we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, August 26, 2014

happy 10th anniversary to Azuan and Eliyana

hai hai hai... nak update semalam tapi macam banyak kerja. eh, banyak ke? takdelah banyak tapi tahu2 dah masa balik. huhu... lepas tu malam semalam konon2 nak makan dekat Der Cabin dekat Seri Alam sebelah Hospital Regency. alang2 nak jenguk Ayah Long dekat hospital sekali. last2, Der Cabin tutupppp... dinner lah kami di Tea Garden. tak berapa syok!! huhu...

okay, jadi nak update pasal anniversary kami pada Ahad lepas. niatnya takde pun nak ambil cuti. tapi last2 suami dok jeling2 manja, cair lah jugak hati. huhu... tapi panas jugak hati sbb dia tak bagi apa2. kad pun takde. ei, sabar jelah kita... rupanyaaa.... posmen bangun lambat. huhu... tak kisahlah. dah tua kan. just harap, suami stay the same lah. sejak jadi bapak ni, tumpuan kat anak je. hei, mak dia pun perlu perhatian tahu dakkkk??!!


di kesempatan ini,

saya ingin mengucapkan terima kasih untuk 10 tahun ini. terima kasih atas kasih sayang dan cinta (tak cukup, nak lagi). minta maaf untuk kekasaran I. hmmm... I tahu I kasar tapi macam mana eh... you yang selalu ulang benda salah tuuuu! mestilah kena marah. tegur cakap lembut2 tahan 2 saat. cakap garang2 tahan lah 10 minit. gitulah konsep dia... jangan ditanya kenapa. sebab eksperimen sudah dijalankan. huh! awak tu, kalau kite cakap elok2, dia ambil mudah je... cakap garang2 baru tindakan tu cepat. ha, sampah kat rumah tu dah 2 hari dah buang belummm? ei!

hahaha... kehidupan berumahtangga. lagi kita kenal pasangan. kesabaran tu mestilah tahap tertinggi. kalau tak memang roboh rumah. anak asyik tengok mak ayah bergaduh je kang... biarlah perempuan je do the nagging, si suami tu tahan lah sikit. orang dah berkorban banyak tauuuu untuk kalian2 nama suami ni. huh! show some appreciation. yang masak kite, yg kemas rumah kite, yang lipat baju kite, yg pastikan suma organized kite! yang beranak pun kite tahu dakkk? awak tu tahan telinga je. kita ni tahan nak mati tau??





okay2, aku rasa tajuk dah tersasar dari entri. tersasar jauh sangat dah ni. jadi mari kita kembali.



Sayang,

ILOVEYOU sangat2. please be my gerek again. selalu lupakan I dah sekarang. kang I tak masak untuk u kang baru u tahu...






okay, tu je ayat jiwang yang aku boleh pikir saat ini.



tahun 2007. kami literally membesar bersama. haha... gerek yang lebih besar lah. ILOVEYOUSAYANG...





p/s (i) : tangan kebas ni lain macaaaaaam jewww...

p/s (ii) : balik kampunggg! ooooo balik kampong!!

p/s (iii) : kepala dah mula sakit. makan kambing banyak sangat hari ni. deym!





26082014 ~ 4.36pm
meja aku ~ bilik guru subjek umum-ILPPG

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com