we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, June 17, 2012

RODA - aku sedang di bawah

hai2 all... aku kini dah sampai asrama. tak penat sangat tapi yelah... kena kerja kan... dengan masalah kanak2 aspuri ni. aish... mentang2 aku dah lama tak marah. ish! kul 8pm nanti denda akan bermula. bagus jugak gerek bagi idea suruh diorang baca Surah Yasin ramai2 kat aspuri, bagi berkat dilindungi sikit kawasan ni. huhu...

okay, kenapa tajuk entri aku macam ni? hmmm... slow2 aku terangkan ya. dari keciklah aku cerita. huhu... aku cuba buat entri ini supaya readers tidak bosan membaca ya. baik! dari kecik, aku ni selalu dapat apa aku nak. as i have mentioned before, bukannya aku ni jenis meminta2. tapi tiba2 bendanya tersedia. paham tak maksud aku? kiranya, aku dah mintak pun daripada parents aku but diorang yang suka nak membelikan itu ini untuk kami adik beradik. yelah... adik beradik pun tak ramai kan...

okay, kegagalan pertama yang aku ingat, ialah ketika darjah 3. sebab aku selalu dapat nombor rendah2 (kira yang paling teror lah...) but then, akhir tahun darjah 3, result aku jatuh. aku dapat nombor almost 10. kat situ lah, pelajaran aku semakin corot. darjah 4, 5, 6 nombor aku mesti belas2 puluh2. haha... makayah selalu lah bising... ketika itulah baru rasa takut untuk tunjuk report kad pada parents. before2 ni tak pernah kan? huhu... alhamdulillah... UPSR straight A's.

ayoh ke Menengah Rendah pulak... time2 ni memang sentiasa lah takut nak tunjuk result exam kat makayah. nombor asyik buruuuukkk je! yelah, masuk sekolah pandai2 belaka, aku ni kategori average. until form 3 lah nyawa2 ikan nombor tu... tapi aku syukur jugaklah cikgu2 strict dengan markah2. tak pernah2 dapat banyak A dalam exam, PMR aku dapat 6A. dan aku rasa sekolah tu tak sesuai dengan sosial aku. mak sarankan aku pindah sekolah, aku setuju...

Menengah Atas. aku berazam kat diri takkan sia2 kan pendidikan aku tinggal 2 tahun kat sekolah. (ini betul eh, maybe orang pikir aku yeye je poyo berazam2 ni. tapi memang aku berjanji pada diri takmo ulang kesilapan PMR) dari form4 aku belajar sungguh2. dan alhamdulillah, it pays off. SPM aku paling tinggi dalam kelas. hehe... sedikit bangga. tapi hanya sebentar ajelah...

Matrikulasi. ini adalah kegagalan sejati aku. haha... masa tak boleh diputar balik. but di sini lah aku sangat gagal dalam hidup. setakat ni lah. huhu... aku banyak main. sangat banyak main. kalau nak tanya bila masa yang aku belajar, aku pun tak tahu bilaaa... haha... yang pasti, kat sini lah titik tolak susah permulaan hidup aku di universiti. dengan result yang teruk, mak ayah marah. seminggu mak tak bercakap dengan aku. dan akhirnya dilelong ke UTM jurusan yang aku tak mintak. jurusan yang aku tak minat. tapi... aku usaha untuk tukar jurusan. alhamdulillah berjaya ke TESL.

di TESL, aku berjanji belajar betul2. but selama 4 tahun surelah ada turun naik. syukur alhamdulillah... grad dengan pointer yang bolehlah... tak memalukannn... hehe... tapi... semua tu aku tak rasa lagi sebagai aku di bawah roda. itu hanyalah cabaran kecil hidup aku.

cabaran pertama : aku gagal interviu KPM. time ni... susah nak describe macam mana perasaan aku. aku down lama gile. anak2 murid yang selama ni aku rasa tak kisahkan apa aku rasa, sebenarnya caring jugak. huhu... ketika inilah baru aku rasa budak2 sayang aku. kikiki...

cabaran kedua : yang sedang aku alami sekarang. aku dah kahwin 8 bulan. orang dok tanya2 bila aku nak ada rezeki. adoyai... Allah belum nak bagi. agaknya, aku macam diorang ke? suka bertanya2 benda2 macam ni tanpa menghiraukan perasaan empunya diri? nauzubillah... pengajaran pada diri. 8 bulan ni aku ambil sebagai pengajaran. segala benda terjadi kan, ada hikmahnya. aku belajar jaga Alleya. belajar bersabar dengan kerenah dia. belajar cuci semua2. nauzubillah, berak susu busuk diaaaaa.... wuhuuu! tak tahan nyah! hehe... tapi rezeki kami masih belum tiba. maksudnya, ada benda lagi yang kami kena belajar.

cabaran ketiga : untuk keluarga aku. nauzubillah... aku rasa satu tamparan hebat. tak tahu nak describe macammana lagi perasaan kami. sebab tu 2 minggu ni aku restless. tapi syukur... setelah apa yang pernah mak lalui di Teknik Dagang 2 tahun dulu buat mak kuat. mak tak cepat melatah macam dulu. semuanya dia rujuk pada-Nya. bila dia tak tenang, kat tikar sejadah mak sepanjang malam. dan aku bersyukur keluarga kami pernah tempuh cabaran itu suatu ketika dahulu. Allah telah menyediakan kami untuk cabaran yang lebih besar rupanya... tahun di mana keluarga kami di bawah roda. semoga ada hikmahnya... mungkin bukan sekarang tapi everything happened for a reason.








p/s (i) : rasa sunyi tanpa anak2 murid Tasek yang telah lanjut belajar... kalian sihat2 kan?

p/s (ii) : terdetik semalam : lama tak tengok budak2 main bola. nak tengok Malaysia punya bola. taknak tengok EURO. tak dekat di hati. hehe...

p/s (iii) : aku harus kuat. untuk suami saya, saya senyum bukan untuk tipu awak. tapi untuk kuatkan hati saya. sebab tu petang semalam i tak tahan. hm, bila nak belanja shopping2 i?






17062012 ~ 8.49pm
atas lantai ~ bilik aku-kediaman warden KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com