Assalamualaikum kalian... semalam aku update summary pasal perjalanan hidup aku selama 3 bulan ni. so hari ni aku nak cerita sedikit in details pasal pregnancy kedua aku. tapi Allah lebih mengetahui rancangan yang telah diaturkan untuk kami. mungkin kami belum bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam masa terdekat ni...
Note : Untuk wanita2, saya cadangkan supaya anda take note dengan tarikh datang bulan anda dan cycle period berapa hari untuk mengetahui sama ada period kita regular atau tidak. dan bagi pasangan yang telah berkahwin, tarikh ini penting untuk mengetahui sama ada anda lewat period (hamil) dan juga bagi pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, ini maklumat2 penting jika ingin mendapat khidmat pakar medical.
Okay, sejak dr sekolah menengah lagi aku memang catat hari2 aku period tapi tak pernah kira cycle. cuma tanda je dalam calendar. so tak sure sangat period aku regular tak. asalkan tiap bulan datang bulan dan jika 2 kali datang tu, terus check doctor. rupanya sebab tensen. hehe... lepas kahwin barulah aku ambil berat pasal cycle berapa hari. so normal women cycle period dia mostly 28. tapi aku 31 hari. dia terpulang pada individu. kalau aku 31 hari tak boleh cakap aku period tak regular. asalkan tiap bulan lebih kurang sama, kira okaylah. kadang2 capai jugak 35 hari kitaran tapi tu macam sekali setahun lah. mungkin hormone tak betul sangat time tu.
Seperti yang anda readers saya tahu, saya dulu menghadapi masalah untuk hamil jadi kami telah membuat rawatan di beberapa doctor dan maklumat2 ni paling crucial lah. paling penting. masa aku mula hamil anak pertama dulu, bila lewat sikit dari 31 hari, aku taknak letak harapan tinggi sebab takut cycle 35 hari yang hormone terganggu tu. tapi bila dah masuk hari ke 38, barulah aku buat keputusan untuk check UPT (pregnancy test). Alhamdulillah, positif. Bila kita tahu cycle kita, senang untuk kita detect kita lewat datang bulan kerana hamil atau period tak regular disebabkan hormone.
Ingat juga bila kita ambil pil perancang kehamilan, ia akan kacau hormone kita dan boleh membuatkan kita lewat datang bulan... ini terjadi pada Jun tahun lepas dimana cycle saya selama 41 hari. nervous jugak ingatkan mengandung sebab anak kecil lagi. tapi kalau positif, Alhamdulillah kami terima dengan hati gembira. bulan tu je aku lewat dan seterusnya regular 30-33 hari kitaran haid.
jadi, kali terakhir aku datang haid sebelum hamil kali kedua adalah pada 30 Okt 2014. dan mengikut kitaran 31 hari sepatutnya haid seterusnya ada pada 29 Nov 2014. tapi lewat beberapa hari. mulanya aku menganggap hormone sedikit terganggu yelah asyik tension kerja and asyik merajuk dengan suami je. huhu... tapi terdetik jugak mungkin hamil sebab ada beberapa perubahan pada diri. Contoh perubahan yang aku Nampak (perbandingan dengan kehamilan kali pertama) :
- mudah sangat letih. ketika tu cuti sekolah jadi budak2 takde. aku datang opis untuk tido (literally). kadang2 tu lelap mata lah bila penat sangat. tapi minggu tu aku boleh tido kat meja selama 3jam lebih tauuuu... dasat tak dasat.
- breast rasa sedikit berisi dan keras. selepas melahirkan Umar, dan susu dah susut habis, breast para ibu ni memang kendur2. dulu aku tak paham kenapa banyak sangat iklan breast enhancer dlm fb ni. sekarang dah paham. huhu...
- asyik tidak sihat. banyak kahak dan demam. pregnancy pertama dulu aku tak demam tapi batuk kahak sampai takde suara dan lidah takde taste bud. itu memang sengsara, tak merasai nikmat makanan. ini serious. aku makan takde rasa. serious!
- paling ketara ialah, suami tak sihat dalam 1 tempoh yang lama. masa pregnancy pertama, tak perasan sangat before positif UPT. suami sentiasa tak sihat and muntah2. risau jugak dia keracunan makanan ke apa... jadi bila second pregnancy, even belum buat UPT, bila tengok suami tak sihat and muntah, aku senyum jelah sebab ada suspiscion sendiri. hehe...
perasaan seronok tu beberapa hari jugaklah bertahan sehinggalah hari ketiga aku confirm hamil, aku sakit perut yang sangat dan bleeding. dah menangis2 and pergi pusat perbidanan. doc kata aku hamil tapi masih terlalu awal untuk cek kandungan. dia suruh datang lagi 2 minggu dan bagi ubat kuat Rahim. seminggu jugak aku bleeding and when its stop syukurnya... rasa lega sangat. masuk kehamilan minggu ke7, aku bekerja seperti biasa lah tapi tiba2 tengahari tu masa nak lunch perut aku jadi sakit sangat sampai tak boleh nak jalan. call suami suruh datang ambil dekat opis and aku bleeding sekali lagi... terdetik mungkin kehamilan aku ni bermasalah tapi doa banyak2 semoga dilindungi oleh-Nya.
esoknya barulah pergi pusat perbidanan dan melalui scan ultrasound dan melalui bawah dalam alat sulit, kehamilan aku tidak kelihatan di dalam Rahim. luruh hati aku dengar dan aku admit wad untuk pembedahan pada 18 Dis 2014. dan pada 20 Dis 2014, pembedahan mengeluarkan janin berkenaan dilaksanakan. luruh hati ini.
maafkan mama, Sayang.
p/s (i) : aku taknak kenang benda dah jadi. lagi2 benda sensitive macam ni. but I can't help myself to stop thinking. aku selalu terpikir, if i'm still pregnant, aku dah almost 5 months pregnant. janganlah kenang benda tu lagi... please...
p/s (ii) : Allah's plan is the best.
p/s (iii) : masa untuk tumpu kerja dan kehidupan seharian. masa untuk kumpul duit!
11032015 ~ 12.57pm
meja aku ~ bilik subjek umum - ILPPG
0 comments:
Post a Comment