hai2 you ols... semalam aku baru update. hari ni update lagi. banyak kerja sebenarnya, tapi otak ni macam dah switch off. nak on dia takmo pulak. masih lagi berusaha. jadi sambil2 tu kita update entri sekejap. lepas ni dia on ke, off kee... kena paksa jugak buat kerja. ui, badan sakit macam nak baring je rasa. haish!
entri kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku lebih kurang 2 minggu menjadi ibu, isteri dan pekerja. as you all know, aku baru je naik bekerja pada 15Jan2014. so lebih kurang 2 minggu lah. dan pada 14Jan2014, officialnya kami tinggal asing daripada mak dan ayah aku. excited to expect the experience of staying together as husband and wife with our baby.
overall, happy, awesome! hias2 rumah... beli2 barang rumah. seronok je rasa. rasa tak puas lagi nak menghias dan membeli tapi kena stop sekejap sebab masing2 busy bekerja. balik je dah letih. weekend je balik Impian Emas. huhu... kena balik, kang bising mak ayah aku. bukan nak jumpa aku pun tapi nak jumpa Umar Aryan. nanti tengah minggu macam hari rabu ke, dia akan call, tanya itu tanya ini... last2, "malam ni mak ayah datang ya. tak tahan dah rindu Umar ni". haha... sabar jelah.
ini bukan sesi merungut tapi ni sesi meluahkan sedikit pengalaman sebagai ibu, isteri yang bekerja. yes, aku banyak simpan cita2. nak jadi isteri yang terbaik. masak, jaga makan minum suami, kemas rumah, basuh baju, segala2 yang boleh dipikirkanlah bila berkait tugas2 seorang isteri. tapi... aku perasan, badan ni tak mampu nak buat segalanya. kerja memang tak berat. yelah, aku ni cikgu aje. tapi bila balik tu memang badan rasa penat sangat. lagi2 minggu ni... dan beberapa kali aku rasa nak tumbang. rupanya, low blood pressure. nak naikkan darah macam mana eh? sebab tak suka rasa bila berdiri rasa macam badan terhuyung hayang macam nak jatuh. hmmm...
sebagai ibu, aku teringin sangat nak balik main2 dengan anak. tapi dek kerana bila balik kena uruskan rumah pulak, masa bermain dengan anak jadi singkat. ini bukan mengeluh, tapi reality yg aku rasa setiap ibu bekerja hadapi tapi susah untuk meluahkan. hati ni rasa sebak je tengok anak. rasa nak peluk pegang lama2 tapi tak dapat sebab desakan kerja. bila kat rumah, dapat tidurkan dia dalam pelukan rasa leganya. tapi terpaksa letak anak di tempat tidurnya sebab desakan tugas2 di rumah pula. bila anak ajak berbual, ketika itulah kita kena pergi kerja. bila anak tegur2 nak bergurau, ketika itulah kena memasak dan mengemas. ya, aku bukan mengemas dengan detailnya. tapi masa untuk mengemas itu bukan pendek. memasak apatah lagi.
jadi, suami lah memainkan peranan dalam membantu isteri untuk meringankan beban. aku tak cakap suami tak banyak kerja. tapi jika diberi perbandingan, beratnya lebih pada isteri.
busy ni hanya sementara. I want to go home to this angel.
p/s (i) : minggu depan plannya nak start tuisyen pulak. mampukah aku?
p/s (ii) : nak amik Shaklee betul2. nak tambah susu untuk Umar. sian dia tak cukup susu. badan pun rasa macam susut sikit...
p/s (iii) : okay, berehat sekejap sebelum sambung buat kerja.
29012014 ~ 3.06pm
meja aku ~ bilik unit subjek umum-ILPPG