we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, August 6, 2014

its been almost 10 years of ~ae~

hai hai korang... minggu ni terasa panjang sangat. agaknya minggu lepas dah cuti panjang. jadi bila dah mula bekerja ni, lemau sikit. hari ahad aritu dah sambung cuti dah. haha... suami bangun2 tidur cakap malas nak pergi kerja. aku pun join sekaki lah. haha... hari ni baru hari rabu. fuh, esok khamis. kerja lagi! hoho...

orait, entri ni khas untuk suami. yang dulunya boipren kite. haha... tak sangka pejam celik pejam celik, dah 10 tahun kami bercinta. haha... masuk tahun ketiga perkahwinan. dikurniai seorang cahayamata. Alhamdulillah, ada rezeki kami memiliki zuriat. and it has been ups and down through out the relationship and we managed to hold it together. I love you sayang. terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan saya.

our first picture together.


haha... honestly time bodoh2. takde terpikir apa pun. dia ajak tangkap gambar, layankan. plus, suami tangkap gambar dengan budak2 lain juga. huhu... aku rasa time ni betul2 baru lapor diri masuk sekolah sbb meja aku tak bersampul lagi. aku belum hias lagi meja tu. so kami daftar masuk februari. aku rasa dalam februari atau mac gambar ni. huhu...

suami aku ni ramah dari sekolah. disenangi. tapi aku ni jenis biasa2 je. takde nak bergaul sangat dengan orang2. sebab macam luar comfort zone aku. so aku gaul dengan budak kelas jelah. tak tahulah aku tak perasan ke apa, suami bagi signal suka suka kat aku. haha... dia selalu call aku petang2 pun aku still lagi tak perasan dia suka aku. entah, mungkin aku rasa tu normal. hmm... short wire sungguh aku. until lah macam cara dia berbual ala2 macam romantic gittew. ei geleman makkk!!! so aku menjauhkan diri. pikir dia je, aku jadi geli. geli dengan mat2 jiwang, mat2 bunga. haha...

naik form 5 barulah bertegur balik. tapi still awkward. sebab aku dah tahu dia suka aku. haha... dia dah mengaku. lagilah tak reti aku nak berbual. but buat biasa2 dalam kelas. belajar. haha... seronok time teknik JB ni sebab aku perasan aku pandai. lepas SPM pun contact dia gitu gitu je. jumpa sekali dua. lunch dinner time aku part time kerja kat angsana.

masuk matrikulasi Johor sama2. kat situlah mula msg2, gaduh2, itu ini... declare. hahaha... 18 tahun dah bercouple. ceh... tak sangka kami Berjaya menjaga hubungan ni. thanks to my husband lah sebab tahan dengan perangai saya. layankan keburukan. kalau dia tak tahan, memang berkubur lama dah hubungan ni. syukur...




note to self :
1) kurang-kurangkanlah garang tuuuuu...
2) cuba layan suami tu lembut-lembut sikit...
3) buatlah sifat sikap tak senonoh yang boleh malukan suami
4) jaga anak baik-baik. awak tu isteri...





hari jadi suami yang ke 20 rasanya ni. 11 Sept 2006. dah tak berapa nak ingat. huhu... zaman muda remaja. ohhh... rindunya... nak muka begini. badan begini. nak nak nak! hoho...


time konvo aku. somewhere in September 2010. kena check planner. husband punya konvo tahun sebelumnya. dia grad dulu. beberapa bulan selepas ni kami pun bertunang. hehe...


di hari pernikahan kami. 21 Okt 2011. pipi masing2 kembang semangkuk. Alhamdulillah. setelah bertahun2 bercinta, kahwin juga kami. hehe...


hari cukur rambut dan akikah anak kami, Muhammad Umar Aryan lahir pada 12 Oktober 2013. majlis diadakan pada 1 Disember 2013. lengkap kami sebagai sebuah keluarga. Umar nak adik dah ke? sabar ya nak... bagi awak bermain puas2 manja2 dengan mama papa dulu. okay Sayang?





tak terucap dengan perkataan. susah nak ungkapkan. bahagia. content. lengkap. aku rasa hidup ni dah cukup. kini, kami berusaha memberi yang terbaik untuk keluarga. biar anak2 cukup segalanya. cukup makan, pakai, kasih sayang. itu janji kami. selagi bernyawa, selagi tu kami akan terus berusaha.







p/s (i) : esok last bersenang lenang. minggu depan full throttle habiskan module. sem 3 dah tertinggal banyak ni.

p/s (ii) : ya Allah kurniakan aku kesabaran dalam menjalani tanggungjawab terhadap kerja aku dan anak-anak murid ku.

p/s (iii) : bila nak start puasa 6 ni? minggu depan okay tak? atau esok?

p/s (iv) : suami cakap malam ni tak payah masak. yahooooo!!




06082014 ~12.51pm
meja aku ~ bilik guru-subjek umum ILPPG

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com