hai2 you ols... aku tengah tunggu sorang budak yang MC minggu lepas menjawab final exam ni. boleh pulak tak datang 2 hari exam. then senang2 kata demam. mana MC? bapak tulis surat cakap demam. la hai... bapak, kenapa tak bawak ke klinik weh? kalau anak demam teruk macam mana? adoyai...
so entri kali ni nak story pasal my girls. beberapa hari tinggal dengan diorang rasa seronok tapi at the same time rasa pening. Alleya biasalah bila ramai2 orang mula datang ngada2 dia. merengek2 menangis2. ai, geram sungguh. asyik tinggi je suara aku kat budak tu. then sekarang asyik nak main sepak2 kaki. mana tak hangin aku. tapi at the bright side, dia makin bijak. ya, she's 4 years old and banyak lagi dia tak reti. tapi with the disease, doctor said, she's normal although the development a little slow. and we try our best to make her normal like other children. sabar usaha.
so, untuk birthday dia tahun ni, mak belikan papan putih untuk dia kat IKEA. mak suruh simpankan until the birthday. tapi dah alang2 abang kahwin, we used it untuk tulis ayat welcome lah. dah tak boleh nak simpan, dia memang suka nak menulis and melukis.dia main2 lukis lah... then aku suruh lukis aku... this is the product.
aku pun suruh dia terangkan... dia start dengan lukis rambut 3 helai and kepala. then mata hidung mulut. aku tanya kenapa senget. dia tak jawab. occupied sangat nak melukis. hoho... then aku suruh lukis badan. dia lukis bentuk kotak, "ni perut Shiyun" then tangan atas tu and bawah badan tu... "ni tangan Shiyun..." then dia sambung lukis benda kecik kat perut aku tu... "NI BABY SHIYUN..." hahaha... gelak besar aku. budak ni makin bijak! Alhamdulillah.
okay, jom cerita adik dia pulak... kalau kakak dia peramah terlebih, adik pulak tak ramah langsung. takmo dengan siapa2. cikna nak mandi, kencing ke... akan menjadi satu masalah sebab dia akan nangis. dia hanya boleh dengan ayah aku je. heh! so if time tu cikna mandi then ayah keluar? memang haru biru lah tiba2 dia nangis. hoho...
comel tak budak baru bangun tido niii?? comel kannnn? argh... comel sangat sebab tu orang asyik nak cium and gomol dia. dah tu, dia tak suka so akan nangis. so yang penatnya cikna lah. haha... kesian kan? budak ni tak suka abang aku sebab masa awal2 jumpa abang aku, abang aku sergah dia terperanjat and since situ dia kureeengg sikit. nampak abang aku dari jauh pun dia boleh patah balik lari. haha...
budak ni takde bantal busuk but dia sangat suka comforter dia. bukan comforter busuk sebab cikna memang rajin basuh sebab takmo dia attached dgn comforter tu. tapi aku rasa dia suka bau soflan. so aku suruh cikna tukar soflan pun still dia suka dgn comforter tu. hoho... nanti aku gurau2 gomol2 comforter dia, nanti dia gelak then datang kat aku gomol2 sekali dgn aku. tapi, kalau abang aku buat, dia menjerit sekuat hati. hari tu yang abang aku angkatkan comforter dia tu pun, dari jauh dia dah menjerit. hoho... budak bijak!
Alleya sangat sayang adik dia. jadi bila Helena datang, dia 2 orang main jelah berdua gomol2 gusti2. time tu cikna nak buat kerja bolehlah tapi just risau lah budak2 ni main kasar the terluka ke... macam haritu, cikna mandi, diorang main berdua. Alleya ni pulak sekarang musim nak dukung2 orang. agaknya adik dia rimas asyik nak kena dukung, digigitnya kakak dia. melalak kuat Alleya. hehe... dahlah gigi Helena besar kapak. kesian budak tu. lama dia nangis then nak gigit adik balik. aku cakap nanti aku rotan Helena. selalunya dia tak bagi but kali ni dia angguk. maksudnya memang sakit betul lah tu...
p/s (i) : yeay! suami datang. berjualan sekejap malam ni then nak tutup kedai. hehe...
p/s (ii) : esok cuti. selamat hari buruh bagi yang bekerja. bagi yang menganggur, sila cari kerja. bagi yang belajar, sila buat kerja2 sekolah and assignments. yang bekerja je boleh cuti!
p/s (iii) : Al-Fatihah untuk Atok Saudara saya. Atok yang banyak memberi ilmu. semoga Tok Ayah damai di sana, insyaAllah, Amiinnn...
30042013 ~ 3.57pm
meja aku ~ bilik guru-KVK