we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday :)

my soulmate. camwhore after legally as husband and wife. i love you.


22OKTOBER2011



20OKTOBER2011



6NOVEMBER2011



13DISEMBER2011



16DISEMBER2011








p/s (i) : okay, saya nak makan nasi arab. nak!

p/s (ii) : rindu gerek. noktah.

p/s (iii) : lambat lagi ke jumaat? minggu depan kursus ke KL. is it KL?

p/s (iv) : banyak sangat kerja tertangguh. adoyai!

p/s (v) : misi macam gagal... hmm... apakan daya... hanya mampu berserah.









28032012 ~ 9.35pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Tuesday, March 27, 2012

Manusia Suka Kerja

hai2, mood tak betul. tak payah intro eh. tengok tajuk entri aku, MANUSIA SUKA KERJA. memang ada manusia yang workoholic. yang buat kerja tak ingat waktu. but manusia yang aku nak tekankan kat sini berbeza sikit. kerja yang dia buat ni macam akan melibatkan manusia2 lain. kalau nak rajin sorang2, lantak kaulah kannn? tapi idea2 and kerja2 yang disarankan oleh manusia ini akan menyusahkan manusia2 lain. sangat baran!

senang kata aku direct jelah eh. malas nak kias2. yelah, mentang2 aku cikgu baru, takkan aku ni takde perasaan boleh di tolak sana sini kan?


kisahnya bermula 5S sekolah yang kena berpindah bilik guru. mula2 semua kecoh takmo pindah, aku pun takmo lah... aku sayang tempat duduk aku. dah best, selesa, seronok. segalalah. but bila terpaksa, pindah lah jugak. aku dapat tempat yang best. learn to love the place. dah aku selesakan diri tiba2 terpampang di papan putih 'Cadangan Plan Bilik Guru 2'. ewah, siapa punya idea sedap2 nak pindah2 kan orang ni? kalau kat Bilik Guru 1, KITORANG BERBINCANG. ini veto pulak! okaylah dia tulis CADANGAN. so aku berhak tak setuju kan?

masalahnya dari sejak plan ni keluar until sekarang, kitorang panitia BI tak diminta pendapat pun. tapi pagi tadi dia boleh tegur seorang cikgu lelaki ni, "Azman, Azman... nanti Azman tukar tempat duduk eh. duduk tempat Eliyana." hamboi! depan haku pulak tu. macam aku tak wujud. habis tu aku duduk mana? seperti yang kau sarankan? ada tanya pendapat aku? plus, plan yang kau cadangkan itu sangat MENGARUT! semua orang perlu berganjak? menyusahkan.

jangan pikir aku junior, aku terima je. aku pun ada hati dan perasaan. benda semua boleh berbincang. jangan sebab kau ada jawatan, kau boleh tolak tarik orang kan. kita demokrasi. jangan sebabkan benda remeh, orang sedap je ngumpat kau. mane kau tahu kan? hidup berkomuniti, jangan berlagak BOSS sangat. kawan tu jadi plastik.




maafkan saya jika kata2 saya kasar. saya marah. tapi mana boleh saya luahkan. sebagai guru baru, memang ini lumrah yang saya kena terima. diarahkan. setakat sehingga 18mac2012, saya tak pernah rasa diarah di sekolah ini. jadi, marilah kita sama2 muhasabah diri. mungkin anda nak yang terbaik. tapi tak semestinya yang terbaik untuk anda adalah terbaik untuk semua. sila nilaikan kembali.






p/s (i) : aku sangat marah. betul ni. tangan aku sejuk tahan kemarahan.

p/s (ii) : sebabkan jaga hati cikgu2 lelaki, kitorang kena tolak ke tepi? hamboi, bijak... bijak...

p/s (iii) : okay, kejap lagi nak tenangkan pikiran. kelas lagi 2jam kejap lagi. ah stresss!

p/s (iv) : gerek is coming. thank God!






27032012 ~ 12.20pm
meja aku ~ bilik guru 2-KVK

Friday, March 23, 2012

Welcome to the club Shahida Hani :)

hai2 all... yuhuuu... aku baru lepas tepek masker. its been a while pakai masker since UTM. haha... sebabnya, yang tukang jual masker tu coursemate aku. so bila dah habis UTM, tak tahu nak beli mana dah... tapi tiba2 haritu jalan2 dengan housemate aku kat Kluang Mall masuk keluar kedai tiba2 mata aku tertancap pada satu jenis masker. ewah ayat, tak boleh blah. haha... masker yang selalu aku pakai dulu di UTM, tak pikir panjang terus beli 2 paket. hehe... tapi... aku rasa masker kali ni cair lah. berjejer2. ish, moga2 takde kesan sampingan.



okay2, so kali ni... entri khas ditulis buat roommateku Puan Shahida Hani. haha... baru 2 minggu menjadi Puan. selamat datang. bagaimana kehidupan berumahtangga? ni entah2 weekend ni dia tak online pun. yelah, balik KL jumpa suami. aku pulak malam ni menemani Cik Edot di asrama. esok pagi2 gerak bertemu suami. ewah! aku pun ada suami sudah. percaya tak percaya kannn? kikiki... apa2 pun, insyaAllah semoga kita semua bertemu kebahagiaan dunia akhirat. aminnn...


santek kan roommate saya? tahniah Da, lama dah kau tunggu saat ini kan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semoga berbahagia ke anak cucu, ke akhir hayat, hingga ke syurga insyaAllah.



pesanan buat Encik Helmi, sila jaga kawan saya baik2 ya. lama dia tunggu anda. hehe... daripada beberapa tahun dahulu, sejak kami belum lagi berkenalan, sehinggalah anda menjalani latihan. tabah dia menunggu anda, menulis surat panjang berjela dengan gambar2 yang di print menggunakan printer saya. haha... nasib baik dia ganti ink. kikiki... sehinggalah anda dimasukkan ke hospital tak dapat hadiri majlis penutup tu. sedih. tapi alhamdulillah, semuanya selamat kini. tahniah buat kalian berdua. secucuk! dua cucuk! mencucuk2. haha...





aku kini juga isteri orang. tak sangka kan... macam masih lagi adapting. masih lagi menyesuaikan diri. oleh kerana tinggal berjauhan, jadi kehidupan kami tak jauh beza dari sebelum kahwin. tapi... betullah pernikahan sesuatu yang menenangkan. bila stress di tempat kerja, suami dapat tenangkan jiwa walaupun hanya dalam telefon. terima kasih ya Allah, menemukan aku dengan lelaki sebaik suamiku.







p/s (i) : fantastic four lah! aish! malam ni kena tido awal!


p/s (ii) : misi ke Melaka esok, kena isi minyak dulu. pam tayar? tak reti lahh... aisey!


p/s (iii) : rindu Alleya lah. ish, kenapa walau budak tu kadang2 menyakitkan hati, aku tetap rindu? haha... rindu my little angels jugak. dengar cerita tak sihat. ish! semoga cepat sihat Aqiel...


p/s (iv) : manalah suami aku ni tak balas2 msg. busy sangat lah tu bosssss!







23032012 ~ 10.21pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Thursday, March 22, 2012

Congratulation 2011 SPM candidates!!

hai2 korang... wah, berkurun lamaaaaa... aku tak update blog. as i said, blog i ni, without mood, payah aku nak update. lagi2 ketika tidak rajin, memang lah terbiar je. plus, kadang2 tak berjenguk seminggu lebih. konon2 busy kannnn... haha... so hari ni aku baru kembali dari JB untuk segala jenis check up lah ye. MC 2 hari, seronoknya cuti tapi dapat duit. oh, ada ke kerja yang macam tu? aku nakkkkkk, please!




okay2, update kali ni sure2 lah pasal SPM kannn... tengah hot2 ni result baru keluar semalam. malangnya, aku tiada di sekolah semalam. mula2 tu macam tak heran pun tak jumpa budak2 tu. but bila Cik Edot upload gambar budak2... aku rasa rindu sangat. macam sayu je tak dapat jumpa diorang. Edot and Shida cakap, semua tanya mana aku. oh, lagi terharu dan sayu... sorry anak2, teacher ada hal yang tak dapat di elakkan.




ucapan untuk kanak2 Sekolah Menengah Vokasional Kluang :

i miss you, i love you. i haven't have the opportunity to see your result. but insyaAllah, based apa yang cikgu2 bercakap, semuanya membanggakan. alhamdulillah... anak2 teacher 5PPN2, semuanya lulus kan Bonda Yatt cakap? terima kasih bagi result macam ni untuk teacher. terima kasih. untuk anak2 5KFL, i haven't seen your result. tapi alhamdulillah, anak teacher, Haziq lulus Bahasa Inggeris. so teacher berharap yang lain pun sama. i always pray for you guys. terima kasih jadi anak2 murid yang mencabar dan baik at the same time. haha... pelik kan? nakal2 korang, teacher rindu jugak. huhu... goodluck in future :)




dan aku tetap terharu apabila pelajar2 Tasek still lagi menganggap aku cikgu diorang. they seem excited when they know i'm in JB. ayat diorang, "Teacher datang Tasek tau!". dan terima kasih jugak untuk Kak Fadzillah sebab masih lagi menganggap saya warga Tasek. ayat beliau, "Nuyu (panggilan manja aku), jumpa di Tasek esok ya". hehe... macam tak bagi pilihan kat aku. tapi apakan daya... urusan habis lambat. terpaksalah skip both schools. bila Aida Izzati called, lagilah rasa meronta2 nak pergi Tasek. dengar suara gembira diorang. oh... rindu amat!



ucapan untuk kanak2 Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara :


rindu sangaaaat! amat2 sangat! tapi i can't meet you guys for now. not that i don't want, tak sempat kan... plus, teacher seganlah datang Tasek. asyik2 muka ni... kang orang2 bercakap, Teacher Eli tu tak sedar2 ke dia bukan cikgu Tasek dah? oh, tak sanggup ku mendengarnya. huhu... tapi kids, teacher sangat bangga! beberapa orang straight A's. alhamdulillah, i know you guys can do it. you guys deserve it! terima kasih yang telefon teacher. i really appreciate it! Faiz Punawi, terima kasih call. tak sangka you keep your words to call me. apa2 pun, all of you will have a bright future. tolong jangan berhenti di takuk selesa. jauh lagi perjalanan. goodluck :)





muhasabah diri :


aku seorang guru. kejayaan pelajar2 adalah hadiah untuk guru. jadi bersabarlah, because it pays off. even sometimes you have reach the limit, just remember that, they were sent to you on a course. they are developing. they are growing up. they are little kids. hoping for brighter future, better tomorrow.








p/s (i) : aku menggunakan masa yang amat panjang untuk menaip entri kali ini. huhu...


p/s (ii) : kenapa malas sangat ni? adoyai! malasnya nak kerja!


p/s (iii) : kenapa perut lapar pulak ni tiba2? adoyai! tak cukup lagi ke aku ni. haish!


p/s (iv) : the days haven't come. praying hard for it.







22032012 ~ 8.55pm

atas lantai ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Monday, March 5, 2012

slight taste of L.O.S.S

hai2 korang. first day of the week. kalau ikut lesson plan, minggu ni ialah minggu ke 9. aku suka, aku suka... minggu birthday aku. ha, dah ingat belum birthday aku bila? hoho... final week before a week school break. wuhuuuu... Terengganu! Kelantan! we will come your way! tak sabar ni nak bercuti2 dengan family dan juga Alleya.





okay, kenapa dengan tajuk aku ni? actually, aku baru sampai dari JB. gerek hantar. punyalah bergerak awal dari JB sebab nak gerek sampai Melaka awal daripada selalu sebab dia ada sidang dewan. tapi dek kerana hujan lebat, dia belum lagi sampai Melaka. hmmm... sorry sayang. sebab i, u lambat. again. i'm really sorry. takmo buat lagi lah. kesian dia...


dan, aku buat tajuk entri seperti ini disebabkan... selama sejam lebih aku tak dapat contact gerek. ya ALLAH, punyalah... berdegup jantung aku laju sangat2. and nak nangis pun ya. aku dah pikir mengarut2 dah. aku cek trafik kluang, cek twitter highway PLUS. gile tak gile?



i know i love him so much. and this proves that i can't lose him. i can't imagine living without him. i don't want to imagine living without him. i refuse to imagine living without him. i need him. i want him. Ya Allah, please protect him where ever he is. please protect my love ones. aminnn...



even after almost 8 years together, gerek still sweet and romantic. i love you every second i'm with you. i'm sorry for my wrongdoings. i'll try my best to be the greatest wife you'll ever dream. thanks for the great 4 months plus we are together. i love you.










p/s (i) : lega lepas mendengar suara dia. pemikiran jahat, paranoid, sila menjauh.


p/s (ii) : hari ni meeting KEBIRU pukul 2.30pm. yes!! tak perlu invigilate exam. wuhuuu!


p/s (iii) : can i have him/her for my birthday? please ya Allah...


p/s (iv) : nanti aku update pasal Alleya went to zoo ya!









05032012 ~ 9.33am

meja aku ~ bilik guru-KVK

Thursday, March 1, 2012

MARCH!! :D

hai2, aku baru lepas marah Shahida Hani kerana terlampau degil takmo berehat. dia tu dahlah demam tak sihat, minggu depan nak kahwin. degil! kang minggu depan pening2 lalat atas pelamin baru tahu! hoho... orang yang jarang demam ni kan kalau demam surelah horrible kan? so, wajiblah berehat. ish degil!


okay2, entri kali ni mahu membicarakan tentang bulan ketiga setiap tahun iaituuuuuu... apa diaa??? kuat sikit... apa??? yaaaaa! MAC! MARCH! kenapa aku macam excited sikit pasal bulan ni? ini kerana... aku telah dilahirkan pada bulan ini. yeay! siapa yang tak suka birthday kan? ha... korang2 yang membaca yang kawan rapat aku tu, ingat tak birthday aku bila? hehe... people getting older, lagi tak kisah kan hal birthday kan? aku just kisah if gerek and family tak ingat. haha... tapi, if abang aku tak ingat pun, aku tak kisah. kikiki...


satu lagi, bila semakin besar ni, memanglah tak harap hadiah apa2... dulu kecik2 siap tagih2 kan... but sekarang ni, kalau nak, macam tunggu birthday. hadiah untuk diri sendiri kan. even anytime pun boleh beli. but bila time birthday tu... kan macam special sikit. ye tak? kikiki... like last year, i got shoes, wallet and anklet. tahun ni... tadaaaaa... gerek bagi in advance sebab wallet aku beli last year dah teruk sangat. tak berkualiti sungguh! thank you sayang. i love you!



wishlist (kalau aku banyak duit, aku nak beli sendiri je punnnn...) :


  • new handbag. (entah sejak bila aku suka handbag, i'm not sure but aku ada target 2 handbags kat JPO. bila duit nak banyak ni....)

  • new handphone. (aku sayang gile wokay BB aku ni. hadiah from gerek. tapi macam nak tukar ke BB yang lebih canggih. dan of course nak pair dengan gerek jugak!)

  • ipad3. (ni takdelah teringin sangat. but adik aku sebut tadi. macam best je if ada benda alah tu... macam cool je kan?)

  • shoes! (especially Crocs. okay, its been a while aku beli Crocs. sangat2 mendambakan Crocs baru. but then, if nak beli pun, takde new collection. so tak guna jugak kot...)

  • anklet. (aku suka gelang kaki. last year punya gelang kaki putussss... oh hoi... dan aku sangat merindui gelang kaki pertama yang gerek bagi masa first year UTM. rare. unik. love it! putus jugakkk...)

  • baju kurung ready made. (yang ni memang aku nak beli banyak2. aku nak beli ready made terus. senang. tapi paling penting, rare sikit. kalau tak kang sama dengan berpuluh2 orang yang lain. hehe...)

okay, buat masa sekarang, itu je wishlist yang boleh aku pikirkan. biasalah... memang kita nak macam2. but bila kena senaraikan, jadi sedikit pulak benda yang kita nak. kikiki... tapi yang paling penting, aku bersyukur dengan apa aku miliki. cukup semua. takde kurang. terima kasih Ya Allah...










p/s (i) : okay, i'm too tired to talk. let's rest.


p/s (ii) : i'm not sure. but i don't like it.


p/s (iii) : lama sangat kot aku tak mendenda aspuri. disiplin semakin berkurangan ni. sabar ye anak2. esok mak kenakan korang semua.


p/s (iv) : decided! semoga ada rezekiku :)







01032012 ~ 10.12pm


atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com