we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Sunday, January 13, 2013

trying to conceive (TTC)

hai2 you olsss... eh, edot tak balik hari ni lah? hmm... dulu shida ada tak terasa sangat. ni bila sorang2, rasa macam, loser gile. hoho... plus, minggu ni turn aku jaga asrama. dan lebih menyedihkan, suami haku outstation. jadinya... aku keseorangan lah sepanjang hujung minggu ni. dan entah kenapa, asyik rasa macam tak sihat je. semalam dalam pukul 3pm, kepala aku sakit gile. so tidur kejap... hari ni dalam pukul 12pm dah sakit kepala... jadi lagi awal aku tido petang. haha... still tak okay lagi kepala. aku ajak budak teman pergi pasar malam. hmmm... pathetic nya hidup aku. tapi seronok rasa di hati sebab aku dah beli TV!! yehaaaaa! tapi masih sedih sikit sebab guna arial je kan... gambarnya tak cantiklah. sad!

okay2, tajuk entri aku... hmm... conceive apa? conceive ialah usaha untuk mendapatkan anak... honestly, dulu before kahwin, aku pernah cakap kat suami, aku nak masa berdua dulu dengan dia sebelum ambil keputusan nak ada anak. sebab aku rasa, sebelum kahwin, hidup aku bukan untuk aku. suami pernah janji nak bagi apa je aku nak asalkan aku happy. and syukur, dia tunaikan sepanjang perkahwinan kami... dan aku rasa, aku dah puas berdua. tapi malangnya... bila aku ambil keputusan untuk nak ada anak, Allah uji kami. akhirnya, kami merujuk ke doktor.

doktor pertama kami pergi, menyarankan saya mengambil Clomid. dia tak cakap banyak, pakar kononnya. and aku rasa aku takkan kembali berjumpa doktor berkenaan. dia langsung tidak menyediakan sebarang informasi. aku nak tahu jugak adakah aku bermasalah. and dia juga suruh ambil temperature dan catatkan setiap hari untuk menentukan ovulasi (hari subur). dia suruh datang lagi pada hari kedua menstruasi. kami datang dan tunjukkan BBT chart. terus dia cakap, "Awak tak subur". haik? apa maksud tiba2 cakap macam tu? terangkanlaaahhhhh.... dah tu, tak pikir perasaan aku langsung bila cakap aku tak subur. hish!

ini rupa Clomid. dari pembacaan aku, ubat ni merangsang ovulasi. maksudnya, ubat ni merangsang pembentukan telur di dalam ovari wanita seterusnya menjadi matang dan dilepaskan dalam proses ovulasi.


ini rupa BBT chart. dalam chart ni, kita kena tandakan temperature badan yang diambil pagi2 lepas bangun tidur. sebelum buat apa2... bangun tidur je terus ambil suhu. kita pun kena tandakan intercourse dalam chart ni. intercourse tu apa? maksudnya hubungan intim dengan suami lah... macam mana nak tentukan hari ovulasi? try tengok chart, nampak tak ada penurunan suhu secara mendadak dan juga kenaikan secara mendadak? time tu lah hari ovulasi. temperature badan memang lebih kurang je setiap hari. selepas ovulasi, suhu badan memang sedikit tinggi berbanding sebelum ovulasi. dan jika datang bulan, suhu akan terus jatuh... seperti dalam chart di bawah. semua ni pun aku dapat dari pembacaan. tiada langsung dari doktor sakit puan tu! geram!


bagi aku, pengambilan suhu badan ni berguna untuk tentukan hari ovulasi. tapi.......... masalah kat aku, aku tak dapat tentukan hari ovulasi. sebabnya... aku rasa aku tak mengalami ovulasi. suhu badan aku boleh dikatakan lebih kurang sekata je sepanjang bulan. sedih kan?



okaylah, part ni aku stop kat sini dulu. penat pulak membebel. huhu... bahu pun dah start sakit. banyak informasi yang aku dapat dari pembacaan. nanti aku cerita lagi eh...



last but not least, bila agaknya boleh tengok benda ni...










p/s (i) : gambar-gambar ihsan dari encik google. terima kasih yang mengupload gambar2 ni.

p/s (ii) : first time kot aku rasa aku cerita pasal perjalanan aku ni... hmm...

p/s (iii) : semoga ada rezeki kami tahun ni. adik sedara aku pun baru dapat anak sulung. baby boy lagi. and dia kahwin sebulan selepas aku kahwin. rezeki masing2 kan...

p/s (iv) : lately ni, banyak tengok gambar anak2 kawan2... gembira untuk mereka. alhamdulillah... ada zuriat mereka teruskan keturunan. tapi tak tipu hati ni sedih setiap kali melihat gambar2 berkenaan. bila agaknya giliran aku?

p/s (v) : dah dahhh... tak mo sedih2. yok kumpul duit nak shopping di melbourne. yeay! boy nak ke tokyo... macam best je...





13012013 ~ 9.34pm
depan tv ~ ruang tamu-kediaman warden KVK

5 comments:

Nad said...

Yanna..
Gudluck k.

Also can use EPO (Evening Primo Oils) Any brand. Pil asid folic pun bagus jugak for TTC.

Yang penting. Jangan sesekali putus asa tau. dan.
Jangan stress.

Best of luck k.

yanna yazed said...

thanks for the info. sebenarnya banyak jugak membaca pasal acid folic. dari pembacaan macam kata takde klinikal test cakap pasal acid folic membantu TTC. tapi tak salah mencuba. side effect dia, selera makan naik. huhu... EPO ni first time dengar. will check dari mr. google.

~zack~ said...

yana...xmau sedih2..insyallah masa nya akan tiba juga..cepat atau lambat mesti ada hikmahnya..think positive k.. =)

yanna yazed said...

okay kak Z. will do!

niki said...

salam perkenalan yanna..
saya baru belajar buat blog sejak terjebak dlm TTC ni. sudi2kan la join blog sy jomjadimama.blogspot.com... faktor stress mendorong sy mencari rakan2 seangkatan yg boleh kuatkan semangat...

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com