we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, October 30, 2013

Bersalin secara Caeserean

Hai2... Aku sebenarnya dah taip panjang lebar semalam. Sekali macam terganggu sekejap then bila keluar dari browser dia tak save rupanya... So hari ni aku menaip balik. Dan maybe maklumatnya berbeza dari semalam sikit. Huhu... Apa yang aku tulis semalam pun aku dah lupa sebenarnya. Dan nak story sikit, tadi aku panik sebab baby Umar muntah susu. Sangat banyak. Then dia meragam nangis2. Dahlah aku sorang2 kat rumah. Serius mati akal. Tak tahu nak buat apa... Now, dia baru lena. Dan aku takleh tido. Nak tengok dia tido. Sambil tu, update blog.


Nak story pasal pengalaman dibedah. Hmm... Setelah lebih 10 jam menahan sakit, akhirnya doktor decide untuk bedah. Yes, memang aku lega sebab dah tak tahan merasa contraction. Syukur suami ada bagi sokongan dan dia ajar breathing. Dengan breathing technique tu, sakt contraction turun dengan cepatnya. Compare dengan menahan dengan tegang2 badan. Huhu... Berpeluh jugak menahan sakit walaupun datang beberapa saat je. Suami dapat agak contraction akan datang bila tengok mesin CTG. meain tu untuk tengok degupan jantung baby dan juga boleh tengok contraction sakit mana... Ni lah mesinnya...


Benda hijau belakang tu ialah induce air. Dia akam tolak sikit demi sikit untuk masuk ke drip tangan aku. Huiyooo... Serius sakit bila ubat tahan sakit tu hilang langsung fungsinya. Ubat tahan sakit tu takdelah berkesan sangat tapi dapatlah mengurangkan sikit kesakitan dan juga mentally kita set mind sakitnya kurang. Huhu...

So around 9pm selepas doktor decide bedah, aku kena sign dokumen2 yang setuju bedah dan bertanggungjawab jika ada kesan2... Aku pun tak pasti sangat apa dalam dokumen tu sebab dalam kepala just nak bersalin cepat je. Huhu... Then aku pun disediakan untuk ke deaan bedah. Tukar baju dan sebagainya... Bila ditolak keluar labour room, nampak mak ayah and husband. Oh sebak tenok diorang. Lama diorang menunggu aku kat luar. Masing2 mesti dah letih... Besarnya pengorbanan diorang... Sebelum masuk bilik bedah, aku sempat cakap, "Doakan adik ya..." Oi, menulis ni pun dah rasa sebak. Huhu...

Okay, kemudian bila masuk dewan bedah, aku kena bius kat bahagian tulang belakang. Nervous jugak sebab takut sakit. Aku siap genggam tangan nurse. Dan syukur aku dapat nurse dan doktor yang sangat supportive... Diorang guide aku through out the operation. Kiranya tak biar aku tertanya2... Kedudukan aku lebih kurang macam ni. Tapi muka takdelah macam tu... Haha... Aku dah keletihan dan of course muka cuak. Kikiki...


Selepas bius, doktor bius akan cucuk kita sikit. Nak make sure yang bius tu dah berfungsi. Aku ni disebabkan banyak sangat tengok tv, ada sekali tu cerita kisah benar kat Travel and Living. Dia operate then sedang operation tu, ubat bius 1 bahagian kat tempat operation tu hilang kesannya. Badan atas still terbius. So dia rasa setiap kesakitannya tapi dia tak dapat nak bercakap sebab bius bahagian atas still berkesan. Jadi, aku macam fobia berjaga2... Bila doktor tanya dah berat belum kaki? Aku cakap belum, padahal aku tak tahu pun... Dia pun suruh aku angkat kaki. Aku pun tak pasti kaki aku berangkat ke tak... Then dia cucuk peha, rasa sakit tak? Aku jawab sakit, padahal dah kurang rasa sakitnya... Then dia tunggu kejap, cucuk lagi. Sakit tak? Aku jawab sakit. Hehe... Last2 macam taknak main tarik tali dah, aku pun jawab dah tak rasa sakit. Tapi sebelum tu aku ada tanya, kalau time operate aku rasa sikit sakit macam mana... Dia kata bagitau, dia akan bagi gas pulak.

So operation bermula... Memang tak rasa lah kena potong tu. Tapi rasa dia tarik2 perut kita macam nak kembangkan sikit bahagian potong tu untuk keluarkan baby. Bila dia tarik2 perut tu, aku jadi panik. Aku panggil, "Doktor! Doktor!" Dia pun terus bagi aku pakai topeng gas. Dalam kepala aku cakap aku kena tenang... Kalau panik memang tak cukup nafas aku. So aku pun biarkan jelah apa yang doktor nak buat. Goncang ke, tarik ke, terbalikkan ke... Huhu...

Then saat2 dinanti pun tiba... Waktu untuk keluarkan baby. Ada 2 doktor yang in charge. Sorang keluarkan baby, sorang membantu. So yang membantu tu dia tekan bahagian area dada aku dengan berat badan dia. Macam orang tengah buat CPR. Kuat gile sampai senak aku rasa. Dia pumping2... Aku wondering jugak apa dia buat... Aku assume untuk tolak keluar baby dari atas, yang doktor sorang lagi tarik... Banyak kali dia buat tapi tak berjaya kot until aku dengar dia sebut, "Forsep!" Forsep tu apa pulak? Aku memang tak pikir apa... Just pikir benda tu untuk membantu keluarkan anak... 

Akhirnya.................. Aku rasa ada benda kat celah kangkang aku. Dan............ Dengarlah suara tangisan. Ya Allah terus ucap syukur anak aku terus menangis. Aku baca2 if tak nangis bila dia keluar maksudnya ada masalah... So Alhamdulillah... Lepas aku ucap syukur, doktor yang keluarkan anak aku cakap, "Pipi dia kena forsep eh... 2, 3 hari boleh hilang..." Aku memang tak pikir apa... Asalkan anak aku selamat. Tapi lepas anak dibersihkan, nurse tunjuk anak kat aku, wah, sampai macam tu sekali pipi dia kena sepit ya... Merah menyala... Terkejut sebentar eden. Macam mana rupa forsep?


Gambar pertama tu forsep. Macam mana entah doktor sepit sampai macam tu jadinya pipi anak aku. Sila rujuk gambar di entri sebelum ni... Kasihan lah... Tapi bagi aku, asalkan anak aku selamat, aku dah cukup bersyukur. Doktor kata bendanya akan hilang. Jadi aku kena bersabar jelah... Sekarang ni kesan pipinya dah tak merah macam gambar tu. Tapi still nampaklah kesan bulatan tu, macam kesan lebam biru hitam sikit...

Aku keluar dewan bedah lebih kurang 11.05pm. Masuk dewan lebih kurang 10pm lebih. So lebih kurang sejam lah pembedahannya. Lepas doktor keluarkan anak, dia keluarkan uri dan jahit. Sebelum jahit tu, dia ada sebut nak betulkan telur. Aku tak pasti telur apa... Maybe sistem peranakan aku kot. Yang penting aku dapat rasa lah organ2 dalam diusik2. Boleh tahan senak rasa dia... Barulah dijahit. Then dibawa keluar untuk rehat2 depan nurse. Untuk pantauan. Memang menggigil tahap kronik wa cakap sama lu... Mak aku ada sebut, lepas bersalin memang rasa sejuk lain macam. Tak sangka sejuk macam tu... Nurse dah standby dengan hot blanket. Alhamdulillah... Lega. Nurse suruh rehat. Aku tidur dengan nyenyaknya sampailah nurse kejut nak letak baby kat dada sekejap. Biar rasa hangat badan mak. Then... Kami pun dibawa balik ke wad. Mak Ayah dan suami setia menunggu luar bilik bedah. Leganya dapat tengok muka diorangg...

Rupa bersalin secara pembedahan ni sepatutnya macam ni. Potong di bawah perut. Tapi gambar bawah ni macam kronik sikit lah. Takdelah jahitan yang macam ni. Sekarang doktor dah pakar and jahitan dah kemas cantik.


Tapi potongan aku macam ni pulak... Ala2 di bahagian kemaluan. Bawah dari sepatutnya. Aku pun tak pasti kenapa potongan aku bawah sangat.


Jika bersalin secara pembedahan, kena duduk hospital lagi 2 hari untuk pantauan. Nurse nak tengok baby dah kencing berak dan mak mampu kencing. Sebab sepanjang pembedahan dan semalaman, dipasang tiub kencing. So selepas buka tiub tu nurse nak tengok sama ada ibu boleh kencin sendiri tak. Kalau takleh, tiub akan dipasang kembali. Ei, serik. Ngilu woo...

Okay, sekian sahaja cerita pengalaman dibedah. Bagi yang membaca sebagai persediaan di ambang nak bersalin, saya minta maaf jika menakutkan anda. Sekadar berkongsi pengalaman. Dan aku rasa kan... Too much knowledge ni bahaya jugak. Sebab kita jadi makin takut. Apa kata... Biar je pengalaman datang sendiri tanpa perlu persediaan menghadapinya. Huhu... Cukuplah dengar cakap orang tua, mak ayah...





P/s (i) : gambar courtesy incik google. Gambar atas sekali je dari handphone suami.

P/s (ii) : nanti bila aku log in dari komputer, aku edit tambah warna2 sikit. Ni dull sungguh. Readers pun bosan membacanya. Huhu...

P/s (iii) : harini Umar Aryan bagi aku heart attack sikit. Muntah susu dengan sangat banyak. So aku emergency call kat suami suruh balik. Aku tak mampu hadapi sorang2 panik attack ni. Aku hilang arah taktahu nak handle macam mana...





30102013 ~ 5.02pm
atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

2 comments:

Unknown said...

potong yang bawah tu, nama dia bikini cut. kira lepas cesarean pon kau boleh pakai bikini la.. :)

yanna yazed said...

agaknya doktor tengok aku macam orang yang selim melim kalau tak pregnant yang pakai bikini ke pantai. wuahaha... seram bila bawah sangat. ngeri. huhu... tapi alhamdulillah dah kering...

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com