we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, June 13, 2012

Paya Rumput Seafood Village

hai2 semua... aku sebenarnya kepenatan ni. semalam travel 3 negeri in 1 night. adoyai... dahlah puasa, tapi apakan daya. ini dugaan yang keluarga kami kena hadapi. moga2 kami semakin insaf dan dapat terima segalanya dengan tangan terbuka. currently still tired and banyak benda kena uruskan. but nak lapangkan sedikit kepala, rileks sebentar. lama dah tak taip blog kannn?

okay2, entri ini. nama pun dah tahu pasal kedai makan kan? ya, memperkenalkan... kedai makan milik suami saya. share dengan kawan2 dia. syukur alhamdulillah, tercapai jugak niat suami saya nak berbisnes. nak tunggu aku? adoi, memang takde dalam darah kot bisnes ni. huhu... so, serahkan kat suami ajelah... dan setelah 7 bulan, perniagaan semakin stabil. just perlu haluskan lagi pengurusan kedai itu. weeeee....

so inilah rupa kedai gerek saya... eh, macam tak jelas pulak kan? maaf, tak pandai tangkap gambar. hehe...


kedudukan kedai ini adalah di Paya Rumput. bersebelahan Cheng jalan menghala Alor Gajah. berada betul2 di tepi jalan. landmark nya adalah bustop. dan jugak betul2 bersebelahan dengan rumah tradisional Melaka. inilah dia.


ketika cuti sekolah 2 minggu haritu, aku setia di Melaka but jaranglah ke kedai. penat tu menunggu gerek sebab lama sangat. hehe... selalu dia balik 12.00am. lama kannn? dan satu hari ni, sambil menunggu, main dam haji dengan dia. hui, lama tak main tau! dan aku suka dam haji kedai gerek ni. sebab ia di dalam frame. so, cantik dan tahan lama. nampak antik jugak.


menu favourite aku kat kedai gerek ni, kailan ikan masin. huhu... order lah apa2 pun, mesti aku nak kailan ikan masin... takde tomyam pun takpe. asalkan ada kailan. hehe... bau dia... hui, mengancam!

jadi di sini, kawan2, marilah ramai2 ke kedai gerek. hehe... kalau tak puas hati, terus belasah dia! huhu... banyak lagi nak kena improve. so kritikan membina amat di alu2 kan.





p/s (i) : nervousnyaaaaa.... ish, ish... semoga jalan dipermudahkan...

p/s (ii) : esok petang balik JB. yeay! kesian Alleya nangis pagi tadi hantar Cik Yun pergi kerja.
p/s (iii) : okay, 2 hari tanpa kereta. dah terbiasa ada kereta, tiba2 takde kereta mesti adaaaaa je tiba2 nak kena keluar guna kereta. siapa pernah rasa macam ni? huhu... masa ada kereta, duduk tersadai bawah garaj. takde kereta, ada je nak kena uruskan benda2.

p/s (iv) : minggu ni aku di JB, gerek di Melaka. ohoooiii... cepatlah habis kerja!






13062012 ~ 11.03am
meja aku ~ bilik guru-KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com