Salam you olsss... Hai, lama aku tak update blog kan? Biasalah, dah jadi mak ni surelah busy urus anak kan? Wuahaha... Takde maknanya. Harini baru beberapa hari aku jaga anak. Almaklumlah, anak masuk wad sampai 12 hari. Hari ni baru hari ke16 aku berpantang. So... Sikit hari sangatlah aku baru menjaga anak...
Okay2, entry kali ni nak bercerita pengalaman aku bersalin. Nauzubillah... Kalau tanya, memang aku jawab serik. Tapi akan datang siapa tahu kan? Jadi, seperti yang telah ditetapkan, 8hb Okt pagi lepas siap2 bersarap nasi ayam mak masak... Oh heaven gile. Kami pun bergerak ke hospital. Nak pergi serah diri lah kata orang...
Sempat pergi minum air kelapa kejap and mengharungi beberapa masalah sikit barulah dapat check in hospital. Aku dah request dekat suami, nak bilik first class sorang2... Aku takmo berkawan. Haha... Bukan maksud taknak berkawan. Tapi aku rasa time sakit2 nak bersalin, aku taknak orang tengok and kalau sorang2 privasi sikit kalau suami nak teman lama sikit kan... Alhamdulillah rezeki kami ada. Ada 1 bilik kosong. Syukur. Oh lupa, aku bersalin kat Hospital Sultanah Aminah. So bolehlah nak demand2 first class gituuu...
So... Aku ni masuk2 hospital memang terus semangat nak bersalin. Doktor dah cakap aku nanti induce sebab aku masuk hospital belum cukup waktunya. So bila nak inducenya? Aku nak aje mintak petang tu jugak... Rupanya doktor dah decide esok paginya baru masuk ubat. Haih! Kecewa! Aku tak sabar nak tengok anak ni... So esok paginya cek jalan langsung 'close' doktor cakap. So masuk ubat, kena berbaring sejam. Time tu dah start rasa sakit2... Sejam kemudian nurse datang bawak mesin CTG. untuk cek jantung baby dan contraction. Sakit jugaklah contraction tu. Macam period pain yang extra sikit. Then 5 jam kemudian doktor cek jalan lagi. Still 'close'. Hmm... Dia korek sikit. So jadilah 1cm. Wuahaha... Jadi proses diulangi esok dan lusa. Kiranya 3 hari berturut2 lah melalui proses sama. 9Okt, 10Okt dan 11Okt. Jalan tak bukak jugak. Last cek hari jumaat ialah 3cm. So doktor decide, hari sabtu 12Okt, pecahkan ketuban, induce air dan bersalin. Either normal atau operation. Apa2 pun baby akan lahir pada hari berkenaan...
Nak cerita pasal contraction? Hari pertama tak sakit sangat pun induce tu... So aku boleh lagi nak berlawak2... Berjalan2 berselera makan... Tapi hari kedua ubatnya makin sakit padahal sama dosage je. Hari ketiga lagilah... Mak aku yang teman masa sakit tu sebab masuk ubat around 11am something. So suami and ayah pergi solat jumaat. Maklah yang teman... Hui sakit dia... Nauzubilahh... Ketiga2 induce tu bertahan tak lama. Petang aku dah okay takde sakit2 apa dah... Makin merisaukanlah sebab jalan tak buka so kena operate kah?
Jadi tibalah hari dinanti, 12Okt2013, pagi2 doktor dah panggil cek jalan. Aku tak sempat gosok gigi pun lagi. Dah cek jalan dia kata terus nak pecahkan ketuban. Oi mak nervous oi... Sejak duduk hospital ni memang aku asyik bertanya jelah... So lepas pecahkan ketuban, direct ke labour room untuk masuk induce air pulak. Yang ni orang cerita sakit dia berkali ganda. So... Tabahkan hati. Masuk bilik labour dan tunggu doktor review dan pasang drip nak masuk ubat. Mana suami aku ni? Kata suami boleh masuk... Rupanya orang depan tak announce. Ei, sakit pulak hati kite...
Okay, dah start sakit. So awal2 aku dah mintak epidural. Entahlah, aku takut sakitlah... Serious, selepas beberapa minggu masuk wad bersalin di Kluang and tengok macam2 kes... Aku jadi fobia, trauma dan takut tu extra... Hmmm... Tapi disebabkan hari Sabtu, surgeon yang handle epidural tak ramai. Yang ada ubat kurangkan sakit. Yang boleh diberi 6 jam sekali. Tapi induce tu 4 jam sekali. So, tetap kena tahan sakit sendiri bila kesan ubat tahan sakit tu hilang...
Sakitnya contraction kali ni memang perghhh... Susah nak digambarkan. Lepas 4 jam doktor akan datang cek jalan. Okay, naik 1cm. So total 4cm. Suami bagi sokongan. "Cepat yang... Tengok baju baby tu... Kejap lagi anak kita tidur dalam katil tu..." Okay2, semangat ni... Tinggikan dos untuk 4 jam kemudian. Panas rasa kepala aku. Berpeluh2. Siap mintak suami kipaskan. Yang suami pulak dah kesejukan. Lepas 8 jam, cek jalan lagi... Tak naik... Still 4cm... Aku terus tanya doktor... "Boleh tak saya nak mintak operate? Saya tak tahan sakit..." Doktor geleng... "Prosedur kita kena 12 jam". Perghhhh... Nak tunggu lagi 4 jam? Kalau dah bukak jalan pun aku tak larat nak push dah... Hoho... Memang banyaklah kerenah aku sepanjang dalam labour room tu. Macam2 aku mintak nurse. Bila nak bagi second shot ubat tahan sakitlah... Macam2...
Akhirnya around 9pm, doktor2 datang... Nak cek jalan. Aku berdoa dah 10cm. So boleh push keluarkan anak terus. So esok boleh balik rumah. Ya Allah tak sabar sangat aku rasa. Sekali cek jalan, 4cm lagi... Aku dah kecewa dah. Tersandar dah rasa. Sebelum tu doktor ada cakap, kalau jantung baby berdegup okay, nak tunggu lagi 2 jam. Aku rasa macam dah panas kepala telinga dah... Then ada sorang doktor pakar ni cakap, "Based my experience, kalau tunggu lagi 2 jam pun, jalan tetap tak bukak ni. After 12 hours no progress so kita decide operatelah ye?" Aku dengar lega gile. Cepatlah keluarkan anak ni. Aku tak sabar dah nak bersalin. Nak tengok muka anak. Nak hilang rasa sakit...
So, lepas ditukar baju operation, aku dibawa keluar ke dewan bedah... Mak Ayah, suami ada kat depan labour room. Macam sebak pun ada tengok muka diorang. Suara mak aku pun dah serak bila bercakap dengan aku. Huhu... So aku tak tahu masuk dewan bedah pukul berapa... Yang penting, aku keluar dewan bedah pukul 11.05pm. Yang ni aku pasti sebab kebetulan lepas aku ditolak keluar, ada nurse berbual2. So itu yang aku dengar... Eh lupa cerita anak aku selamat dilahirkan pada 10.35pm.
Lepas keluar dewan bedah, aku disuruh berehat dulu. Tidur. Untuk doktor2 pantau keadaan aku dulu... So dalam 12.15am aku dibawa keluar. Mak Ayah dan suami setia menunggu luar dewan bedah. Seronoknya dapat tengok muka diorang... Dan diorang pun dah tengok baby. Baby keluar dulu sebelum aku. Syukur... Then diorang teman aku kejap dalam wad barulah diorang balik rumah... Kesian makayah and suami. Keletihan satu hari tunggu aku.
Inilah dia wajah anak aku pada hari pertama. Pipi tu kenapa? Kena forsep masa nak keluarkan dari perut... Nanti entri lain aku cerita apa aku rasa dalam dewan bedah ye...
P/s (i) : Syukur ke hadrat Ilahi... Dikurniakan anak. Dipermudahkan segalanya... Syukran Ya Allah...
P/s (ii) : Bagi anak tidur tak berbedung sekali. Papa nya ikat bedung ketat sangat sampai kaki ala2 tersepit. Sian anak mama ni...
P/s (iii) : Masa hari melahirkan tu, suami update status panjang lebar. Sayu rasa hati baca. Yang penting, peranan seorang suami dan bapa amat penting. Bukan hanya watak sampingan. Terima kasih Sayang menjadi suami dan papa terhebat untuk kami berdua.
P/s (iv) : Panjang lebar haaa aku bercerita... Sabarlah membaca ya wahai readers...
28102013 ~ 4.40pm
Atas katil ~ rumah Impian Emas
4 comments:
waa..tang contraction tu xtau nk ckp cane sakitnye kn..bila fikir sakit, serik rasanya nk bersalin tpi bila tgk baby comel cani, rasa nak anak agi...huhu..anywy congrats yanna...hug n kiss kn baby byk2 tuk kita tau..xoxo...
thank you kak zack :) tulah, serik terasa2 lagi. tapi... takkan nak anak sorang je kan? hish, tengoklah akan datang camne nanti...
Assalamualaikum sis. Utk wad 1st class kite kne booking dulu atau request mase dtg nk beranak? Tq sis.
wassalam suhana, maaf baru cek blog... wad 1st class takleh book. masa daftar masuk tu terus Tanya kat kaunter. kalau ada, bolehlah... klu takde nanti dihantar wad biasa. rezeki sy murah alhamdulillah... ada beberapa bed kosong ketika tu.
Post a Comment