we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, October 15, 2014

Muhammad Umar Aryan is 1!

busy kah? takdelah busy sangat tapi nak mula menaip blog ni memang lambat sikit. huhu... sejak bila jadi pemalas ni? sejak bila? oh, pemalas memang sentiasa. hoho... ni sekarang aku tengah sibok nak isi markah PB budak. oh bukan isi markah but menanda kertas2 budak ni.

so........ HAPPY BIRTHDAY UMAR ARYAN!

tak sangka Umar dah setahun. senang nak jaga Umar tapi ada juga cabaran2 nya... terutama kesihatan dia. aku sebagai emak yang paranoid, rasa macam nak berkampung sebelah hospital. senang if ada emergency. huhu... dan aku ni senang panic. lagilah sekarang pun Umar tak berapa sihat. batuk berkahak. mesti muntah. yang keluar kat hidung dan susah nafas tu yang aku gerun. adoyai...

apapun, Umar adalah keajaiban buat kami suami isteri. di kala kami redha jika tidak dikurniai anak, di kala itulah Allah memberinya. Alhamdulillah... bila teringat balik saat tu, rasa bersyukur sangat diberi peluang untuk merasai segala2 nya...

Day 1 - Pipi kena sepit sebab tak dapat nak keluarkan dia masa operation tu. still tinggi. apapun, syukur dia lahir sihat Alhamdulillah.


1 bulan - Dah pandai ngagah sikit. suka main dengan kakak. mulut pun dah banyak suara.


2 bulan - Majlis Aqiqah dan Cukur Rambut pada 1 Disember. lepas cukur tu eh, tembamnya anak aku. hehe...


3 bulan - Oh, aku dah nak naik kerja time ni... nasib baik Johor dah tukar jumaat cuti. kalau x, jumaat tu mula naik bekerja. haha...


4 bulan - Macam sama je eh muka Umar selama 3 bulan ni... ni dah kuat sikit berani lah nak bawak jalan2 selalu.



5 bulan - Okay good job anak mama, dah kuat sikit lehernya. ni rasanya tengah belajar nak meniarap sendiri. berusaha!


6 bulan - Dah makin pandai nak main. suka main dengan Kakak Alleya and Kakak Helena. lupa lah tu dia kecik lagi. kakak2 semua berlari2. huhu...


7 bulan - Kalau dengan kakak2, suka aje... kaki pun dah kuat sangat asyik tendang2.


8 bulan - Dah macam budak bujang dah... Baju baru Mak Tok belikan. omel2 anak mama ni.


9 bulan - Rambut pun dah banyak. dah nak mula memapah. dah jatuh beberapa kali. dah benjol sekali. oh anak mama ni!


10 bulan - Pon pon! steering wheel always be Umar's favourite. kalau dapat pegang, seronok sangat lah... gigi pun dah ada 2-4 batang dah. yeay!


11 bulan - Dah boleh duduk dalam kereta kat Jusco tu. ei Nampak sangat anak mama dah besar. tapi kesian kereta terlanggar port wayar, terhentak gigi Umar. darah sikit. huhu...






12 bulan / 1 tahun - Dah pandai macam2... menangis mintak makanan, nak ikut orang. dah pandai mengamuk. suka main wrestling. arghh... comelnya anak aku!





Sayang Mama, Umar Aryan,

di hari lahir Umar, mama gembira sangat kerana Berjaya menjaga Umar dengan jayanya selama 1 tahun. Mama tak mampu lakukan seorang diri. terima kasih kepada Papa banyak bantu Mama jaga Umar. Mama doakan yang terbaik untuk anak Mama. semoga menjadi anak yang baik, cergas, cerdas dan sentiasa dalam redha-Nya. Mama sayang Umar sangat2. anugerah dari Allah yang tidak terhingga.

Happy 1st Birthday Sayang!







p/s (i) : ei, tak sedapnya bawak bekal hari ni. macam nak g beli makanan je tapi nak jimat cermat. huhu...

p/s (ii) : umar tak sihat. tak sabar rasanya nak balik rumah nak tengok keadaan anak.

p/s (iii) : minggu depan budak2 cuti seminggu.





15102014 ~1.00pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com