hai2 korang... pada ketika ini, aku ditinggalkan keseorangan di rumah. semalam konon2 nak tidur rumah member, tapi ada desakan tugas sebab warden, terpaksa aku lupakan dan tidur bertemankan Qibby. thank you Qibby kerana sudi menemaniku setiap malam. korang kenal Qibby tak? huhu... susah ni nak kenalkan kembali Qibby pada new readers. nanti aku cek ada tak gambar Qibby. ha! ada! copy dari earlier post tahun 2009. huhu... jadi, inilah Qibby. hadiah dari gerek. gebu2 shomel2 sedap peluk setiap malam. yang kecik tu Qibbu. haha... hadiah dari roomate. dia kata adik kecik Qibby. i loike!
okay, entry kali ni aku nak cerita makanan yang telah aku idamkan setelah sekian lama sebab adik aku asyik sebuuuutttt aje. ahad lepas (17 April 2011), aku plan nak pergi jenguk adik aku. kebetulan makayah aku balik kampung. so sekali lah dengan diorang. aku sampai awal sikit bersama gerek. so fetch adik aku dulu pergi beli kasut futsal dia. fuh, berpeluh kan tengok harga kasut dia... haha... nasib baik yang dia pilih ni takdelah mahal sangat. oh sorry lupa nak tangkap gambar kasut yang dibeli. ni ketika sesi memilih. sangat susah ya. sebab dia payah nak berkenan. dan bila berkenan, takde size pulak. hadoi! kaki size 10. susah tuuuuu....
kemudian, straight ke Nasi Arab Damsyik... kedudukannya? adoi... susah aku nak terangkan. yang pasti dia dari tol Senawang. akan lalu Kastam, taman Rashidah Utama, taman Ros, taman NZ. menghala ke persimpangan Seremban-Pilah. hoho... maaf ya. korang google lah if nak pergi ek. ini view dari luar. tempat duduk atas lantai ek. ada jugak belah luar. tapi nak feel arab gitu! haha... nice!
daaannn... ini makan untuk 3 orang. kitorang makan berlima. ada nasi tambah lagi. hui... heaven. kambing dan ayam. ayam dia bakar dalam perigi. alamak... gambar perigi pada gerek. nantilah if aku update pasal benda ni lagi aku upload pic tu ek. sorry banget kalian! tapi serius amat best okay! sedap gile!
dan ini kami berempat... muka boy memang begitu. tension agaknya. haha... eh, sebut2 ni baru teringat mak nak pergi Singapore. nak call dia jap. (penulisan tergendala sebentar).
kemudian... lepas makan, straight hantar boy sebab kitorang nak singgah melaka pulak. sebab abang buat sales di MITC. nak masuk2 MITC tu nampak pulak kereta ni parking dekan pintu masuk MITC tu. hahaa... uzur sungguh. macam nak upload je di mudah.com.my. KERETA UNTUK DIJUAL. haha...
arrived safely to SMVK around 10.30pm. terus kena buat spotcheck budak2 hostel. hadoi... keletihan oi... aku memang tak larat gile. edot masih lagi bersemangat. mungkin kerana dia tidur ye sepanjang perjalanan. hahaa... so kerja aku malam kejadian ialah main suluh2. hoho... penat okay!
p/s (i) : penat aje aku rushing2. rupanya budak2 debat balik kampung. kuasam! bagitaulah aku sepatah dua. yeye je aku ni nak tengok diorang praktis. hish!
p/s (ii) : letih sangat2 tapii... kenapa mata ni takmo tidur. dan... ingatkan ditinggalkan sampai hari ni sahaja. rupanya sampai esok. hmmm... terpaksalah...
p/s (iii) : next week pergi KAT. then budak2 bola datang. hmmm... macamane aku nak susun jadual ni...
23042011 ~ 11.27am
rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK
4 comments:
sedap nasi arab ni!!i like!!
memang amat sedap! weee... macam nak pergi lagi!
wah..byk gile nasi nye
cm sedap
aah, banyak... ni suggested for 3 person. tapi makan berempat pun cukup. sedap!!
Post a Comment