we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, November 2, 2013

anugerah terindah yang pernah kumiliki

salam you ols... baru lepas susukan dan tidurkan Umar Aryan. alhamdulillah, 2 hari ni senang nak jaga dia. semoga berterusan. malam kelmarin kami rushing ke hospital pukul 4am. disebabkan dia tak boleh tidur dan asyik nangis je. rupanya kembung perut. lepas jumpa doktor, makan ubat dan susukan, terus nyenyak sampai tengahari. bengkak susu aku. kena pam sebab Umar tak bangun tidur. huhu... tapi sekarang syukur. everyday, kami belajar benda baru. sebab new parents, banyak lagi kami kena belajar. untuk suami, kena belajar dukung dan pegang baby. huhu... sangat2 awkward dan aku seram tengok. kikiki...

entri kali ni update suka2 je. aku nak luahkan rasa keberuntungan diberi suami yang sangat2 memahami dan sangat2 bertanggungjawab. dulu222222, aku pernah story pasal lagu tema percintaan kami. mungkin readers tak ingat sebab dah lama sangat dah woi. huhu... lagu tema kami ialah dari SO7 - Anugerah Terindah yang Pernah Kumiliki. liriknya seperti di bawah : 

Melihat tawamuMendengar senandungmuTerlihat jelas dimatakuWarna-warna indahmu
Menatap langkahmuMeratapi kisah hidupmuTerlihat jelas bahwa hatimuAnugerah terindah yang pernah kumiliki
Sifatmu nan s'laluRedakan ambisikuTepikan khilafkuDari bunga yang layu
Saat kau disisikuKembali dunia ceriaTegaskan bahwa kamuAnugerah terindah yang pernah kumiliki
Belai lembut jarimuSejuk tatap wajahmuHangat peluk janjimuAnugerah terindah yang pernah kumiliki



ya, merekalah anugerah terindah yang pernah aku miliki. suami dan anak. syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang merasai menjadi seorang isteri dan menjadi seorang ibu. selama lebih setahun mencuba untuk mendapatkan anak, Allah murahkan rezeki kami. dikurniakan nikmat merasai pengalaman mengandung. Alhamdulillah, dengan beberapa rintangan, kami selamat sampai ke minggu 39 dan lahirnya seorang anak lelaki yang kami beri nama Muhammad Umar Aryan.



  • MUHAMMAD maksudnya TERPUJI. 
  • UMAR maksudnya YANG MEMAKMURKAN. 
  • ARYAN maksudnya KEKUATAN.

sepanjang seminggu pertama berpantang, hati aku sebak je. yelah, aku bersalin tapi dah macam orang sakit apa dah... macam aku tak mampu nak buat apa2. dengan anak dalam wad. lagi tambah rasa kesedihan. mandi pun mak yang mandikan. suami pulak ulang alik hospital, jalankan tanggungjawab ayah dan suami. ya Allah, besar pengorbanan mak dan suami. tanpa keluarga yang membantu, aku tak tahulah macam mana nak harungi minggu2 awal berpantang. dan alhamdulillah... genap 12 hari, anak boleh keluar wad. tapi... 12 hari tu pun dah cukup lama. aku sedih pikir anak membesar dalam wad. badan dia pun susut sikit dengan kesan lebam bekas cucuk jarum kat tangan. kesian anak aku...


scene yang sangat2 menggembirakan hati. suami lah orang paling seronok bila anak dah balik rumah. kesian jugak dia keletihan bila dah mula bekerja dan kena jenguk anak dan jaga isteri di rumah. tambah pulak pada hari kelapan selepas bersalin, tempat jahitan aku bleeding. dan suami sarankan jangan jenguk anak buat sementara waktu biar luka cepat sembuh. kang anak boleh balik, aku pulak tak sihat tak dapat jaga anak. betul jugak kan? so aku kena sihat cepat2!

rasa macam tak cukup nak ucap syukur kepada Allah. dan infiniti terima kasih pada mak terutamanya... tak jemu menjaga melayan perangai aku. jaga aku. terima kasih Sayang, terima kasih Mak. terima kasih Ayah sebab seludup beli bubur mcD. barulah rasa kenyang makan. kalau tak... asyik tak habis je makan bubur dengan ikan haruan bakar. huhu... terima kasih abang. terima kasih cikna. terima kasih boy (apa sumbangan mamat ni? haha... moral support). terima kasih doktor2. terima kasih nurse. Syukran Ya ALLAH maha besar.







p/s (i) : perut lapar pulak la hai... nasib baik hari ni mak masak daging. kenyang sikit rasa perut. huhu... kalau ikan haruan, boleh selim aku habis tempoh berpantang ni. berapa kg aku turun ya? minggu lepas last timbang turun 13kg.

p/s (ii) : kena pantang makan betul2. kesian Umar kembung perut. salah satu punca, susu dari aku. makanan yang aku makan tu memberi kesan pada anak. jadi kenalah pantang betul2 supaya anak sentiasa sihat.

p/s (iii) : nak air ribena. uhuk2... pikir je rasa kecur. haish!

p/s (iv) : bila uncle2 nak balik tengok Umar Aryan ni?






02112013 ~ 7.15pm
atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

2 comments:

Nad said...

salam yanna..
waaahhh.. congrats tau awak..

yanna yazed said...

Thank you nad :)

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com