we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, June 19, 2011

movies review ~ Nur Kasih, Kungfu Panda, KL Gangster


hai2 you all... weee... hari ni macam nak update 2 entri pulak. mentara ada masa ni kan. hehe... kang seminggu busy dah tak bukak blog dah. hari ni ke Kluang Parade beli barang2 dapur. dah kosong sudah peti sejuk. plus kononnya esok nak puasa. huhu... mampukah aku? hari tu masa kat rumah still okay2 lagi. kira takdelah terkejut sangat. but ni puasa di sekolah ni. mampukah aku? saya pasti dapat lakukan!! insyaAllah.


okay2, hari ni nak update pasal movies. the first movie aku nak review ialah, Nur Kasih The Movie. huhu... tak plan lama. agak2 nak tengok wayang terus g Kluang Mall. tapi Cik Edayati nak tengok Fast and Furious 5 pulak. so kami ambil wayang yang masa lebih2 kurang. dia masuk dulu tapi kitorang yang keluar wayang dulu. huh!



baik! Nur Kasih ya? starting dia biasalah, still blur. rupanya ada kematian. ingatkan accident ke apa sebab aidil jadi gagap membaca Yasin. haha... kot2 effect from the accident. tapi tulah, part happy nya sekejap aje. masa Nur mengandung and menunjukkan betapa sweetnya pasangan tersebut. aku kureng puas hati sebab banyak sedih. huhu... awal2 lagi part masa tunjuk Aliya mati dah sedih. aku dahlah tengok dengan Shahida. minah ni awal2 lagi dah nangis. huhu... after gugur sedih, then pergi Jeddah macam tegang je keadaan. dengan mimpi Adam nampak Nur kena tembak. kemudian accident keretapi tu... kemudian Adam hilang, kemudian Adam sakit. kemudian Nur mengandung and kena handle syarikat sorang2. tak ke macam dramatik je rasa? part gembira sekejap sangat. huhu... tapi paling tak boleh blah part ada lalat kat kepala Nur. haha... aku dengan Shahida memang gelak besar dalam panggung tersebut. huhu... overall, cerita dia best. a bit short. macam tak puas tengok.



okay, cerita kedua ialah Kungfu Panda... ohoi... cerita ni aku sedikit sedih. sebabnya... aku tengok tak habis! wuwuwuwu... rugi2. yeye lah hari tersebut nak jalan2 dengan gerek then berbuka bersama. (ni agaknya dahlah puasa, tengok wayang pulak). tapi disebabkan nak tengok sangat, gigih ke CS masa cuti sekolah hari tu. aku review setakat yang aku tengok lah ek. movie kali ni macam merungkai sejarah Po. kenapa Panda semakin pupus. huhu... mengikut ramalan, pemerintah Peacock tu akan dikalahkan oleh seekor panda. so dia bunuh segala panda di negera China tersebut. tapi terlepas seekor. yang akhirnya dijumpai oleh seekor angsa. huhu... tiba2 Po macam dapat bayangan tentang kejadian bunuh membunuh tu. sebab time tu dia kecik lagi. akhirnya dia confront bapak dia si angsa tu dan mendapat tahu dia anak angkat. part kelakar bila dia bagitau tigress yang dia anak angkat. haha... pasti2 lah semua orang tahu dia anak angkat. takkanlah bapak angsa, anak panda pulak. huhu... kemudian musuh terbesar dia sebenarnya adalah........... TANGGA! haha... comel2. dan akhirnya... aku keluar panggung. uhuk2... tapi secara keseluruhan, dapat tengok sikit pun dah tahu yang cerita ni amat best!


okay, cerita ketiga yang aku tonton ialah KL Gangster. hui, ganas gile okay! macam tak percaya masa nak tengok cerita ni. mula2 nak tengok X-Men. tapi tulah, pandai sangat tak tengok waktu tayangan. dah terlepas. so akhirnya memilih untuk menonton cerita ini. he... mula dia as usual, mewujudkan sedikit ketegangan. kemudian, zizan masuk. weee... dia amat kelakar okay! Abang Long Dil! hehe... banyaklah adegan2 dia yang kelakar2. dan aku amat bersyukur dia ada if not aku dok pejam mata ajelah. serius, cerita KL Gangster ganas! menakutkan. bagi aku yang lemah lembut nilah kan. haha... suka part diorang berlawan. adegan2 dia nampak real. and Malek memang total pailang lah. even yang paling teror pun kalah dengan dia. sebab tulah dia disegani, di takuti dan juga menjadi target. huhu... biasalah bila dah hebat sure orang nak hapuskan. sebab mereka nak jadi yang terhebat. tapi bagus Malek ni, even samseng pun... sayang family amat2 cangat. he... overall aku mengucapkan tahniah kepada Syamsul Haslam sebab berjaya membawa filem Melayu ke peringkat lebih tinggi. best2!



weee.... then julai ni amat banyak cerita2 best mahu keluar. Transformer keluar akhir June ni. Harry Potter. then apa lagi ek? banyaklah. yang penting tak sabar tunggu Harry Potter. agak2 Twilight ada sambungan tak tahun ni? lama benor tak tengok Twilight.











p/s (i) : malam ni di request nak study. hmm... malasnya nak ke DM. hmmm... adoi...


p/s (ii) : bila nak kurus ni! letihlah diet tapi asyik tak menjadi aje. huhu...


p/s (iii) : adoi rimaslah mamat ni! i prefer attending boys than man like you! oh i love my kids!


p/s (iv) : gambar2 di atas mengambil model Cik Shahida Hani. jika berminat boleh menghubungi saya. huhu... gambar KL Gangster tiada sebab dia tak bergambar dengan posternya. haha...













19062011 ~ 7.52pm

rumah aku ~ depan tv-kediaman SMVK

2 comments:

Anonymous said...

hurm.... X-Men saya tonton 2 kali, Kung Fu Panda 2 kali 3D. KL Gangster sekali, Nur Kasih tiada kali. ngeh3x...

yanna yazed said...

weeee... X-Men belom tonton. cikgu ali mencolek kanak2 kan? haha... hish! nak kena tengok transformer ni!

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com