hai2 korang... hari ni takde apa2 aktiviti. sebabnya memang set mind nak berehat2 di rumah. merindui cik shida badut di hati. haha... esok dia CRK. so... esok petang or malam baru berjumpa dia. huhu... kejap lagi nak praktis Bicara Ilmu lagi. sambil2 tu nak ajar budak2 budat essay... hm, pengetua suruh aku buat kelas ikut proficiency... nantilah akan ku pikirkan... macam susah. maybelah aku bias sikit nak dahulukan anak2 murid aku. huhu...
okay2, semalam petang kan aku berjumpa dengan anak2 murid aku. maksud title aku tu... former form 4. kiranya tahun lepas form 4. tahun ni mereka akan menghadapi SPM. oh, dah besar dah kanak2 nakal yang selalu bikin aku marah ni... weee.... disebabkan baru berjumpa semalam, sampai ke hari ni aku masih merindu2 mereka. haha... ya, amat tak sangka mereka yang dulunya amat nakal, i mean very naughty! tapi... mereka amat suweeetttt semalam. i'm flattered to be their teacher. really proud of them. even aku ngajar diorang sekejap je, still, diorang still anggap aku cikgu diorang. thank you korang... buat teacher terharu amat!
ini dia budak2 bola ramainya dari kelas ini... 4 KN... kini 5 KN... dah besar panjang korang... teacher memang rasa rendah je bila dengan diorang. huhu... miss u guys alot!
ini pulak 4 SN 1. tak semua ada. time ni dah hujung persekolahan. yusre dalam kelas ni. tapi time ni dia takde sebab ada training bola... wuwuwuw... rindu saat2 ini... diorang belikan hadiah pulak tu untuk aku... sedihnya...
banyak gile kenangan dengan diorang ni... sangat banyak sebab tu aku sayang gile kat diorang. even selalu bikin aku hangin, still very dear to my heart. masa mula2 nak posting dulu, aku gile yakin aku dapat sekolah ni... tapi apakan daya... ha, ni pulak picture syafiq azhar tagged aku. huhu... ehem2, yusre and emon. ada apa2 ke? haha... aku sangat suka dia 2 orang ni. yusre amat suka menyakat emon dalam kelas. sangat suka! tergelak aku selalu. tapi amat sweet. even mulut yusre ni kadang2 bisa, tapi masih dalam kawalan. syomel amat! lagi 3 orang tu zahin, syafiq and amira fahira. diorang gosipkan zahin dengan amira ek? i pun dah lupa...
okay, yang ni... shaffiq esa a.k.a Gemok. aku pun tak pasti kenapa diorang panggil dia gemok sebab dia ni kurus amat. couple dengan budak 5 SN 2. okay, aku amat suka awek dia. sweet, manis, cantik and cool. tapi mamat ni... comot, selalu tidur dalam kelas. haha... ni dia tidur sampai berkeruh ni. tu yang aku geram ambil gambar dia and upload dalam blog. dalam fb tak lah... segan mamat ni kan. tapi ada jugak yang copy gambar dia and upload di FB. haha... jangan salahkan teacher okay! aku upload picture ni again sebab ayat pertama yang dia tanya aku semalam, "gambar daya yang tu teacher simpan lagi tak?" haha... mestilah ada sayang oi!
overall, aku amat merindui ex-students aku di SMKTU. the form 1 kids. i miss you guys alot. the form 2 also. even teacher ajar korang sekejap je, i love you guys so much! don't ever forget me ya... kalau jumpa di tepi2 jalan tu tegurlah... kot2 teacher tak perasan kann...
p/s (i) : macam tak cukup 1 entri nak story pasal budak2 kesayangan aku ni... huhu...
p/s (ii) : yes!! thank you cik edot kerana anda akan sanggup menemani saya lagi untuk menonton kanak2 itu bermain bola lagi.
p/s (iii) : nak siapkan entri ni... mandi... solat... kelas! seronok rutin harianku sentiasa penuh. aku mahu menjadi pendidik anak bangsa yang berjaya! aminnn!
p/s (iv) : agak2 gerek datang kat aku tak? wuwuwu... sorry sayang... i love you.
10042011 ~ 7.16pm
rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK
2 comments:
ha3,xley blah.tdo dlm kelas smpai bekeruh itu boleh tahan rare...hu3
haha... gile memang rare. budak2 noti kan. susun kerusi, mintak izin nak tido. okay fine, then boleh pulak dia tido sampai berkeruh. tepuk2 tak jalan jugak... langsung tak terjaga. macam semalam bawak lori beras. haha...
Post a Comment