we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, June 25, 2012

Baliklah Alleya... :'(

hmmm... nampak macam tengah happy, but in mind ni macam2 yang aku tengah pikir... pasal masalah family yang tiba2 makin bertambah... masalah diri... adoi... pada saat2 sekarang, aku tak boleh stress and tension. tak boleh banyak2 pikir tapi nak buat macam mana... semua tu kena pikir jugak... hmm... sedih.


seperti aku dah canangkan... last weekend kitorang ke KL sempena wedding reception abang sedara aku. kitorang naik hari KL, pergi jumpa abang aku segala... then ayu (mak alleya) call nak mintak izin nak bawak alleya jumpa neneknya. neneknya dah rindu sangat kat Alleya ni. so mak setuju lah... takkan nak pisahkan keluarga kan?


so sekarang... alleya is with her granny. hopefully by this weekend alleya dah balik ke pangkuan kami... baru sedar yang Alleya sangat penting bagi kami. hmmm... baliklah Alleya...


tengok gambar2 ni rasa rindu sangat... Alleya, baliklah... nenek atok rindu dah... awak nakal macam mana pun tak kisahlah asalkan depan mata diorang... Ciyun nak balik JB pun rasa seronok jugak if Alleya ada kat JB. hmmm...





p/s (i) : things get really complicated but i have to take care of myself too...

p/s (ii) : hari terakhir ganti puasa. alhamdulillah... tapi nak puasa sunat jugaklah banyak2 bulan syaaban ni. rasa dah lama sangat alpa dengan perintah Allah...

p/s (iii) : moga2 ada berita hari ni... saya nak balik JB. saya takmo ke dinner... hmmm....





25062012 ~ 10.57am
meja aku ~ bilik guru~KVK

Tuesday, June 19, 2012

24JUNE2012 ~ Nabil's Reception

hai2 all... aku sekarang... sedang berlingkar2 atas katil. minggu ni aku agak free lah. so malam boleh lah nak ronggeng2 di alam maya view situ sini. bukak fb stalk situ sini. kalau last week memang hectic, tak sempat bernyawa rasanya... dengan hari selasa last week after school aku drive to Melaka. then around 8.30pm ke KL. then 12.00am balik ke Melaka and around 6.00am balik Kluang. restless tak? tapi alhamdulillah, sepanjang persekolahan hari berkenaan aku bertenaga. don't why but baguslah... banyak kerja aku boleh selesaikan. hehe...

okay2, entri kali ni nak story pasal weekend akan datang... cousin aku kahwin! huhu... bukan sepupu betul tapi dua pupu. huhu... mak dia and mak aku cousin. so dia dengan aku dua pupu lah kan? selalu orang kata dua pupu tak rapat kan? but kitorang memang rapat dari kecik. maybe because dari kecik rumah kitorang tak berapa jauh and makayah aku selalu datang rumah diorang and vice versa.

inilah dia rupa bakal pengantin. nama bakal kakak sedara aku ni, Eleanor Ezura. sedap kannn? secantik orangnya. Eleanor and Nabil. wah, gempak!


dua pupu aku ni adik beradik cantik2 belaka. diorang beradik berempat. 2 dah kahwin. sorang ahad ni and another one is the bongsu. kakak sedara aku, Nadia. sebaya abang aku. ha, yang hujung belah kanan tu... cantik kan? sampai adik junior UTM aku yang datang time wedding aku and ternampak kakak sedara aku ni ushar2 aku nak kenal. kikiki... sorry dik, she's taken. i mean, single but not available.


wedding akan diadakan di Duchess, Ampang. semoga majlis kalian berjalan lancar dan diberkati-Nya. insyaAllah will be there. ish, Cik Dah and Atiqah ke Vietnam pulak and semoga sempat sampai before the reception. nak baju kurung tau!





p/s (i) : esok sudah rabu! yeay! sedang memikirkan strategi untuk pergi ke 'tempat' berkenaan. beranikah aku? berani je... tapi... ish!

p/s (ii) : Aida Izzati. never fail to text me once a while. you make me feel appreciated. thank you dear. will always pray for you and the girls there. belajar sungguh2 tau!

p/s (iii) : i rasa... i kena semakin matang and let go most things that i used to care a lot. i'm ready to the next phase. semoga Allah bersama kita.

p/s (iv) : lupa call mak ayah. ish! dah berapa hari tak dengar suara Alleya. budak mintak sepuk tu! geram sungguh gua!

p/s (v) : lagi 2 minggu wedding sepupu belah ayah pulak di Sunway. wah! musim kahwin!

p/s (vi) : photo dicurik dari FB abang bey. thank you ;)






19062012 ~ 10.36pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Monday, June 18, 2012

Natasha Helena

hai2, aku sebenarnya takde kerja hari ni... masing2 macam banyak kerja. kerja aku dari last week ialah cari soalan untuk latihan tubi pelajar KV. so disebabkan last week aku occupied untuk hari jumaat tu... aku tinggalkan kerja2 yang lain. tapi lesson plan aku siapkan cepat2 lah and hantar hari Khamis. komited takkkk? haha... dah 3 minggu aku tak hantar lesson plan sebenarnya. huhu... disebabkan busy dan malas jugak. adoyai! tak senonoh!

okay, tajuk aku... nama takmo gempak lagi kan? Natasha Helena. 3 months old. comel sangaaaatt dan very good girl. sangat2 baik. very independent. semoga membesar menjadi anak yang baik ya.


comel tak?? gemok tak untuk budak umur 3 bulan ni. aku pun terkejut tengok montel sangat budak kecik ni. haha... jatuh cinta pandang pertama. dan budak kecik ni sangat suka berbual. dah tak reti duduk diam. nangis? jauhhhh sekali. nangis time lapar je.


gerek tengah ngagah dia... sangat suka berbual. ei, geram kan? rasa nak gumpal2 dia and baling. comel sangaaaaat! macam nak gomol2 peluk2 sampai dia nangis then bagi kat mak dia suruh pujuk. hah! puas hati!






p/s (i) : afternook keluar bersama warden sekalian. jalan2 cari makan. laparnyaaaa....

p/s (ii) : beginning of the week. semoga minggu yang seronok. weeehuuuu!

p/s (iii) : 2nd day? new month. always new month :)






18062012 ~ 12.29pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Sunday, June 17, 2012

RODA - aku sedang di bawah

hai2 all... aku kini dah sampai asrama. tak penat sangat tapi yelah... kena kerja kan... dengan masalah kanak2 aspuri ni. aish... mentang2 aku dah lama tak marah. ish! kul 8pm nanti denda akan bermula. bagus jugak gerek bagi idea suruh diorang baca Surah Yasin ramai2 kat aspuri, bagi berkat dilindungi sikit kawasan ni. huhu...

okay, kenapa tajuk entri aku macam ni? hmmm... slow2 aku terangkan ya. dari keciklah aku cerita. huhu... aku cuba buat entri ini supaya readers tidak bosan membaca ya. baik! dari kecik, aku ni selalu dapat apa aku nak. as i have mentioned before, bukannya aku ni jenis meminta2. tapi tiba2 bendanya tersedia. paham tak maksud aku? kiranya, aku dah mintak pun daripada parents aku but diorang yang suka nak membelikan itu ini untuk kami adik beradik. yelah... adik beradik pun tak ramai kan...

okay, kegagalan pertama yang aku ingat, ialah ketika darjah 3. sebab aku selalu dapat nombor rendah2 (kira yang paling teror lah...) but then, akhir tahun darjah 3, result aku jatuh. aku dapat nombor almost 10. kat situ lah, pelajaran aku semakin corot. darjah 4, 5, 6 nombor aku mesti belas2 puluh2. haha... makayah selalu lah bising... ketika itulah baru rasa takut untuk tunjuk report kad pada parents. before2 ni tak pernah kan? huhu... alhamdulillah... UPSR straight A's.

ayoh ke Menengah Rendah pulak... time2 ni memang sentiasa lah takut nak tunjuk result exam kat makayah. nombor asyik buruuuukkk je! yelah, masuk sekolah pandai2 belaka, aku ni kategori average. until form 3 lah nyawa2 ikan nombor tu... tapi aku syukur jugaklah cikgu2 strict dengan markah2. tak pernah2 dapat banyak A dalam exam, PMR aku dapat 6A. dan aku rasa sekolah tu tak sesuai dengan sosial aku. mak sarankan aku pindah sekolah, aku setuju...

Menengah Atas. aku berazam kat diri takkan sia2 kan pendidikan aku tinggal 2 tahun kat sekolah. (ini betul eh, maybe orang pikir aku yeye je poyo berazam2 ni. tapi memang aku berjanji pada diri takmo ulang kesilapan PMR) dari form4 aku belajar sungguh2. dan alhamdulillah, it pays off. SPM aku paling tinggi dalam kelas. hehe... sedikit bangga. tapi hanya sebentar ajelah...

Matrikulasi. ini adalah kegagalan sejati aku. haha... masa tak boleh diputar balik. but di sini lah aku sangat gagal dalam hidup. setakat ni lah. huhu... aku banyak main. sangat banyak main. kalau nak tanya bila masa yang aku belajar, aku pun tak tahu bilaaa... haha... yang pasti, kat sini lah titik tolak susah permulaan hidup aku di universiti. dengan result yang teruk, mak ayah marah. seminggu mak tak bercakap dengan aku. dan akhirnya dilelong ke UTM jurusan yang aku tak mintak. jurusan yang aku tak minat. tapi... aku usaha untuk tukar jurusan. alhamdulillah berjaya ke TESL.

di TESL, aku berjanji belajar betul2. but selama 4 tahun surelah ada turun naik. syukur alhamdulillah... grad dengan pointer yang bolehlah... tak memalukannn... hehe... tapi... semua tu aku tak rasa lagi sebagai aku di bawah roda. itu hanyalah cabaran kecil hidup aku.

cabaran pertama : aku gagal interviu KPM. time ni... susah nak describe macam mana perasaan aku. aku down lama gile. anak2 murid yang selama ni aku rasa tak kisahkan apa aku rasa, sebenarnya caring jugak. huhu... ketika inilah baru aku rasa budak2 sayang aku. kikiki...

cabaran kedua : yang sedang aku alami sekarang. aku dah kahwin 8 bulan. orang dok tanya2 bila aku nak ada rezeki. adoyai... Allah belum nak bagi. agaknya, aku macam diorang ke? suka bertanya2 benda2 macam ni tanpa menghiraukan perasaan empunya diri? nauzubillah... pengajaran pada diri. 8 bulan ni aku ambil sebagai pengajaran. segala benda terjadi kan, ada hikmahnya. aku belajar jaga Alleya. belajar bersabar dengan kerenah dia. belajar cuci semua2. nauzubillah, berak susu busuk diaaaaa.... wuhuuu! tak tahan nyah! hehe... tapi rezeki kami masih belum tiba. maksudnya, ada benda lagi yang kami kena belajar.

cabaran ketiga : untuk keluarga aku. nauzubillah... aku rasa satu tamparan hebat. tak tahu nak describe macammana lagi perasaan kami. sebab tu 2 minggu ni aku restless. tapi syukur... setelah apa yang pernah mak lalui di Teknik Dagang 2 tahun dulu buat mak kuat. mak tak cepat melatah macam dulu. semuanya dia rujuk pada-Nya. bila dia tak tenang, kat tikar sejadah mak sepanjang malam. dan aku bersyukur keluarga kami pernah tempuh cabaran itu suatu ketika dahulu. Allah telah menyediakan kami untuk cabaran yang lebih besar rupanya... tahun di mana keluarga kami di bawah roda. semoga ada hikmahnya... mungkin bukan sekarang tapi everything happened for a reason.








p/s (i) : rasa sunyi tanpa anak2 murid Tasek yang telah lanjut belajar... kalian sihat2 kan?

p/s (ii) : terdetik semalam : lama tak tengok budak2 main bola. nak tengok Malaysia punya bola. taknak tengok EURO. tak dekat di hati. hehe...

p/s (iii) : aku harus kuat. untuk suami saya, saya senyum bukan untuk tipu awak. tapi untuk kuatkan hati saya. sebab tu petang semalam i tak tahan. hm, bila nak belanja shopping2 i?






17062012 ~ 8.49pm
atas lantai ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Wednesday, June 13, 2012

Paya Rumput Seafood Village

hai2 semua... aku sebenarnya kepenatan ni. semalam travel 3 negeri in 1 night. adoyai... dahlah puasa, tapi apakan daya. ini dugaan yang keluarga kami kena hadapi. moga2 kami semakin insaf dan dapat terima segalanya dengan tangan terbuka. currently still tired and banyak benda kena uruskan. but nak lapangkan sedikit kepala, rileks sebentar. lama dah tak taip blog kannn?

okay2, entri ini. nama pun dah tahu pasal kedai makan kan? ya, memperkenalkan... kedai makan milik suami saya. share dengan kawan2 dia. syukur alhamdulillah, tercapai jugak niat suami saya nak berbisnes. nak tunggu aku? adoi, memang takde dalam darah kot bisnes ni. huhu... so, serahkan kat suami ajelah... dan setelah 7 bulan, perniagaan semakin stabil. just perlu haluskan lagi pengurusan kedai itu. weeeee....

so inilah rupa kedai gerek saya... eh, macam tak jelas pulak kan? maaf, tak pandai tangkap gambar. hehe...


kedudukan kedai ini adalah di Paya Rumput. bersebelahan Cheng jalan menghala Alor Gajah. berada betul2 di tepi jalan. landmark nya adalah bustop. dan jugak betul2 bersebelahan dengan rumah tradisional Melaka. inilah dia.


ketika cuti sekolah 2 minggu haritu, aku setia di Melaka but jaranglah ke kedai. penat tu menunggu gerek sebab lama sangat. hehe... selalu dia balik 12.00am. lama kannn? dan satu hari ni, sambil menunggu, main dam haji dengan dia. hui, lama tak main tau! dan aku suka dam haji kedai gerek ni. sebab ia di dalam frame. so, cantik dan tahan lama. nampak antik jugak.


menu favourite aku kat kedai gerek ni, kailan ikan masin. huhu... order lah apa2 pun, mesti aku nak kailan ikan masin... takde tomyam pun takpe. asalkan ada kailan. hehe... bau dia... hui, mengancam!

jadi di sini, kawan2, marilah ramai2 ke kedai gerek. hehe... kalau tak puas hati, terus belasah dia! huhu... banyak lagi nak kena improve. so kritikan membina amat di alu2 kan.





p/s (i) : nervousnyaaaaa.... ish, ish... semoga jalan dipermudahkan...

p/s (ii) : esok petang balik JB. yeay! kesian Alleya nangis pagi tadi hantar Cik Yun pergi kerja.
p/s (iii) : okay, 2 hari tanpa kereta. dah terbiasa ada kereta, tiba2 takde kereta mesti adaaaaa je tiba2 nak kena keluar guna kereta. siapa pernah rasa macam ni? huhu... masa ada kereta, duduk tersadai bawah garaj. takde kereta, ada je nak kena uruskan benda2.

p/s (iv) : minggu ni aku di JB, gerek di Melaka. ohoooiii... cepatlah habis kerja!






13062012 ~ 11.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com