lah... boleh update blog masa hari Jumaat sebab kerja kan. hehe... you guys bayangkan, datang sekolah tanpa perlu mengajar. budak2 pun takde. agak2, nak buat apa? so aku onliiiiiiiiinnnnneeee je manjang. dari pagi sampai petang. of course lah bosan. tapi nak buat macam mana... Jumaat lepas aku tak sempat update. sempat online sejam. then bawak Shahida pergi klinik then petang tu aku pergi berurut. memang tak on komputer lah. huhu...
hmmm... kali ni nak cerita pasal false alarm. aku rasa kesian kat suami. yelah, kami dah kahwin setahun lebih tapi takde tanda2 nak dapat zuriat. masalah memang totally kat aku. so dia yang takde kena mengena terpaksa tanggung sekali. sedih kannn? yang pernah atau sedang mengalami surelah dapat rasa perasaan aku ni. yang Allah mudahkan perjalanan kalian tu, bersyukurlah. kadang2 aku geram dengan mereka2 yang Allah beri anugerah tapi abaikan. hmm....
mereka tak tahu berapa mahalnya harga seorang zuriat. bukan mahal tapi priceless.
tapi kami takkan berputus asa. sekarang ni kami cuba tenangkan pikiran sebab beberapa bulan lepas ulang alik hospital buatkan makin tension. so nak rilek dulu. Alhamdulillah, memang makin tenang tapi harapan tu masih ada. mungkin Allah nak beri pengajaran pada aku sebab mulut aku lancang sangat bila bergaduh dengan suami. Astaghfirullah, kena sentiasa mintak maaf dengan suami. hmmm...
p/s (i) : berbual2 dgn suami buat i sedih. kasihan beliau.
p/s (ii) : dilema nak balik hari ni atau esok. nak meluangkan masa bersama suami.
p/s (iii) dah 25hb ni, so Nov ada 2 entri je? haha... Teacher Eli memang makin pemalas.
25112012 ~ 8.38pm
meja suami ~ ruang tamu-rumah Melaka
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Sunday, November 25, 2012
False Alarm
Monday, November 12, 2012
Happy Belated 1st Anniversary
hai hai korang... lama aku menyepi. huhu... bukan merajuk ataupun malas nak taip blog. but aku terlampau2 busy. hui, rasa tak cukup 24 jam 1 hari. since balik dari honeymoon di PD semasa anniversary, busy sampailah ke minggu lepas. huhu... sampai badan aku sakit2 rasa macam nak nangis. nak pergi berurut pun tak sempat. banyak lagi kerja yang boleh disiapkan. hmmm... sad. plus today pun, aku drive dari Melaka ke Kluang awal pagi tadi. and nanti kejap lagi petang nak balik Melaka kembali. dan ke Shah Alam sebab gerek nak hang out dengan kawan2 dia. layaaaannnn... sambil cuti2!
okay2, so entry kali ni nak story pasal short vacation aku dan suami semasa anniversary kitorang. elok pulak jatuh pada hari Ahad. so plan asal, ke PD since Jumaat. tapi aku ada majlis anugerah kualiti hari Sabtu. so kami gerak ke PD dalam pukul 11 pagi. aku balik awal dari majlis. hehe... so we reach Grand Lexis around 2.00pm. huhu... mula2 aku macam down sebab aku nak bilik yang chalet atas laut. but penuh, so amik yang tower block. mula2 tak sukaaaaa... untillah masuk bilik, WAHHH! seronoknya!
pandangan dari taman luar. swimming pool nya tak besar tapi seronok lah bila mandi berdua je. cukup besar dah tu. bolehlah nak buat kuak lentang, kuak dada, butterfly segala. huhu... ketinggian? 4 kaki. so yang bawak anak2 kecik tu, awasi mereka betul2. bahaya tuu...
masa kami nak booking hotel ni pada tarikh berkenaan hanya ada 3 jenis yang tinggal. 1 tu mahal gile! sebab Grand punya kan... so decision ambil yang Sky Pool Villa. di Grand Lexis hanya ada 1 jenis yang ada 1 katil King. Deluxe Pool Villa. yang lain semua 2 or 3 katil King. so yang kami punya ni 2 katil King lah... 1 untuk tidur. 1 untuk hias2. hehe...
aku beli bunga2 petals. then pergi Teluk Kemang petang tu untuk buat potret sempena 1st anniversary. aku takde beli hadiah apa2 untuk suami, so preparation jelah aku boleh sediakan... sad...
Encik Husband; Mohd Azuan :
maybe i'm not perfect. maybe our love story did not goes according to what you used to expect. maybe what i did towards you, was unbearable. i don't have any excuses to cover up my wrongdoings. what i have is, SORRY. i'm sorry. seriously i'm sorry. i realise what i used to want is not the best i should have. all i need is YOU. you complete me. you make me feel contented. please let me use all the years we will be together to make up for the past 7 years of my mistakes to you. i love you.
p/s (i) : kadang2 berazam bukan main, tapi asyik merajuk je macam manaaaa... ish!
p/s (ii) : hari yang amat memenatkan but still tak sabar nak jumpa suami. hehe... kiranya, aku ni tabah lah boleh tahan tinggal berjauhan dengan suami. yosh!
p/s (iii) : komputer ni nak kena servis ni... lembab amat!
12112012 ~ 4.21pm
meja aku ~ bilik guru-KVK