hei hei korang... aku hari ni takde kelas. tapi aku ada invigilate exam 2 kali. macam penat sikit pun ada. penat ke? jaga exam tak penat. tapi ngantuk dan superb bosan! then baru duduk kat meja nak online2 sesuka hati, kena relief kelas pulak. mak oi, aku rasa muka aku berubah tadi. tapi nasib baik cikgunya sebenarnya ada. so aku kembali ber'online. hoho...
okay2, seperti dijanjikan walaupun lambat, aku tetap akan update pasal trip aku ke USS 2 bulan lepas. haha... tak sempat nak update lah. tulis blog ni kan mesti kena ada mood. plus, busy lately ni. macam2 lah aku busy. busy bekerja, busy meniaga, busy jaga budak2, busy jaga suami. huiii.... busy wooo hidup aku ni.
okay sambung... selepas kami ke Hollywood dan New York, kami menuju ke Sci-Fi City. tempat yang dinanti2. sebab transformerrrr! orang2 asyik cakap transformer ride tu paling best kat dalam tu. so kami beratur sikit punya panjanggg... belit2 beraturnya. pandai orang USS buat bangunan. sebab dia tahu Q panjang, jadi dia buat struktur bangunan belit2... ramai sikit orang boleh beratur. huhu... gambar ni jauhnya lagi 45minit selepas beratur lebih kurang setengah jam. jauh kan?? tapi semua sabar menanti. takde cut-cut line punn... behave!
gerek bersama Bumble Bee. serious talk, memang Tranfsormer Ride the besssttt! gempak gile! bila dah beratur panjang2 tu, dah nak hampir2 sampai, amiklah cermin mata 3D. then beratur lagi. ada 10 orang kot lagi depan kitorang. tiba2 pekerja tu panggil, "two riders!" yang depan2 kitorang semua datang ramai2. so kami ke depan lahhh... rupa2 nya seat kitorang yang depan sekali dekat atas kereta transformer tu. mak oii.... untungnya kami! feel dia memang best. cara jatuh memang macam nak jatuh bangunan rasa. adik aku cerita dulu dia naik 2 kali. but aku tak sanggup beratur panjang2 tu lagi. hoho... tapi serius memang seronok gile!!
ni suasana depan Sci-Fi City. nampak tak bumble bee besar tu? handsome betul robot tu. jatuh hati. haha... botol air berharga SGD25. mahal nauzubillah tapi gerek nak jugak. hoho... seronok minum dalam ni. hehe... then kat sini jugak ada Battlestar Galactica. ia adalah roller coaster! maafkan saya kerana saya takkan naik ia sampai bila2. huih! ada 2 jenis. 1 biru, 1 merah. roller coaster merah adalah yang normal tu. ada kerusi segala. tapi yang biru tuuuu... tempat duduk dia upside down. so kaki terjuntai. dari bawah pun aku seram tengok. haha... ni contoh kerusi dia letak kat darat. korang bayangkan naik kerusi macam ni naik roller coaster. kaki terjuntai2. seram wooooo aku tengok!
ni gambar terakhir sebelum meninggalkan Sci-Fi City. ada orang berkaki panjang. ada 2 orang. aku bergambar sorang ajelah. hoho...
selepas Sci-Fi City, kami ke The Mummy. okay kat sini, tak boleh nak cerita banyak sebab kitorang tak masuk pun bangunan The Mummy tu disebabkan, dah baca review and its about roller coaster. kami memang taknak main roller coaster. so kami ke tempat yang simple relax sikit. kami ke Treasure Hunt. hehe... gile mengong permainan ini. sebab kami naik kereta elektrik round kawasan gali harta karun. tu je... kikiki... mengong kan? ini gambar di pintu masuk The Mummy. dari luar dah dengar orang jerit2 main roller coaster. oh nooo!
bergambar bersama street attraction di The Mummy. mula2 macam segan2 nak bergambar sebab seksi banget mereka. hehe... aku yang segan. but bila lagi nak bergambar dengan orang2 pelik2 macam ni kannn?
haaaa... next entry aku berita pasal 2 tempat yang selanjutnya. aku lupa lah apa dia. jurassic park dengan far far away kot. hoho... map dalam handbag. malas nak bangun pergi ambil. hehe...
p/s (i) : arghhh penat pulak rasa... nak tido awal lah hari ni. eleh, tiap2 hari aku bercita2 nak tido awal... last2 12am jugak...
p/s (ii) : ni sambil2 tengok Vokal bukan sekadar rupa. ngarut2 pulak aku tengok peserta2 ni... aish! hoho...
p/s (iii) : esok kelas at 8am. aiseh... paper belum habis tanda lagi. ish!
p/s (iv) : rindu suami.
10102012 ~ 10.10pm
meja iron ~ depan tv-kediaman warden KVK