hai2 korang... aku kemengantukan ni sebenarnya... aku tak tahu kenapa lately ni malam2 aku tak boleh tidur nyenyak. mesti terjaga2. bila terjaga tu macam terus segar. macam tertunggu2 lambatnya nak siang... tapi bila siang aku keletihan. ngantuk. sebab tak cukup tidur. dengan penuh keazaman lepas sekolah nak tidur tapi last2 macam2 aku buat. ikut housemates ke friendly match lah... turun jaga budak2 petanque berlatih lah... macam2 lah kiranya aktiviti aku sekarang ni. fatigue okay!
ha... hari ni... aku nak story mori about anak2 bola sepak aku. ex-students actually. diorang 3 minggu berturut2 main di Kluang. 3, 3 meraih kemenangan. syukur... tapi aku datang tengok 2 minggu aje. huhu... itu pun yusri asyik perli aje. "disebabkan teacher datang, kitorang nyaris2 kalah". hish! saya tak datang baru tahu... (membawa hati lara...) bukan dia heran pun. haha... apa2 pun, teacher bangga dengan kalian. just hari ni teacher amat terkejut. acap... jangan gaduh2 nak... sedih teacher tengok... sian students ku. Pahang bermain memang amat kasar ek.
okay, ini sebelum permainan bermula... Sekolah Sukan Negeri Johor melawan Sekolah Sukan Negeri Sabah. ini perlawanan minggu lepas ya.
Sekolah Sukan Negeri Johor melawan Sekolah Sukan Negeri Pahang. perlawanan yang berlangsung tadi.
picture teacher bersama yusri! weee... rindu sama budak ini. sebenarnya kan... aku amat terharu dengan cara yusri. very.... hmm... macam mane nak story ek... sangat menjaga. dia macam bengong2. tapi macam last week, tak tahu lah intention dia atau tidak tapi... dia sangat menjaga aku semasa aku datang menonton. dari awal, sampai aku balik. hari ni pun dia luangkan masa lepak dengan aku kejap. even aku tahu masing2 ada hal masing2. thank you yusri. teacher bangga dengan kamu. serius! terharu sangat2 layanan kamu pada teacher.
kemudian! gambar cik edot dengan anak2 murid aku! aku jeles! aku suka gambar ini! rasa nak crop aje. tampal gambar aku atas muka edot. ahhaha.... cute2 kan anak2 murid aku? dari kiri... syafiq raduan, shafie, farhan (bukan student aku... but i consider him as mine too... haha... GK aku ni... and he's getting more handsome lah!) and yusri! oh, ayat panas dari syafiq raduan, "teacher macam makin rendah ajeeee... tahun lepas teacher tak rendah macam ni". peh, rasa nak cubit dia aje kannn! dia yang menonjang! ngata aku pulak!
gambar yang ditegah untuk diupload tapi nak upload jugak... dia just pesan jangan di FB. ala... jangan risau lah dear... teacher takde FB budak itu. (suku dah bagitau teacher siapakah gerangan girl itu) hahaa.... korang cekidaut muscle macha. gagah perkasa kannn? aku terkejut okay! semua kanak2 itu dah ada muscle! aku suka gambar ni... ala2 tengah merajuk dengan shafiq shaharudin. hahaha...
oh hai... i miss these kids so much! gambar dengan amy takde. dia ego seh! teacher dah touching ni. haha... kena belanja teacher makan okay! tapi still... i'm so worried for them. SPM you guys... fokus okay... belajar betul2. teacher doakan korang yek!
p/s (i) : yeay! esok jumpa boy! rindunya... esok jumpa gerek jugak!
p/s (ii) : ngantuk... nak tidur awal tapi LP tak buat lagi... surat utk petanque pun tak buat lagi... ohoi... nanti boleh ke Pahang... weee... jalan2 bersama budak2 pentanque.
p/s (iii) : tengah ushar2 nak beli minnie jane lagi. tapi takde size lah pulak! aiseh, kasut dah licin sangat dah.
16042011 ~ 10.52pm
rumah aku ~ bilik edot-kediaman warden SMVK
2 comments:
too bad pahang kalah.hu3
haishh,,bebudak skarang,budak skolah pon nampak kemaen matang lagi.congratz utk ank2 murid akak.. ^_^
he... but they give a good show. kira memang sangat2 sengit pertandingan aritu tu. menakutkan juga ya... 2,2 team main ganas. takut tengok budak2 tergolek2 atas padang... hmmm...
Post a Comment