we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, March 24, 2014

kalau dah namanya isteri........................

amaran : entri ini berbaur rungutan yang tahap tak reti bersyukur. kalau tak boleh terima perempuan tak reti bersyukur (as if you are so angelic), sila tekan pangkah di window ini.


hai2 you ols... serious takde mood. rasa nak tidur je tapi Ms. Lim ada pulak hari ni. haish! dia tu suka tegur tegur kalau tak berkenan kat mata. hoho... semalam aku tidur lama gile kat meja ni ha... yelah, cuti sekolah, cuti mid sem. aku cikgu bekerja buat apa? okay2, kejap lagi aku start menanda okay!

tadi... browse through FB, terbaca 1 artikel yang kawan share. hmmm... ada betulnya dan ada salah. about kehidupan berumahtangga. as you all know, aku kini dah tinggal bersama suami. Alhamdulillah, akhirnya impian nak tinggal bersama menjadi kenyataan. tapi bak kata orang, kehidupan rumahtangga tak selalunya manis. manis aje pun bosan jugak kan? lagi2 aku ni ha, memang semua tahu aku garang. haha... adaaaaa je tak kena kat mata. hish! yang ni aku kena berubah. dah sedar lama, but susahnya nak kawal perasaan. okay, I will try harder! muhasabah diri!

ya ya, tak baik merungut. berdosa. tapi sebagai manusia biasa, tak boleh lari dari merungut. rutin harian aku. bangun pagi, mandi, sediakan sarapan. rajin sikit buatlah nasi goreng. ya, suami selalu cakap, takde sarapan pun takpe... kalau dah namanya isteri, korang para suami nak tak isteri buatkan sarapan? see! got the answer sudah. sambil bersiap, masak, kemas dapur and ruang tamu sikit, sambil dukung anak sebab dah pandai meragam pagi2 ni ha... orait, pergi kerja...

awak awak hengat dah pergi kerja, tugasan menguruskan rumahtangga takde? dah namanya mak orang, kena cari masa nak pam susu. kalian lelaki2 bukan paham kesusahan nak pam susu. yang korang bayangkan, perempuan, lekapkan muncung pam susu and sit back tunggu susu penuh dalam botol. waklu!! bagi aku yang kurang susu ni, cabaran adalah tempoh mengepam. aku dah tetapkan, pam 2 kali 1 hari di opis. selalunya pukul 11 dan pukul 4. cabaran aku ialah, susu tak banyak so tempoh mengepam akan jadi sangat lama. aku pernah pam satu jam setengah. awak awak hengat aku sit back tunggu susu keluar? siapa cakaaaaaap? aku kena urut2 dada, rangsang susu nak keluar. tak keluar yang kanan, tukar kiri, tukar kanan balik, kiri balik... barulah dapat 2 oz. 2 oz banyak mana? 2oz macam orang minum air zam zam yang sikit2 tu. anak dah minum 6oz. mana nak cekau lagi 4 oz? belum lagi aku cerita dada macam nak lebam asyik kena urut je. bagi ibu2 yang susu banyak, kena kerap pam pulak. cabaran utama kami, nak cari tempat mengepam. jauh dari colleague2 lelaki. awak awak hengat senang? bagi aku yang kurang susu ni, bila dapat setitik dua pun amat berharga. bila orang tak hargai susu aku, apatah lagi melakukan pembaziran. ya Allah... punah ranah rasa hati. penat mengepam, bila dapat susu tu, orang tak hargai pulak... lagi2 bila orang cakap, "tak kisahlah bagi anak minum susu tepung pun..." hmmm... seboleh2 kita nak anak minum susu kita. ni agaknya Allah bayar cash terus. susu aku down habis.

balik kerja, ha... tugasan rumahtangga pulak... nak masak apa? soalan ni memang susah betul nak jawab. nak masak apa... bila jawapan, "masak aje apa2 yang senang..." lagi perit rasa kepala otak nak pikir. kang masak telur goreng dengan ikan bilis bawang kang baru tahuuu! perghhh sedapnya telur goreng, ikan bilis bawang dan nasi panas2. kecur terus air liur ni ha! so balik dari kerja, singgah kedai runcit belilah apa2 yang nak dibeli... kalau pandai rancang, dapatlah bahan2 untuk 2,3 hari. kalau tak, esok kena singgah beli lagi. haih! sampai rumah, main dengan anak kejap. tengok tv kejap. lega2 sikit badan, barulah mandi dan teruskan aktiviti memasak. bersilat ha kaw kat dapur. tak hustler lagi so berjam lah dalam dapur. kalau mak mak, setengah jam siap 4 jenis lauk. aku sejam, dapatlah 2 lauk. haha... tu pun kalau dapat 2... then siap2 hidang nak makan dengan suami. ohoi... anak tak tidur lagi memang payah nak makan. kadang2 mood baik bolehlah biar aje dia duduk sorang. tapi selalunya memang tak boleh lah. orait, tidurkan anak dulu. anak aku tu bijak. kalau dengan papa dia, dia tahu 'waktu untuk bermain'. dengan aku pulak, 'waktu untuk tidur'. so kalau nak jimat masa, suami makan dulu. lepas dia makan, bolehlah tukar turn, then dia jaga, aku pulak makan... dah selesai, kemas balik pinggang mangkuk semua. dengar mudah kan? cubalaahhhh buat. setakat cuci pinggan ko sendiri, jangan nak berlagak macam awak awak tolong banyak lah kat dapur tuuu...

ha, kalau anak tak tidur lagi, tugasan tidurkan anak pulak... nak kena dengan cara dia. silap2 berbotol2 susu minum pun tak tidur lagi. kalau dah tidur, kena tunggu dia nyenyak betul2 dulu baru boleh letak. ha... yang awak awak bayangkan, bini-bini ni sit back pangku anak, apa yang penat sangat? awak awak ada baca tak apa yang bini-bini ni buat dari pagi? awak awak senanglah, boleh terus tidur. sebab mengenangkan isteri-isteri yang sedang merilek pangku anak yang dah lena. sit back very calm. awak awak ingat isteri taknak tidur ke? bila letak anak tiba2 terjaga pulak kena angkat balik semula, tidurkan balik. ha... anak dah tidur, Berjaya diletakkan. boleh tidur dah belum? kain baju belum sidai lagi... so sidailah si isteri sambil dengar keruhan suami. bila aku boleh tidur awal ni?

dan rutin berulang esok esok dan esok... oh lupa baju kerja suami dan diri sendiri belum gosok. ah, yang diri sendiri punya pilih yang tak perlu gosok lah. so, gosok baju suami ajelah.......





kalau dah namanya isteri, kalau suami cakap tak perlu buat pun, kita still nak buat sebab suami suka kita buat walau kat mulut dia cakap tak perlu buat...

kalau dah namanya isteri, tanggungjawab rumahtangga di tangan isteri. sebab suami si pencari rezeki sudah penat kerja seharian. ya, isteri tak. walau isteri pun bekerja macam si suami. walaupun isteri bekerja sama jam macam suami.

kalau dah namanya isteri, you can't express your feeling. kalau marah, kena pendam. berdoa semoga api marah tu cepat padam. nanti di bilang derhaka.

kalau dah namanya isteri........



tak salah kan tolong bersihkan dapur. tak salahkan pagi2 ambil masa cepat2 untuk bersiap. tak salahkan tolong sidai kain. tak salahkan isteri minta tolong jaga anak ketika dia tidur malam. tak salahkan buatkan air untuk isteri. tak salahkan urut bahu tanpa disuruh. tak salah tapi mahal.









p/s (i) : after 10 years. ya, selama ni aku ingat nothing will change. so... the time has come.

p/s (ii) : birthday aku 9 mac hari tu. pertama kali rasa hari jadi tu sebenarnya tak lebih macam hari hari biasa. teringin nak beli kek untuk diri sendiri lah. dari dulu ngidam ice cream cake BR. ada aku beli makan sorang2 kang. haha... pathetic.

p/s (iii) : kalau adik aku ada kan best.

p/s (iv) : orait orait, enough will the tears. time to wake up ELIYANA! you are a strong woman!!






24032014 ~ 9.28am
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

4 comments:

ZM said...

hehe. Chill yana. aku pun tgh melalui semua tu. cuma beza kitaorang still tak duduk sama which is kdg2 aku rasa lega gak. haha. Jahat gile. Sebab bila laki balik kena pikir nk masak utk die. cari breakfast. extra laundry. mengemas. Dia cume tlg jage anak time aku keje jela. tu pun pening gak. Sbb kena curi masa lagi nak blek rumah mandikan anak pulak. mana nak pam susu. mana nak susu kan anak. tapi dah kate namenye bini kan. cume kaum lelaki ni kena faham2 sendiri la. takkan semua benda kita nak mintak die buat. aku kalau laki aku offer nak tlg basuh baju (dalam 10x balik ade la 2x dia offer) rasa ya allah bersyukur gile. hehe.

ZM said...

Aku rasa semua yang kau rasa tu yana. Cuma aku dgn laki aku x duduk sekali lg which is sometimes feel glad gak. hik hik. jahat gile. sbb kalau dia balik lagi extra work. Kena fikir mkn die. nk msk ape. extra laundry. extra mengemas. extra membebel. tp dpt extra pahala (kot). heheh.
Kalau laki offer nak basuh baju ya robbi rase bersyukur gile.

Anonymous said...

Be carefull with what u wish for

yanna yazed said...

what did I wish for?

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com