amaran : entri ini berbaur rungutan yang tahap tak reti bersyukur. kalau tak boleh terima perempuan tak reti bersyukur (as if you are so angelic), sila tekan pangkah di window ini.
hai2 you ols... serious takde mood. rasa nak tidur je tapi Ms. Lim ada pulak hari ni. haish! dia tu suka tegur tegur kalau tak berkenan kat mata. hoho... semalam aku tidur lama gile kat meja ni ha... yelah, cuti sekolah, cuti mid sem. aku cikgu bekerja buat apa? okay2, kejap lagi aku start menanda okay!
tadi... browse through FB, terbaca 1 artikel yang kawan share. hmmm... ada betulnya dan ada salah. about kehidupan berumahtangga. as you all know, aku kini dah tinggal bersama suami. Alhamdulillah, akhirnya impian nak tinggal bersama menjadi kenyataan. tapi bak kata orang, kehidupan rumahtangga tak selalunya manis. manis aje pun bosan jugak kan? lagi2 aku ni ha, memang semua tahu aku garang. haha... adaaaaa je tak kena kat mata. hish! yang ni aku kena berubah. dah sedar lama, but susahnya nak kawal perasaan. okay, I will try harder! muhasabah diri!
ya ya, tak baik merungut. berdosa. tapi sebagai manusia biasa, tak boleh lari dari merungut. rutin harian aku. bangun pagi, mandi, sediakan sarapan. rajin sikit buatlah nasi goreng. ya, suami selalu cakap, takde sarapan pun takpe... kalau dah namanya isteri, korang para suami nak tak isteri buatkan sarapan? see! got the answer sudah. sambil bersiap, masak, kemas dapur and ruang tamu sikit, sambil dukung anak sebab dah pandai meragam pagi2 ni ha... orait, pergi kerja...
awak awak hengat dah pergi kerja, tugasan menguruskan rumahtangga takde? dah namanya mak orang, kena cari masa nak pam susu. kalian lelaki2 bukan paham kesusahan nak pam susu. yang korang bayangkan, perempuan, lekapkan muncung pam susu and sit back tunggu susu penuh dalam botol. waklu!! bagi aku yang kurang susu ni, cabaran adalah tempoh mengepam. aku dah tetapkan, pam 2 kali 1 hari di opis. selalunya pukul 11 dan pukul 4. cabaran aku ialah, susu tak banyak so tempoh mengepam akan jadi sangat lama. aku pernah pam satu jam setengah. awak awak hengat aku sit back tunggu susu keluar? siapa cakaaaaaap? aku kena urut2 dada, rangsang susu nak keluar. tak keluar yang kanan, tukar kiri, tukar kanan balik, kiri balik... barulah dapat 2 oz. 2 oz banyak mana? 2oz macam orang minum air zam zam yang sikit2 tu. anak dah minum 6oz. mana nak cekau lagi 4 oz? belum lagi aku cerita dada macam nak lebam asyik kena urut je. bagi ibu2 yang susu banyak, kena kerap pam pulak. cabaran utama kami, nak cari tempat mengepam. jauh dari colleague2 lelaki. awak awak hengat senang? bagi aku yang kurang susu ni, bila dapat setitik dua pun amat berharga. bila orang tak hargai susu aku, apatah lagi melakukan pembaziran. ya Allah... punah ranah rasa hati. penat mengepam, bila dapat susu tu, orang tak hargai pulak... lagi2 bila orang cakap, "tak kisahlah bagi anak minum susu tepung pun..." hmmm... seboleh2 kita nak anak minum susu kita. ni agaknya Allah bayar cash terus. susu aku down habis.
balik kerja, ha... tugasan rumahtangga pulak... nak masak apa? soalan ni memang susah betul nak jawab. nak masak apa... bila jawapan, "masak aje apa2 yang senang..." lagi perit rasa kepala otak nak pikir. kang masak telur goreng dengan ikan bilis bawang kang baru tahuuu! perghhh sedapnya telur goreng, ikan bilis bawang dan nasi panas2. kecur terus air liur ni ha! so balik dari kerja, singgah kedai runcit belilah apa2 yang nak dibeli... kalau pandai rancang, dapatlah bahan2 untuk 2,3 hari. kalau tak, esok kena singgah beli lagi. haih! sampai rumah, main dengan anak kejap. tengok tv kejap. lega2 sikit badan, barulah mandi dan teruskan aktiviti memasak. bersilat ha kaw kat dapur. tak hustler lagi so berjam lah dalam dapur. kalau mak mak, setengah jam siap 4 jenis lauk. aku sejam, dapatlah 2 lauk. haha... tu pun kalau dapat 2... then siap2 hidang nak makan dengan suami. ohoi... anak tak tidur lagi memang payah nak makan. kadang2 mood baik bolehlah biar aje dia duduk sorang. tapi selalunya memang tak boleh lah. orait, tidurkan anak dulu. anak aku tu bijak. kalau dengan papa dia, dia tahu 'waktu untuk bermain'. dengan aku pulak, 'waktu untuk tidur'. so kalau nak jimat masa, suami makan dulu. lepas dia makan, bolehlah tukar turn, then dia jaga, aku pulak makan... dah selesai, kemas balik pinggang mangkuk semua. dengar mudah kan? cubalaahhhh buat. setakat cuci pinggan ko sendiri, jangan nak berlagak macam awak awak tolong banyak lah kat dapur tuuu...
ha, kalau anak tak tidur lagi, tugasan tidurkan anak pulak... nak kena dengan cara dia. silap2 berbotol2 susu minum pun tak tidur lagi. kalau dah tidur, kena tunggu dia nyenyak betul2 dulu baru boleh letak. ha... yang awak awak bayangkan, bini-bini ni sit back pangku anak, apa yang penat sangat? awak awak ada baca tak apa yang bini-bini ni buat dari pagi? awak awak senanglah, boleh terus tidur. sebab mengenangkan isteri-isteri yang sedang merilek pangku anak yang dah lena. sit back very calm. awak awak ingat isteri taknak tidur ke? bila letak anak tiba2 terjaga pulak kena angkat balik semula, tidurkan balik. ha... anak dah tidur, Berjaya diletakkan. boleh tidur dah belum? kain baju belum sidai lagi... so sidailah si isteri sambil dengar keruhan suami. bila aku boleh tidur awal ni?
dan rutin berulang esok esok dan esok... oh lupa baju kerja suami dan diri sendiri belum gosok. ah, yang diri sendiri punya pilih yang tak perlu gosok lah. so, gosok baju suami ajelah.......
kalau dah namanya isteri, kalau suami cakap tak perlu buat pun, kita still nak buat sebab suami suka kita buat walau kat mulut dia cakap tak perlu buat...
kalau dah namanya isteri, tanggungjawab rumahtangga di tangan isteri. sebab suami si pencari rezeki sudah penat kerja seharian. ya, isteri tak. walau isteri pun bekerja macam si suami. walaupun isteri bekerja sama jam macam suami.
kalau dah namanya isteri, you can't express your feeling. kalau marah, kena pendam. berdoa semoga api marah tu cepat padam. nanti di bilang derhaka.
kalau dah namanya isteri........
tak salah kan tolong bersihkan dapur. tak salahkan pagi2 ambil masa cepat2 untuk bersiap. tak salahkan tolong sidai kain. tak salahkan isteri minta tolong jaga anak ketika dia tidur malam. tak salahkan buatkan air untuk isteri. tak salahkan urut bahu tanpa disuruh. tak salah tapi mahal.
p/s (i) : after 10 years. ya, selama ni aku ingat nothing will change. so... the time has come.
p/s (ii) : birthday aku 9 mac hari tu. pertama kali rasa hari jadi tu sebenarnya tak lebih macam hari hari biasa. teringin nak beli kek untuk diri sendiri lah. dari dulu ngidam ice cream cake BR. ada aku beli makan sorang2 kang. haha... pathetic.
p/s (iii) : kalau adik aku ada kan best.
p/s (iv) : orait orait, enough will the tears. time to wake up ELIYANA! you are a strong woman!!
24032014 ~ 9.28am
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Monday, March 24, 2014
kalau dah namanya isteri........................
Sunday, March 16, 2014
OSC MBJB Family Day
salam you ols... kali ni aku gigihkan diri untuk mengúpdate blog. dari minggu lepas lagi nak update tapi setiap kali nak update, mata mengantuk. hehe... so, kita tidur dulu! last2 hari ni sebenarnya mengantuk jugak ni. tapi gigihkan diri jugak. minggu depan cuti sekolah seminggu. ramai cikgu2 nak ambil cuti. so maybe aku ambil kesempatan tu untuk siapkan kerja bertangguh. akan terjadikah?
okay, kali ni nak cerita pasal family day opis suami. alkisah, sepatutnya bertolak dari JB 28Feb lepas. so suami tanya, "you boleh balik awal tak?" aku cakap nanti aku usahakanlah. sebab dia kata, kalau sampai awal kan untung sikit. hehe... tup tup, aku dapat surat kena pergi kursus kat Melaka, 25Feb-28Feb. hah, habis lari program. sedih melanda hati apabila kena berpisah dengan anak. so, pada 27Feb, suami dating Melaka, fetch aku bersama Umar Aryan. oh gumbiranya rasa hati! hehe... so dari Melaka, kami pulang ke JB hantar mak ayah mertua then terus gerak ke Desaru.
Lokasi : Lotus Desaru Beach Resort
Tarikh : 28Feb - 2Mac 2014
Umar Aryan dah sampai. dapat baju lagi. hehe... comel gilak!
aku suka family day ni. sebab jadual tak padat. takdelah kita nak rushing2 follow tu follow ni. huhu... so malam pertama, programnya hanyalah dinner. maafkan saya lupa nak tangkap gambar. kami makan di Bujang Firefly Seafood Restaurant. bagi aku, makanan dia biasa2 je. paling bad ialah ikan siakap 3 rasa dia. nauzubillah, takde accessories langsung. macam ikan sos je. tapi Alhamdulillah, aku makan dengan sekenyangnya. hehe... lapar tuuu... dari Melaka balik JB, terus ke Desaru. kat kedai makan ni boleh pergi tengok kelip2. naik bot lah. 1 kepala rm20 tapi kalau chartered 1 bot, rm80 je. tempted jugak. tapi Umar kan ada. tak eloklah naik sungai malam2 kala gitu... so kami pun pulang ke hotel.
esoknya, pagi takde aktiviti apa2... breakfast jalan2 pantai. mandi manda kat waterpark dia. hehe... suami jelah mandi. bagi Umar cecah2 kaki je. sambil menunggu Papa mandi. Lotus dah improvise letak gazebo kecik2 untuk letak beg ke... so aku duduk jelah dengan Umar dalam gazebo ni.
lepas solat jumaat barulah aktiviti dimulakan. comel je aktiviti2 nya. hehe... mula2 untuk kanak2. ada 3 games. apa ya... tak berapa ingat yang penting racing lah. kepit bola tenis celah kangkang then lumba kumpulan siapa habis dulu. letak majalah atas kepala tak boleh jatuh then race siapa habis dulu. another game apa ya? lupa pulak... rasanya bola pingpong atas sudu lah. huhu... lama tak tengok sukaneka kanak2. cute amat!
then... barulah aktiviti untuk dewasa. main cabut2 undi group. game pertama ialah baling dadu besar. dekat dadu tu, ada no kaler merah dan hijau. if kena kaler hijau, kumpulan akan bergerak ke hadapan ikut no yang diorang dapat. kalau kaler merah kena bergerak ke belakang. satu kumpulan 5 orang. kumpulan aku? 5,5 dapat kaler merah. haha... suami dapat no 1 ke 2 eh? rasanya no 2. hehe... game kedua ialah berjalan atas batu bata. sorang kena gerakkan batu bata. sorang berjalan atasnya. yang ni kumpulan aku no 3 kot. tapi sengal sebab mencangkung 2,3 hari jugak baru nak hilang. haha... orang jarang bersenam kan... dan akhir sekali game couple. baling belon. siapa pecah kalah. perghhhhh! aku bercita2 nak menang kan. sekali suami aku boleh lempar jauh kedepan aku. macam mana aku nak sambut? dah dapat saguhati je. haha...
family photo!
selepas acara sukaneka, acara bebas. so mereka2 ni lepak bawah blok. main muzik. syok gile. hebat2 diorang ni. suami aku nak main benda alah goncang2 pun foul. haha...
malam barbeku pulak. best gile hotel ni dah sediakan tempat untuk barbeku. so tersusun kemas cantik lah. makanan untuk barbeku pun hotel sediakan atas factor kebersihan dan kesihatan semua... selepas barbeku, acara ditunggu2! cabutan bertuah! aku berdoa semoga dapat yang percutian atau steam iron berdiri. huhu... baru rajin sikit nak gosok baju yang menimbun tu... ada 2 cabutan percutian. 1 di KSL, 1 di Lotus. sekali.............! ini yang suami dapat. hehe... steam iron jugak. tapi yang seret2 jugak. homai! doa aku tak berapa detail. kikiki... "mintak2 dapat steam iron" Allah pun tunaikan. Alhamdulillah.
nak tengok hadiah2 yang disediakan? mahu kau jadi ahli keluarga OSC gamaknya sebab nak menang cabutan bertuah ni. hehe... keseluruhannya, semua orang akan dapat hadiah. haha... orang kata puas hati lah sebab selama 7 tahun diorang tak pernah buat hari keluarga.
dan... inilah hadiah2 dan goodies yang kami dapat. semuanya TUPPERWARE! hehe... puas hati hamek ko! tapi aku boleh cakap, kami antara yang tersikit dapat hadiah. yang lain lagi banyak! jeles!
bestnya! bestnya! tahun depan buat lagi eh!
p/s (i) : Sunday Blues! batuk. tapi Alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya, banyaknya.
p/s (ii) : malam ni nak makan kat almostfamouscafe yeay!
p/s (iii) : mana haku nak cari digicam ni.... selasa ni kursus di New York. kena ada kamera.
p/s (iv) : bulan ni kutu haku punya giliran. yeay!
16032014 ~ 12.21pm
meja aku ~ bilik subjek umum-ILPPG
Tuesday, March 4, 2014
World's Kite Festival 2014
hai you olsss... petang ni aku dah takde kelas. penat jugak hari ni walaupun kelas 2 jam je. yelah, sebab gabung kelas both classes. so macam tekak perit menjerit sebab suara tenggelam dek suara mereka yang besor2 belaka. bila asyik tinggikan suara, last2 suara mesti asyik lari. budak2 sekarang pantang dengar cikgu2 lari suara, sure diorang akan ulang bunyi 'slip' tu. sabar ajelah!
orait, entri kali ni aku nak cerita pasal pesta layang2 yang kitorang layankan haritu. huhu... dah beberapa tahun pesta layang2 diadakan, baru tahun ni berkesempatan menghadiri. yelah, dengan jem lagi. malas nak bersesak. tahun ni lain sikit sebab ada Alleya, Elena and Umar. lain bila ada kanak2 ni, makin seronok. bila bersama orang2 dewasa, tak berapa best sebab just lepak2 gitu je. bila ada kanak2, boleh main, main kejar diorang ke. haha... seronok!
sampai2 sana, kami makan dulu. ya Allah, dah lama tak rasa perut gastrik. so memang dengan banyaknya lah aku makan. huhu... sambil tunggu makanan, husband bawak Alleya jalan2 beli layang2. suka minah tu tak sabar2 nak main. so lepas makan, cepat2 lah pergi set up nak main layang2. ha tengok tu... siapa yang lagi excited? Atok atau Alleya? ha, tengok minah anti-social tu... sampai2 terus mintak ipad. bertuah!
Nampak tak suami aku jakun main pistol bubble Alleya and Elena tu? wuahahaha...
Umar pun sure lah tidak ketinggalan nak tengok orang main layang2. baik gile dia pada hari kejadian... diam je sambil tengok sekitar. seronok agaknya dapat duduk luar. angin kuat pulak tu. merengek sikit bagi susu terus layan balik angin2 nyaman tu. huhu... sempat jugaklah tukar pampers di khalayak ramai. haha...
seronok amat budak berdua ni main2. Alleya main layang2. Elena dah puas main ipad, dia main bubbles pulak. then mulalah main kejar2 mereka berdua ni. hehe... bahagia sungguh rasa!
picture of the day. love.
video Alleya dengan Elena yang pelat 2,2 dan cuba untuk menyanyikan lagu Tegar. haha... Ku yang dulu bukanlah yang sekarang....... lalalalalala~
p/s (i) : okay petang ni kena stayback sekejap untuk budak2 bola jaring. moga tak kena jaga KAT lah. aku ada alas an untuk beberapa tahun akan datang ni sebab ditugaskan untuk debat bahasa inggeris. walaupun tak hantar team. haha...
p/s (ii) : malam ni nak masak apa?
p/s (iii) : malasnya nak kerja sekarang ni. haih!
04032014 ~ 3.17pm
meja aku ~ bilik subjek umum~ILPPG
Sunday, March 2, 2014
Skuad Gerek-Gerek Family Day
hai2 you ols... lama aku mendiamkan diri. busy sikit lah. nak update blog tapi banyak event2 yang tertangguh2. so last2, terus tangguhkan semua. huhu... plus, family day yang ni, banyak tak banyak. tu yang tak update2. tunggu2 pictures dari gerek2. masing2 pun busy. so aku update ajelah dengan pictures yang sejemput ni. huhu...
orait, as you all my loyal readers tahu, husband I ada beberapa orang kawan baik. al kisah mereka merancang untuk bercuti bersama. asyik ada aral melintang je bila nak bercuti. paling utama, parents aku. haha... sabar ajelah. setiap kali mereka merancang bercuti, time tulah parents aku pun join sekali. 2 kali lah benda ni terjadi. hari tu pun samaaaa... maafkan saya...
jadi, seperti dijanjikan, pada cuti Chinese New Year (31Jan2014), kami pun berkumpul di A Famosa, Melaka. kawan2 husband dah book banglo di A Famosa. nice lah orang2 kat situ mostly beli untuk dijadikan homestay. dengan harga rm500/malam, kami dapat banglo setingkat 3 bilik with private pool! woooohooo! tak sabar nak berenang. so aku dan suami bergerak dar JB dalam pukul 12pm. disebabkan cuti sekolah, jem dan banyak kereta, sampai kami ke sana dalam pukul 5. 30pm.
sedikit kecewa sebab swimming pool yang dijanjikan macam tak boleh berenang. disebabkan tidak dijaga dan dicuci. bak kata kawan2 suami, rasa macam ada buaya kat dalam nya. haha... airnya hijau keladak kotor dengan daun2. haih! kecewa sangat2. buatlah aduan pada owner. owner cakap dia dah upah orang bersihkan dan pam. tapi takde orang datang. so kami mintak kurangkan harga. tapi dia tak bagi. instead discount, dia tukar jadi 3 hari 2 malam jadi 4 hari 3 malam. tapi isnin semua orang dah start bekerja. so memang kami tak terima pun. takpelah, benda dah terjadi kan...
malam pertama, kami ada BBQ. makan2, berbual2. then si lelaki2 mainlah game apa diorang nak main. kami si perempuan2 lepak2 berbual2 then masuk tidur. hehe... pagi hari kedua, aku dan gerek ke negeri Sembilan, sepupu aku kahwin. then cepat2 balik. sampai2 ialah waktu mandi manda mereka. mulalah aktiviti childish mereka. huhu... bila mereka berkumpul, macam tak sangka diorang ni dah masuk 28 tahun this year.
permainan pertama : group siapa dapat pegang tebing bertentangan menang. ala2 kabadi gittew.
permainan kedua takde gambar : sorang akan pancut air paip dengan halaju malar secara semi bulatan. yang lain dari tebing bertentangan kena berusaha ke tebing yang pancut air tu tanpa boleh kena air pancutan. diberikan nama, Air Beracun. hape2 jelah... haha...
dan permainan ketiga bukan permainan lah. ni main lempar2 orang. sian gerek2 menghadapi masalah untuk melempar suami saya. kikiki... siap boleh pilih nak dilempar gaya apa. gaya superman? gaya konsert.
malam tu sepatutnya plan ke Jonker Walk. tapi jalan amat jem yang sejam pun tak lepas2 lagi trafiknya. plus, makayah aku pun sampai dah. so kitorang pergi makan2 di tempat favourite aku dan gerek. asam pedas kat pasar borong. boleh makan dengan roti canai. aku suka sangat kat sini sebab ada telur ikan. wuhuuuuu... kemudian , balik rumah tidur.
esok pagi takde rancangan apa2. kemas2 then nak balik. tapi sebelum tu aktiviti Cik Wan mandi dengan Alleya Adini lah. Nampak tak seronok sangat minah tu? Cik Wan yang mata mengantuk takmo bangun tidur. terpaksa guna kekerasan untuk mengejutnya.
view pagi sebelum semuanya dikejutkan. dari kini, Arip, Am, Mamat, Ale, Mon.
mentara Papa jaga kakak mandi kolam, Uncle Ale tolong jaga Umar Aryan sekejap. comel je. haha... jenguk2 tengok Ale tengah cuba dodoikan Umar yang bunyi merengek2 sikit.
dan akhirnya, selepas layan kakak mandi kolam, giliran Umar Aryan pulak mandi kolam. huhu... seronok ha ngam2 dia boleh duduk. kalau besar sikit mesti berkocak2 air dikerjakannya. hehe... budak booolat ni!
overall, best sangat family day diorang ni. this year organizer ialah Am, tahun depan Mamat pulak. macam mana pilih organizer? bini2 main oh som. siapa kalah, suaminya kena jadi organizer. hehe... boleh gittew? untuk gerek2, saya mintak maaf sebab mak ayah dan Alleya join sekali pulak pada hari kedua. patutnya family day kalian. saya mintak maaf truly.
picture of the day. saudagar Arab.
eh lupa nak cerita, diorang2 ni kena 'kacau' pada malam pertama. seriau jugak aku dengar. diorang main kad sambil berbual2 bershisha pada malam pertama di luar rumah depan pool. sampai pukul 5am. pada pukul 1 lebih atau 2 lebih, aku bangun sebab Umar nak susu. so lepas tu suami pun masuk tidur sekali. tinggallah mereka berempat main kad di depan pool. tiba2 pintu sliding door sebelah diorang tu terkunci dari dalam. wah! dahlah semua tak bawak handphone. ketuk2 tingkap bilik sampai tunang Arip terjaga dan bukakan pintu. mungkin pintunya terkunci. tapi masalahnya....... pintu sliding door tu agak ketat. mustahil selaknya terjatuh dan mengunci diorang. jadi malam kedua, mereka tak stay up lambat sangat. huhu... seremmmm ai!
p/s (i) : alright, dah siap tulis blog, waktu untuk bekerja pulak. malasnya rasaaaaaa!
p/s (ii) : badan sakit2. suami suruh bayar pergi bayar bil sebab berdekatan dengan aku. oh malasnya. nanti je boleh tak? huhu...
p/s (iii) : rindu Umar Aryan. lambat lagi ke pukul 5pm?
p/s (iv) : birthday month!
02032014 ~ 11.29am
meja aku ~ bilik unit subjek umum-ILPPG