we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, June 21, 2011

mode : merindui angels kecilku =)

hai2 korang... aku update di sekolah ni. kelas dah habis. hari ni ada 3 masa aje. huhu... heaven sungguh sekolah ni. jadual lama aku ada 22 masa pun diorang dah panik sebab masa yang aku dapat ialah terbanyak antara guru2 di situ. sebab selalunya maximum 20 masa aje. so, jadual baru ni, aku dapat 20 masa je. weee... sempat lah nak beronggeng2. jalan2 melawat kawasan bersama housemates. haha... memang kami ni contoh2 guru yang kurang matang. haha... age is just a number. seriously speaking!



okay2, hari ni aku nak update pasal anak2 buah kesayangan aku. weee... lately ni merindui mereka. teringat2 mereka sentiasa. nak call but asyik terlupa aje. huhu... konon nak call malam, last2 lupa. eceh Cik Luyun ni! takpe2, saya cuba menalipon mereka malam ni. huhu... nak dengar story Diena, apa dia nak story kali ni. oh, buah hatiku yang becok itu! okay, mari lihat picture mereka yang amat cute! ohoi... cair hati Cik Luyun melihatnya! cayang korang ni budak bucuk2 ni!




okay, Cik Luyun bersama Diena. geramnya kanak2 ini! tak reti duduk diam dan amat suka bergambar. dia sebut perkataan, "cekik" gambar. bunyi kamera clicking tu.




dan this is my hero. Aqiel Ilham. yang ni lagi menggeramkan. dahlah tembam! jinak2 merpati. Ciyunnnnn... Ciyunnnn... last jumpa dia aku saja2 panggil, "Aaaaaaaqqqqqiiiiiiieeeeellllll..." (nada manja gile hokay!) dia balas... "iiyyyyeeeee...." mata tak lari dari handphone abah dia. main game apa2 entah. if kacau dia, "Adik main ball ni!"




weee... happy tahu ada anak2 sedara. walaupun they are not my flesh and blood, still i love them unconditionally. special place in my heart. seriously love them so much! if aku tahu diorang nak datang, punyalah melonjak2 keriangan. tak sabar rasanya nak tunggu diorang sampai. huhu... Cik Luyun doakan kalian menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti pada mama dan abah. do not question our relationship. you guys are my niece and nephew. (perrgghhh... serious rasa nak nangis bila taip ayat2 berkenaan...)







p/s (i) : solve one problem, but there's alot more in line. kerja banyak, aku sebok menaip blog. haha... i love my blog. addicted to According To Yanna.


p/s (ii) : sedang mendengar lagu Menyesal by Ressa Herlambang. teringat 2 orang. sorang yang memperkenalkan lagu itu kepadaku bila dia letak sebagai lagu di blognya. sorang lagi peminat lagu tersebut. haha...


p/s (iii) : people starts questioning why on earth one of my students only get 3% in his mid year exam. hmmmm... hmmm... hmm........


p/s (iv) : gerekku cayang... jangan kamu demam! kena kuat strong the strong okay! i love you. yesterday today tomorrow. genap 4 bulan.












21062011 ~ 12.07pm

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Sunday, June 19, 2011

movies review ~ Nur Kasih, Kungfu Panda, KL Gangster


hai2 you all... weee... hari ni macam nak update 2 entri pulak. mentara ada masa ni kan. hehe... kang seminggu busy dah tak bukak blog dah. hari ni ke Kluang Parade beli barang2 dapur. dah kosong sudah peti sejuk. plus kononnya esok nak puasa. huhu... mampukah aku? hari tu masa kat rumah still okay2 lagi. kira takdelah terkejut sangat. but ni puasa di sekolah ni. mampukah aku? saya pasti dapat lakukan!! insyaAllah.


okay2, hari ni nak update pasal movies. the first movie aku nak review ialah, Nur Kasih The Movie. huhu... tak plan lama. agak2 nak tengok wayang terus g Kluang Mall. tapi Cik Edayati nak tengok Fast and Furious 5 pulak. so kami ambil wayang yang masa lebih2 kurang. dia masuk dulu tapi kitorang yang keluar wayang dulu. huh!



baik! Nur Kasih ya? starting dia biasalah, still blur. rupanya ada kematian. ingatkan accident ke apa sebab aidil jadi gagap membaca Yasin. haha... kot2 effect from the accident. tapi tulah, part happy nya sekejap aje. masa Nur mengandung and menunjukkan betapa sweetnya pasangan tersebut. aku kureng puas hati sebab banyak sedih. huhu... awal2 lagi part masa tunjuk Aliya mati dah sedih. aku dahlah tengok dengan Shahida. minah ni awal2 lagi dah nangis. huhu... after gugur sedih, then pergi Jeddah macam tegang je keadaan. dengan mimpi Adam nampak Nur kena tembak. kemudian accident keretapi tu... kemudian Adam hilang, kemudian Adam sakit. kemudian Nur mengandung and kena handle syarikat sorang2. tak ke macam dramatik je rasa? part gembira sekejap sangat. huhu... tapi paling tak boleh blah part ada lalat kat kepala Nur. haha... aku dengan Shahida memang gelak besar dalam panggung tersebut. huhu... overall, cerita dia best. a bit short. macam tak puas tengok.



okay, cerita kedua ialah Kungfu Panda... ohoi... cerita ni aku sedikit sedih. sebabnya... aku tengok tak habis! wuwuwuwu... rugi2. yeye lah hari tersebut nak jalan2 dengan gerek then berbuka bersama. (ni agaknya dahlah puasa, tengok wayang pulak). tapi disebabkan nak tengok sangat, gigih ke CS masa cuti sekolah hari tu. aku review setakat yang aku tengok lah ek. movie kali ni macam merungkai sejarah Po. kenapa Panda semakin pupus. huhu... mengikut ramalan, pemerintah Peacock tu akan dikalahkan oleh seekor panda. so dia bunuh segala panda di negera China tersebut. tapi terlepas seekor. yang akhirnya dijumpai oleh seekor angsa. huhu... tiba2 Po macam dapat bayangan tentang kejadian bunuh membunuh tu. sebab time tu dia kecik lagi. akhirnya dia confront bapak dia si angsa tu dan mendapat tahu dia anak angkat. part kelakar bila dia bagitau tigress yang dia anak angkat. haha... pasti2 lah semua orang tahu dia anak angkat. takkanlah bapak angsa, anak panda pulak. huhu... kemudian musuh terbesar dia sebenarnya adalah........... TANGGA! haha... comel2. dan akhirnya... aku keluar panggung. uhuk2... tapi secara keseluruhan, dapat tengok sikit pun dah tahu yang cerita ni amat best!


okay, cerita ketiga yang aku tonton ialah KL Gangster. hui, ganas gile okay! macam tak percaya masa nak tengok cerita ni. mula2 nak tengok X-Men. tapi tulah, pandai sangat tak tengok waktu tayangan. dah terlepas. so akhirnya memilih untuk menonton cerita ini. he... mula dia as usual, mewujudkan sedikit ketegangan. kemudian, zizan masuk. weee... dia amat kelakar okay! Abang Long Dil! hehe... banyaklah adegan2 dia yang kelakar2. dan aku amat bersyukur dia ada if not aku dok pejam mata ajelah. serius, cerita KL Gangster ganas! menakutkan. bagi aku yang lemah lembut nilah kan. haha... suka part diorang berlawan. adegan2 dia nampak real. and Malek memang total pailang lah. even yang paling teror pun kalah dengan dia. sebab tulah dia disegani, di takuti dan juga menjadi target. huhu... biasalah bila dah hebat sure orang nak hapuskan. sebab mereka nak jadi yang terhebat. tapi bagus Malek ni, even samseng pun... sayang family amat2 cangat. he... overall aku mengucapkan tahniah kepada Syamsul Haslam sebab berjaya membawa filem Melayu ke peringkat lebih tinggi. best2!



weee.... then julai ni amat banyak cerita2 best mahu keluar. Transformer keluar akhir June ni. Harry Potter. then apa lagi ek? banyaklah. yang penting tak sabar tunggu Harry Potter. agak2 Twilight ada sambungan tak tahun ni? lama benor tak tengok Twilight.











p/s (i) : malam ni di request nak study. hmm... malasnya nak ke DM. hmmm... adoi...


p/s (ii) : bila nak kurus ni! letihlah diet tapi asyik tak menjadi aje. huhu...


p/s (iii) : adoi rimaslah mamat ni! i prefer attending boys than man like you! oh i love my kids!


p/s (iv) : gambar2 di atas mengambil model Cik Shahida Hani. jika berminat boleh menghubungi saya. huhu... gambar KL Gangster tiada sebab dia tak bergambar dengan posternya. haha...













19062011 ~ 7.52pm

rumah aku ~ depan tv-kediaman SMVK

Hari Outing bersama anak2!

hai2 kalian... weee... minggu pertama naik cuti sekolah. takdelah hectic sangat tapi agak banyak kerja yang perlu diselesaikan yang sepatutnya aku selesaikan ketika cuti sekolah hari tu. haha... serius, pemalas sungguh bila time2 cuti. bukan kanak2 aje pemalas. cikgu2 pun sama. sebabnya... tekanan pada guru2 extra lebih compare pada mereka ya! heh!






okay2, hari ni seperti yang telah dijanjikan, aku nak cerita pasal outing bersama anak2 angkat. he... pada Hari Wesak bulan lepas. huhu... lambat gile updatenya kan? maaf, maaf... amat busy ye sekarang ni. plus, masa nak update pasal outing ni, tiba2 dapat kad ucapan yang amat terharu aku mendapatnya! gembira! ohoi... okay2, let's start the story. sehari selepas Hari Guru kan Wesak Day, so aku and Shida decide nak bawak anak2 jalan2. eh lupa nak tunjuk hadiah aku dapat sempena Hari Guru. dari anak. gembira gile! cun kan kad nya? aku dapat tudung kaler yang memang favourite aku. thanks Ajik!



okay, diteruskan ceritanya, selepas Zohor, kami menculik anak 2 orang membawa makan ke Kluang Mall. makan2 taking2 picture. Mummy Shida bersama anaknya; Farid Farhan. he... anak aku jenis pemalu nak bergambar. plus, angle pengcahayaan tak cantik pula gambar kitorang. makan di SR. weee... Mama order untuk Ajik.



kemudian, selepas kenyang2, nak ke mane lagi ek? konon nak menonton wayang, tapi di batalkan. so keputusannya, ke Kluang Parade nak main bowling. yeay! contact2 Bonda Yatt, suruh dia datang bawak anak jugak. so, 3 pasangan ibu dan anak berentap.


Bonda Yatt bersama Dayat. tak boleh blah kalau dengan dayat ni, "Teacher, saya sweet kan?" huhu... tapi kenyataannya, dia memang sweet.



Mama Eliyana bersama Haziq. he... dia segan nak bergambar. tapi selepas digesa2 mahu juga akhirnya. huhu... ayat aku pancing, "Nanti mama nangis, mama sedih" dia sure kalah. hehe...



anak2 kami. he... Haziq, Dayat, Farid. mereka amat sweet okay! cayang mereka amat!












p/s (i) : huhu... if korang perasan, aku terlupa tulis p/s pada entri kad ucapan tu. huhu... gile excited tu dapat kad tu sampai lupa nak tulis. hehe... thank you dearest students!


p/s (ii) : tadi haziq bagi air. weee... the thought that counts. even benda dia simple2 je, tapi at least dia ingat kat aku. homework aku bagi pun dia siap. process is more important than product. that's my principle.


p/s (iii) : hari ni ada makan2 bersama MPP asrama SMVK. bawak mereka keluar membeli sekejap lagi. edot ke mane entah. hope everything is okay.


p/s (iv) : gerek sudah pulang! weee... windu banget!


p/s (v) : tahniah anak2 Liga KPM menang mengalahkan Sekolah Sukan Negeri Sabah. 2-0. so proud of you guys!












19062011 ~ 11.31am

rumah aku - depan tv~kediaman warden SMVK

Friday, June 10, 2011

my sweet football kids

weee... hati masih berbunga2... gembira. amat gembira... aku dapat kadddd! special kad! huhu... anak2 aku bagi... uwaaa... gile mahu menangis rasa. u guys tahulah... diorang budak2 bola perangai macam mane. tappiiii... aku dapat kadddd... kad special... uwaaaa... memang menangis lah. excited gile bila dapat tahu diorang nak bagi kad. pagi2 lagi dah msg Ali. nak amik kad istimewa hak milik kekal teacher eli! nak framekan lah! macam mane ya??







sorry readers, aku tak buat introduction terus redah aje pasal dapat kad tu. he... and sorry again. aku promise nak update pasal outing dengan anak2 angkat kan? looks like it has to wait. sebab hati sedang bunga2 selepas mendapat kad. weeee... gile gembira! cover woo... nak nangis. takkan nak nangis depan cikgu Ali. haha... nak tengok kadnya??



ha, special tak? ini di atas box pizza. he... tak sangka anak2 murid yang otai2 belaka hati penuh taman2 bunga ros, daisy, kenanga, lily, melur, melati, dahlia, bunga raya. haha...


okay, kredit to Cikgu Ali Asyraf. thank you for the pictures you sent! okay, teacher tak upload gambar2 korang yang kurang2 kain tu. haha... yang cukup kain teacher upload! bila dapat gambar ni, serius teruja! tak sabar2 nak bangun pagi nak ambil kad special tersebut! weee...





inilah pemain2 bola KPM negeri Johor. segak kan mereka?





gambar tak formal. cute kan??? weee... buah hati pengarang jantung teacher! love you all so much!








ha, tunjuk sikit tiket kalian menonton KL Gangster! Gemok muka berlagak pulak. haha... Aben tu... sopan budaknya. lihatlah cara dia berdiri. hehe...













10062011 ~ 11.19pm



bilik aku ~ rumah IE

Monday, June 6, 2011

Introducing : My Foster Son!

hai2 you all... currently, aku sangat mengantuk. yelah, bangun pagi2. hati belom tenang betul lagi. huhu... tapi alhamdulillah... ni dah okay. Ya Allah, kenapa lah aku rasa macam ni agaknya. Dia nak suruh aku dekatkan diri pada Dia kot. Ampunkan aku Ya Allah... mungkin banyak sangat dalam kepala ni. tu yang jadi macam ni. pikir yang itu, pikir yang ini. dah tidur lewat, bangun pulak pagi2. nyenyak tak nyenyak tidur. adoyai... tapi sekarang, hati sudah kembali okay. he...


okay, entri kali ni aku nak story2 pasal anak angkat yang aku dapat di SMVK. actually nama program ni Program Mentor Mentee. setiap guru akan mendapat seorang pelajar yang agak lemah dalam pelajaran. tugas guru2 ialah membimbing pelajar2 ni. targetnya supaya mereka lulus dalam semua pelajaran. tak ada subjek yang gagal lah. dan also, guru sebagai mentor. kalau pelajar2 ada masalah, bolehlah jumpa mak atau ayah angkat. haha... kasihan bagi mereka2 yang mendapat ayah angkat lah. mane nak hirau sangat kan?? huhu... daaaannnn... memperkenalkan, anak angkat saya!



MOHAMMAD HAZIQ BIN NORASAN


hmm... macamane nak mula describe budak ni ek. dia ni anak murid aku. 5 KFL (Kimpalan Fabrikasi Logam). mula2 masuk dah suka tengok dia. sebabnya dia ada lesung pipit. very deep ya i tell you. then kalau gelak sure hilang mata2 semua. hehe... and dalam kelas, serius je. tak macam budak2 lain, main2 and tidur. so, penyejuk hati dalam kelas lah.

insiden yang macam bagi impak kat aku ialah ketika masa awal2 dapat dia as anak angkat, tiba2 dapat tahu ada kes gaduh kat aspura. tersentap time tu. terasa macam haziq terlibat. sekali betuuuullll... nauzubillah, aku punyalah tak tentu arah. budak tu boleh pulak pergi main2 ragbi. sebab time tu time MSSD dan also KAT. jadi busy training semualah. gaduh besar jugaklah. tapi bila jumpa budak ni, rilek je muka dia. hmm... tapi lepas tu aku amat berjaga2 lah. and pesan kat dia banyak kali, JANGAN GADUH! if terasa tak tahan nak gaduh, larilah ke mana2 pun. aii...

then tiba2 satu hari... budak kelas aku datang masuk bilik guru. "Teacher, ni haziq bagi. dia malu nak bagi sendiri". waaaa... dia bagi roti. walaupun hanya roti, the thoughts that count. lama woo aku simpan takmo makan roti tu. sayang... haha... bila nak ke KAT di Segamat, aku bawak budak2 debat. dia ragbi naik bas. aku drive kereta. dia pesan kat budak2 debat, "Bagitau mama aku, suruh drive kereta elok2." seorang datang bawak roti dengan pesanan itu... then tak sampai 10 minit seorang lagi datang membawa coklat pulak dengan pesanan yang sama. huhuu... sweet kan anak aku?

banyak lagilah pasal anak aku ni aku nak cerita... huhu... tapi kang tak cukup muka surat pulak. nanti aku update pasal entry a day out with foster sons. kami warden2 yang vogue de vass bawak anak2 outing. haha... pergi makan2 and main boling. haha... kenangan betul! dayat yang amat kelakar!











p/s (i) : currently kat opis ayah. sedang menunggu mak. bosannya... plus puasa. oh, nak berbuka apa ya?

p/s (ii) : maybe inilah penyebabnya hati tak tenang semalam. kena ber'tranquilise lagi ni... semoga orang2 yang kusayangi berada dalam rahmat-MU ya Allah...

p/s (iii) : adoyai, planning semua lari... rindu anak2 bola aku!

p/s (iv) : gerek busy 2 minggu ni... oh yayang, jangan abaikan i okay!








06062011 ~ 4.11pm
Wisma Kastam JB - opis ayah

Sunday, June 5, 2011

Lunch at TGIF One Utama!

hello2 korang... maaf, aku pernah berjanji nak update selalu ketika cuti sekolah ni. tapi who know's, cuti sekolah pun aku busy. huhu... busy buat apa benda entah. benda merapu2 lah. sebabnya, kerja2 sekolah tak sentuh lagi. analisis tak siap lagi. adoyai... banyak bendalah dalam kepala ni! tapi last week aku dok berjalan je... dari pagi sampai petang. lagilah bila gerek cuti Khamis and Jumaat. lagi galak aku berjalan. haha... tapi at least bermotif lah.





okay, back to basic! aku nak story pasal makanan! yeay! tapi... ada slek sikit, sebabnya, benda ni dah lama terjadi. so aku lupa apa nama makanan2 ni... uhuk2... maafkan aku wahai kalian. takpe, next time if aku pergi, aku ambil nama dia sungguh2 ye! ni aku nak story kejadian pada 8 Mei 2011, bersamaan Hari Ahad. gaji dah masuk. so... menderulah kami ke KL. tujuan utama ke Ikea. hehe... sampai2 Ikea tepat 10am. konon2 nak makan meatball. tapi belom siap. ah, lambat sangat nak siap, after shopping2 situ, terus ke One Utama. dekat aje...


picture kami di Ikea. aku tahu perut tu macam ada isi... sumpah, serius, yang ada hanyalah isi2 sisa2 kelmarin. haha... sebab gambar ni di tangkap ketika belum breakfast pun!



okay, di One Utama, shop for perfume and handbag! yeay! dapat apa yang di ingini. suka gile, tersenyum lebar aku. gerek aku kepenatan. perut tu cover sikit yang! haha...



dah pusing punya pusing, okay! lapar teramat! nak makan Chilli's sebenarnya, tapi beratur kena tunggu 20 minit. ohoi... tak sanggup dah perut ni menanti! so pusing punya pusing, nampak TGI Friday's. terus masuk dan order. so inilah makanan kami... maaf, tiga2 lupa nama dia. yang penting tengah tu appentiser; kentang and mushroom. aku punya nasi and ayam. gerek punya kentang and ayam. and ada udang jugak. udang dia sedap wooo... huhu... tapi overall, tak puas hati. macam tak kena dengan tekak. tapi alhamdulillah, kenyang. he...



picture of the day, kasut yang aku sangat berkenan! weee... kenapa hanya ada untuk kanak2. if ada untuk dewasa, aku memang dah beli. haha... cute, cantik! aku mahu! Emilio Valentino, please design these kinds of shoes for adult pleaseeeeeeeeee!











p/s (i) : macam sedih pulak rasa gerek nak balik Melaka... macam tak bagi dia balik. hmmm...


p/s (ii) : perut ni berbunyi2 dari tadi. dah kenyang awat bunyi2 lagi ni... tengok gambar2 ni kot. haha...


p/s (iii) : genap seminggu je lagi, aku akan kembali ke Kluang... adoi... malasnya... adoi... nak bercuti... adoi...


p/s (iv) : semakin excited dan semakin gerun.









05062011 ~ 4.27pm

rumah IE ~ bilik aku

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com