we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, December 28, 2012

Get well soon, Tok Yam

hai2 korang... dah beberapa hari aku tak update blog and soon around the corner is new year, 2013. hmmm... bercampur baur perasaan nak naik sekolah ni. pertama, Shahida dah takde kat sekolah. Alhamdulillah, rezeki dia... walau aku dah buat rayuan, masih gagal. tak cukup kuat lagi agaknya reason2 mohon pertukaran. kedua, hati dah tiada di Kluang. nak kena pikir jalan alternatif. maybe mintak permohonan tukar ke JB. tapi.... sama jugak berjauhan dengan suami. rasa nak mohon sekolah harian biasa. tapi tak berani. rasa 2 tahun berkhidmat macam dah lama sangat. hmmm...

okay, nak cerita lately ni, family aku kecoh sikit pasal nenek aku masuk hospital. she's in kelantan right now. aku kadang2 hangin jugak. orang sana tak pandai jaga ke? memang masa kat JB, tokyam pernah masuk hospital jugak, but takdelah seteruk sekarang. aku asyik dengar cerita tokyam tak sihat since dia balik Kelantan hari raya puasa lepas. sentiasa. tak pernah dengar yang dia sihat lah. sebab tokyam pun naik kepala makan minum tak pantang. orang sana pun asyik kalah je dengan dia. tu yang jadi macam tu...

tapi lubuk hati, aku kesian jugak kat tokyam. yelah, she's not well. aku pulak tak boleh balik. hmmm... entahlah eh... hmm... semoga tokyam cepat sembuh dan balik JB. janganlah degil2 takmo balik sini. kat sini tokyam terjaga rapi sikit. takdelah asyik tak sihat... hmmm... get well soon, tokyam...

gambar raya 2010.  tokyam segar bugar lagi. hope to see her in this condition again.






p/s (i) : tengah tengok cerita klasik, Mas Merah. permintaan yang pelik. dia mohon menjadi raja selama 1 hari. apa niat dia?

p/s (ii) : Alleya mencabar kesabaran aku hari ni. lepas kena marah baru mendengar kata. haih!

p/s (iii) : haih, bagaimana plan hari ni? mak ni silalah angkat telefon...






28122012 ~ 2.01pm
depan tv ~ rumah impian emas

Thursday, December 20, 2012

NZ after a year

Hai2 you all... Update dari ipad lagi. Takleh nak upload gambar lagi. Dah masuk 2 minggu aku stay Melaka. Minggu lepas Khamis and Jumaat stay KL sebab husband meeting. Balik Melaka pagi Sabtu and sampai2 terus siap2 nak pergi wedding bos husband. Time tu rasa macam......... Penatnya hidup travelling. Memang seronok jalan2 tapi rasa macam takde life pun ya jugak. Hoi! Takde life apa! Kira okaylah dapat jalan2 tuuuu... Tak bersyukur. Tapi yelah, pro and con jadi cikgu bila bercuti tapi husband bekerja. Agak tak seronok. Hmmmmm....

Setahun yang lepas, aku and husband honeymoon ke NZ. Seriously bersyukur sebab ada Sir Abdullah yang membantu. Dulu, masa dia mengajar kitorang, banyak sangat konflik. Hmmm... Pikir2 balik, bodohnya kita time tu. He's our teacher. Tak boleh kita layan dia buruk apatah lagi buat dia terasa hati. Hmm..... Maafkan kami Sir... Maafkan saya... This is Sir Abdullah. Dia yang fetch kitorang kat airport. Sampai2 dia terus masak burger kambing bakar. Everything bakar. Daging, mushroom, bawang. Gile marvellous! Thank you Sir!


Ni adalah tempat pertama and favourite aku. Akaroa. Nampak panas kan? Tapi sejukkkkkk... Syok gile. Tapi tak tahan masa nak tidur pun sejuk. Pakai stokin pun tak hilang lagi. Huhu...


Balik dari Akaroa, singgah rumah Sir and Sir bawak pergi Sunday Market. Sangat besttt! serious syok. Banyak barang2 dijual and affordable lah. Aku beli banyak souvenir kat sini.


Ni Hagley Park. Hari kedua aku and husband sampai. Saja nak try jalan sendiri tanpa pertolongan Sir. Sejukkkkk gile. And Christchurch kan dulu heboh pasal gempa bumi. Kat bandar dia memang banyak kesan2 nya. Seram woo....


Ni tempat terakhir sebelum balik ke Christchurch. Queenstown. Kat sini dah start panas. And gelap start pukul 10pm. Lambat kan? Ni gambar ni lebih kurang dekat pukul 11pm. Masa 9.30pm, matahari tinggi and terik lagi.Kitorang tunggu agak2 nak gelap baru keluar jalan2 sebab panas dia tak tahan terik sampai berbelang muka aku.



Tapi my advice kalau jalan2 oversea yang ala2 honeymoon ke... Jangan lama2 sangat. Hehe... Kena pikir budget pun ya. Tapi overall, NZ memang besssst!! Nak jalan2 negara sejuk lagi! 







P/s (i) : penatnya aku tulis entry kali ni. Adoyaiii...

P/s (ii) : tulis kat ipad ni takleh p/s banyak2... Banyak kerenah nak kena klik situ sini. Hha...






20122012 ~ 11.48am
Depan tv ~ rumah husband Melaka-bukit katil

Tuesday, December 11, 2012

Teacher Elly GEDIK !!

Hoi2... Aku harini bangun before 7am lagi. Perghhh... Cuti2 bangun awal pulak. Kalau bekerja malas nak bangun pulak. Hehehe... Saitan sungguh. Eh, rajin pulak aku update blog? Short update je sebab guna ipad ni macam payah nak taip kannn... Plus takleh upload pictures. Jadi tak syok lah kan? Tapi dah takde benda nak buat. Jadi update ajelah apa2 yang aku nak update. Huhu...

So kali ni aku nak update pasal salah seorang anak murid aku dan seorang pelajar yang aku jaga di asrama. Kisahnya bermula begini... Minggu lepas housemate aku msg cakap ada budak mengata dia dalam FB. Aku pun baca. Okay, kurang ajar! Walaupun dia puji aku dalam komen dia tu tapi still dia mengata kawan aku. Aku pun turut sakit hati. Dahlah kawan aku tu ngandung. Haish! Lebih kurang macam ni ayat dia...


"Teacher Elly baik tak macam Shida. Manusia bertopengkan syaitan. Muka nampak baek tapi berlagak"


Okay, memanglah dia puji aku. (kembang sikit sebab tak sangka garang2 aku pun ada jugak orang suka. Ingatkan aku lah yang paling dibenci). Tapi dia mengata kawan aku tu, bagi aku dia sebagai pelajar tak boleh macam tu. Walaupun kitorang tak ajar dia, tak perlu dia mengata macam tu. Lagilah dia umpamakan 'syaitan' kan. So kawan aku print screen and letak kat fb dia. Ramailah ex-students komen marah budak perempuan ni...

Tapiiii........ Yang aku tambah hangin, ada salah seorang anak murid aku balas komen kat situ dan mengata aku. Ehhh... Kughang hajo! Memanglah ayat dia nak bekap kawan aku ni. But dalam bekap dia mengata aku.


"Weh, lagi baik mummy Shida lah dari Teacher Elly yang gedik tu..."


Ehhhhhhh... Kughang hajo! Kughang hajo! Budak kalau dah memang sentiasa bermasalah dari sekolah, sampai bila2 dia bawak perangai tak senonoh tu. Dahlah ex-student aku sendiri! Aku ajar dia setahun tahun lepas! Ini dia mengata aku? At least si budak mengata kawan aku tu, kitorang tak ajar dia. Takde ilmu kitorang di dada dia. Haishhh! Sabar jelah layan budak2 macam ni. Hissssshhhhh!!!








P/s (i) : takdelah sakit hati sangat. Sebab mengenangkan dia budak yang sentiasa buat masalah. Dan budak2 panggil dia short karen. Huhu... Tapi tetap sakit hati sebab dia anak murid aku.

P/s (ii) : okay, enough blogging. Enough tv. Kemas rumah for a while okay!

P/s (iii) : minggu depan husband izinkan stay JB. But i dont want to stay for long sebab rasanya next week minggu subur. Haish... Aku ada minggu subur ke?

p/s (iv) : happy anniversary to my dear friend. She's waiting for her baby to come out anytime soon. Good luck!






11122012 ~ 9.33am
Depan tv ~ rumah melaka


Monday, December 10, 2012

How Happy I Am :D

Hai you ols... Update entry dari ipad suami. Dia pergi kerja so aku? Onlineeeeeeee dan nonton tv. Ngantuk sebenarnya tapi entahlah... Dah lama tak update blog. S rasa nak update pulak. Hehe... Aku kini berada di Melaka. Baru hari pertama. Minggu lepas hari khamis hari terakhir bekerja. Hmmm... Nampaknya... Aku cuti sebulan ajelahhh...  And paling best ialaaahhh... Adik aku balikkkk... Huhu. Tapi kesian aku tinggalkan di jb. Entah apa dia buat kat rumah tu. Tido kott...

Alamak... Tak boleh upload gambar pulak kat sini. So later lah baru update ya... Sambil tu, browse through gambar lama dalam blog ni. Hehe... Zaman bujang.


Gambar time adik aku kat KMS. Ambil dia then makan kat manhattan... Ehhhh... Tiba2 nak makan manhattan pulak. Huhu...


Rasa slim pulak tengok gambar lama sendiri. Heheh...


H

I really love this pic. Nak cuci lah... Gambar ni time Am bertunang. Dah kahwin pun dah orangnyaa....



P/s (i) : perut tiba2 lapar. Apakaaahhhh?

P/s (ii) : dah rindu suami lah. Cepatlah balikkkkk.....



10122012 ~ 4.14pm
bilik suami ~ rumah melaka


 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com