we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, August 26, 2014

happy 10th anniversary to Azuan and Eliyana

hai hai hai... nak update semalam tapi macam banyak kerja. eh, banyak ke? takdelah banyak tapi tahu2 dah masa balik. huhu... lepas tu malam semalam konon2 nak makan dekat Der Cabin dekat Seri Alam sebelah Hospital Regency. alang2 nak jenguk Ayah Long dekat hospital sekali. last2, Der Cabin tutupppp... dinner lah kami di Tea Garden. tak berapa syok!! huhu...

okay, jadi nak update pasal anniversary kami pada Ahad lepas. niatnya takde pun nak ambil cuti. tapi last2 suami dok jeling2 manja, cair lah jugak hati. huhu... tapi panas jugak hati sbb dia tak bagi apa2. kad pun takde. ei, sabar jelah kita... rupanyaaa.... posmen bangun lambat. huhu... tak kisahlah. dah tua kan. just harap, suami stay the same lah. sejak jadi bapak ni, tumpuan kat anak je. hei, mak dia pun perlu perhatian tahu dakkkk??!!


di kesempatan ini,

saya ingin mengucapkan terima kasih untuk 10 tahun ini. terima kasih atas kasih sayang dan cinta (tak cukup, nak lagi). minta maaf untuk kekasaran I. hmmm... I tahu I kasar tapi macam mana eh... you yang selalu ulang benda salah tuuuu! mestilah kena marah. tegur cakap lembut2 tahan 2 saat. cakap garang2 tahan lah 10 minit. gitulah konsep dia... jangan ditanya kenapa. sebab eksperimen sudah dijalankan. huh! awak tu, kalau kite cakap elok2, dia ambil mudah je... cakap garang2 baru tindakan tu cepat. ha, sampah kat rumah tu dah 2 hari dah buang belummm? ei!

hahaha... kehidupan berumahtangga. lagi kita kenal pasangan. kesabaran tu mestilah tahap tertinggi. kalau tak memang roboh rumah. anak asyik tengok mak ayah bergaduh je kang... biarlah perempuan je do the nagging, si suami tu tahan lah sikit. orang dah berkorban banyak tauuuu untuk kalian2 nama suami ni. huh! show some appreciation. yang masak kite, yg kemas rumah kite, yang lipat baju kite, yg pastikan suma organized kite! yang beranak pun kite tahu dakkk? awak tu tahan telinga je. kita ni tahan nak mati tau??





okay2, aku rasa tajuk dah tersasar dari entri. tersasar jauh sangat dah ni. jadi mari kita kembali.



Sayang,

ILOVEYOU sangat2. please be my gerek again. selalu lupakan I dah sekarang. kang I tak masak untuk u kang baru u tahu...






okay, tu je ayat jiwang yang aku boleh pikir saat ini.



tahun 2007. kami literally membesar bersama. haha... gerek yang lebih besar lah. ILOVEYOUSAYANG...





p/s (i) : tangan kebas ni lain macaaaaaam jewww...

p/s (ii) : balik kampunggg! ooooo balik kampong!!

p/s (iii) : kepala dah mula sakit. makan kambing banyak sangat hari ni. deym!





26082014 ~ 4.36pm
meja aku ~ bilik guru subjek umum-ILPPG

Monday, August 18, 2014

raya-raya Melbourne style

hai hai you ols... lapang sikit hari ni jadi nak update blog tapi no idea. huhu... jadi nak update pasal hari raya parents aku and Alleya di Melbourne. oh mula2 takde lah jeles sangat but then bila tengok gambar itu, ini. jalan sana, sini. perghhhh!! nak jalan2 sana juga!! sabarlah... terpaksalah bersabar mengumpul uang ringgit untuk Boy konvo nanti.

jadi... gambar mereka berlepas dah tunjuk haritu kan? kemudian sebaik sampai di sana, diorang pergi late night dinner. sekali dengan sahur jadi tak payah nak cari makanan sahur lg bila balik rumah. aku call bila sampai kerja, masing2 muka bengkak. haha... tak cukup tidur. ni gambar pergi pasar nak masak untuk iftar.


nasi ayam signature dish mak hari pertama iftar di Melbourne. terbaek wok!


then... mereka ke Philip Island. wildlife park yang aku pergi dulu. Alleya sangat takut dengan kucing. kalau jumpa kangaroo, lagilah menjerit!





comel kan Alleya? angel in disguise. haha... bestnya! bestnya!

Hari Eidulfitri di Melbourne. How I wish I could join them. uhuk2... next year kalau pergi Boy konvo, summer rasanya. oh summer kat Malaysia pun boleh rasaaaa!!


mummy and daddy looking young and swagggg!!


  
jalan2 lagi.... rasanya macam dah habis 1 Melbourne diorang jalan ni. lepas ni bolehlah diorang jadi tourist guide aku pulak. huhu...





yang paling jeles surelah gambar2 selepas ini.... wuwuuw... siap call aku suruh bukak facetime. uhuk2... sanggup kalian kannn... sanggup!! okaylah terubat sikit rasa hati mak bagi gambar Boy berhingus.
 



 
diorang pergi The Lab! oh jelesnya... café yang ala2 saintis gitu... padahal gelato je pun. kikiki...
 

 
inilah kakak2 yang rajin melayan Alleya. sampai naik tocang katanya. but still can handle. good job!
 

 
dream comes true. punyalah berangan minah ni. mak aku kata layankan beli tshirt frozen tu. kat sini lebih kurang rm20-rm30 tapi kat sana $20. hadoi... lebih kurang rm60 tu... takpelah, sekali sekala. siap crown tu memang becok dia bercerita.
 
 
 
 
 
wah, serious rasa left out tapi aku memang nak makayah aku pergi jalan2 sana dulu before adik aku grad sebab nanti bila nak konvo, tempat tinggal semua limited. makan duit kat situ. kalau pergi sekarang, duit untuk jalan2 and shopping. duit hotel and transport dah jimat. kannn? so next visit is next year. memang cita2 aku pun konon2 mesti nak jalan2 luar Negara 2 tahun sekali. haha... tahun lepas jalan, tahun ni tak. tahun depan jalan. yeay!!
 
 
 
 
 
 
p/s (i) : Boy balik awal tahun depan or akhir tahun ni?
 
p/s (ii) : weekend full with activities.
 
p/s (iii) : minggu depan balik kampung. macam seronok pulak rasa.
 
p/s (iv) : MOGOK!
 
 
 
 
 
18082014 ~ 3.55pm
meja aku ~ bilik guru-subjel umum ILPPG


Wednesday, August 6, 2014

its been almost 10 years of ~ae~

hai hai korang... minggu ni terasa panjang sangat. agaknya minggu lepas dah cuti panjang. jadi bila dah mula bekerja ni, lemau sikit. hari ahad aritu dah sambung cuti dah. haha... suami bangun2 tidur cakap malas nak pergi kerja. aku pun join sekaki lah. haha... hari ni baru hari rabu. fuh, esok khamis. kerja lagi! hoho...

orait, entri ni khas untuk suami. yang dulunya boipren kite. haha... tak sangka pejam celik pejam celik, dah 10 tahun kami bercinta. haha... masuk tahun ketiga perkahwinan. dikurniai seorang cahayamata. Alhamdulillah, ada rezeki kami memiliki zuriat. and it has been ups and down through out the relationship and we managed to hold it together. I love you sayang. terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan saya.

our first picture together.


haha... honestly time bodoh2. takde terpikir apa pun. dia ajak tangkap gambar, layankan. plus, suami tangkap gambar dengan budak2 lain juga. huhu... aku rasa time ni betul2 baru lapor diri masuk sekolah sbb meja aku tak bersampul lagi. aku belum hias lagi meja tu. so kami daftar masuk februari. aku rasa dalam februari atau mac gambar ni. huhu...

suami aku ni ramah dari sekolah. disenangi. tapi aku ni jenis biasa2 je. takde nak bergaul sangat dengan orang2. sebab macam luar comfort zone aku. so aku gaul dengan budak kelas jelah. tak tahulah aku tak perasan ke apa, suami bagi signal suka suka kat aku. haha... dia selalu call aku petang2 pun aku still lagi tak perasan dia suka aku. entah, mungkin aku rasa tu normal. hmm... short wire sungguh aku. until lah macam cara dia berbual ala2 macam romantic gittew. ei geleman makkk!!! so aku menjauhkan diri. pikir dia je, aku jadi geli. geli dengan mat2 jiwang, mat2 bunga. haha...

naik form 5 barulah bertegur balik. tapi still awkward. sebab aku dah tahu dia suka aku. haha... dia dah mengaku. lagilah tak reti aku nak berbual. but buat biasa2 dalam kelas. belajar. haha... seronok time teknik JB ni sebab aku perasan aku pandai. lepas SPM pun contact dia gitu gitu je. jumpa sekali dua. lunch dinner time aku part time kerja kat angsana.

masuk matrikulasi Johor sama2. kat situlah mula msg2, gaduh2, itu ini... declare. hahaha... 18 tahun dah bercouple. ceh... tak sangka kami Berjaya menjaga hubungan ni. thanks to my husband lah sebab tahan dengan perangai saya. layankan keburukan. kalau dia tak tahan, memang berkubur lama dah hubungan ni. syukur...




note to self :
1) kurang-kurangkanlah garang tuuuuu...
2) cuba layan suami tu lembut-lembut sikit...
3) buatlah sifat sikap tak senonoh yang boleh malukan suami
4) jaga anak baik-baik. awak tu isteri...





hari jadi suami yang ke 20 rasanya ni. 11 Sept 2006. dah tak berapa nak ingat. huhu... zaman muda remaja. ohhh... rindunya... nak muka begini. badan begini. nak nak nak! hoho...


time konvo aku. somewhere in September 2010. kena check planner. husband punya konvo tahun sebelumnya. dia grad dulu. beberapa bulan selepas ni kami pun bertunang. hehe...


di hari pernikahan kami. 21 Okt 2011. pipi masing2 kembang semangkuk. Alhamdulillah. setelah bertahun2 bercinta, kahwin juga kami. hehe...


hari cukur rambut dan akikah anak kami, Muhammad Umar Aryan lahir pada 12 Oktober 2013. majlis diadakan pada 1 Disember 2013. lengkap kami sebagai sebuah keluarga. Umar nak adik dah ke? sabar ya nak... bagi awak bermain puas2 manja2 dengan mama papa dulu. okay Sayang?





tak terucap dengan perkataan. susah nak ungkapkan. bahagia. content. lengkap. aku rasa hidup ni dah cukup. kini, kami berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga. biar anak2 cukup segalanya. cukup makan, pakai, kasih sayang. itu janji kami. selagi bernyawa, selagi tu kami akan terus berusaha.







p/s (i) : esok last bersenang lenang. minggu depan full throttle habiskan module. sem 3 dah tertinggal banyak ni.

p/s (ii) : ya Allah kurniakan aku kesabaran dalam menjalani tanggungjawab terhadap kerja aku dan anak-anak murid ku.

p/s (iii) : bila nak start puasa 6 ni? minggu depan okay tak? atau esok?

p/s (iv) : suami cakap malam ni tak payah masak. yahooooo!!




06082014 ~12.51pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 2014

hai2 you ols... budak2 dah balik kampung. pesanan aku sebelum balik kampung tadi pumpangpumpang aku marah budak. dah lama tak marah budak macam tu. muka sorang budak ni, eii! macam nak tumbok je. sabar2. tabahkan hatimu Puan Elly. Ya Allah, apa jadi eh? kenapa eh boleh jadi macam ni? kecewa sangat aku rasa. aku dah buat yang terbaik. tapi outcome dia still lagi macam ni. hmmm... sabar lah.

raya tahun ni aku syahdu sikit. makayah jauh. uhuk2... beraya dengan mertua. takdelah tak seronok raya dengan mertua. tapi yelah, tiap2 tahun kan raya bersama 2,2 keluarga. hopefully cikna will join us. rasa sikitlah bersama dgn keluarga. ha.... mak ayah aku pergi mana?


uhuk2... 22julai pagi, mereka telah berlepas ke Melbourne. nak beraya dengan adik aku kat sana. uhuk2... berjuraian lah air mata aku ketika di airport pagi tu. first time ni raya tanpa makayah. pikir je rasa sedih. huhu...


fuh, menggedik gile alleya kat sana. 1st syawal pun adalah hari jadi ayah ke-60. selamat hari jadi cif yazed! I love you sooooo much!!

okay, takmo cerita banyak pasal raya sebab tak berapa syok. huhu... selamat hari raya dari saya, Nurul Eliyana dan suami, Mohd Azuan dan anak kami, Umar Aryan. maaf zahir batin.







p/s (i) : maafkan pemandangan kasut berselirat tu ya.

p/s (ii) : hari isnin. makayah balik hari sabtu. yeay!!

p/s (iii) : hari pertama kerja lepas cuti panjang. hoho... lemaunya.

p/s (iv) : post bersambungan dari sebelum raya dan lepas raya.






240714 & 040814 ~ 8.55am
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com