we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, February 29, 2012

Hijau Kepala Itik :)

hai2 korang... aku kat sekolah ni. macam kebosanan tak tahu nak buat apa. padahal kerja memang banyak. nak menanda lagi... huhu... tapi mood menanda belum sampai lagi. kejap lagi kelas dengan 5EE2 11.20am sampai 1.00pm. semoga mood ku tenang. haha... kelas yang amat mencabar ye.












okay, hari ni aku nak update pasal warna hari persandingan aku di rumah lelaki. warna pilihan aku. huhu... baju di design oleh gerek. aih, love it!




kenapa aku pilih warna baju ni? di sebabkan sangat2 berkenan ketika melihat persandingan Elyana. cewah! mentang2 nama nak lebih kurang. hehe... sama tak? dia seksi sikit lah... aku nak design yang tak perlu pakai inner lah. susah sangat nak pakai berlapis2. leceh.




dan kenapa aku panggil hijau kepala itik? sebab mak aku panggil. haha... mak aku yang ajar. so aku ikut je. mula2 dok konfius2 kenapa dan ada ke itik kaler hijau? teringat pulak cerita2 Walt Disney kalau kartun itik mesti kepalanya kaler hijau. so, aku tekad nak pergi NZ cari itik kepala hijau. (macam tujuan utama pergi NZ sebab nak cari itik kan? hehe...). jadi, silalah lihat... sama tak? slightly je sebenarnya... lagi2 bila reflect cahaya matahari baru nampak betul.




nama komersial dia, emerald green. hehe... daripada sebut hijau kepala itik kan? dengar kampungan pulak. kikiki... tapi seriously aku sangat suka kaler ini. dan gerek nampak lebih smart pakai hijau ni compare cream persandingan belah aku. hoho... tergoda i!








p/s (i) : kenapalah pulak rasa lapar tiba2. takpe2, kejap lagi tengok budak demam kat aspuri, aku singgah beli makanan sekali.



p/s (ii) : hari ni ke Melaka. uhui... rasa gembira. rindu suamiku. maaf ye pembaca, memang mood tengah rindu gerek.



p/s (iii) : nak buat lesson plan. wuhuuu... 2 hari tak buat lagi. kena rajin!



p/s (iv) : hope things will go smoothly... no hard feeling between the three of us :)



p/s (v) : dalam masa kurang 2 minggu, roommate ku Cik Shahida Hani akan menjadi Puan Shahida Hani.



p/s (vi) : tarikh hari ni, 4 tahun sekali.









29022012 ~ 9.43am


meja aku ~ bilik guru-KVK

Sunday, February 26, 2012

Mode : Emosi Tak Stabil

hai2 korang... hari ni, specifically malam ni, hati gundah sikit. lagi2 bila 2 orang budak aspuri demam agak panas. dari tadi aku jaga macam okay, but then aku tinggalkan, macam tak okay pulak... aiseh, takkan nak aku jaga sampai esok pagi pulak? huhu... risau2, takmo ada apa2 buruk berlaku. semoga mereka sembuh sebelum esok pagi.


okay2, kenapa aku letak tajuk entri macam tu? seriously, i'm not okay. i look okay but inside, it's killing me. entah eh... macam2 aku pikir. macam2 aku rasa. dah rasa2 dan pikiran itu tidak menyeronokkan. example :

1) gerek. aku rindu gerek amat. seriously. emosi aku sekarang lagilah tak stabil sampai semalam tengok sad short clip yang anak murid aku posted pun aku boleh nangis esak. padahal takdelah sedih mane... but biasalah... bila hati tak okay, benda kecik pun jadi major. hoho...

2) kerja. aku tak stress mane pun... but aku rasa hanging sekarang ni. tergantung. hmm... yelah, belajar tinggi2 mestilah nak kerja bagi senang mak ayah. tapi entah kenapa aku macam... taknak kerja. hmmm...

3) jarak aku dan gerek. ya, tak jauh mane. kurang 2 jam boleh sampai. but siapa yang tak hadapi takkan rasa kot apa aku rasa. duit lagi... gaji masing2 tak besar mane... cukup2 ajelah... so bila spend kat perjalanan dan sewa 2 rumah tu, rasa membazir. hmm...

4) mintak pindah. blurr... konfius. kisahnya macam ni... gerek ada mentioned macam nak mintak kerja lain di JB. aku gembira but in the same time takut salah langkah. then pasal gerek dapat offer dipinjamkan ke jabatan lain. still in melaka. dan dilema aku untuk lihat produk pertama di KVK. apa patut aku buat? mane satu langkah terbaik untuk kami berdua?

5) ada satu lagi... yang menjadi rahasia aku. stress.



aku... nak hidup macam orang lain... aku tahu aku tak berapa kuat. tapi sentap dengan kata2 Suzanna Azmy; Allah will never gives something if His ummat are not prepared for it. Some of us think that they are ready. But then, Allah knows better... ha, sentap tak? another quote from kawan gerek; Allah only has 3 responses. Yes, Yes but not now, There's better plan for you... sentap lagi tak? renung2 kan...







p/s (i) : semoga anak2 aspuri ku dilindungi-Nya.

p/s (ii) : Merlin, here i come!

p/s (iii) : rindu suami saya yang busy tu!





26022012 ~ 10.40pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Friday, February 24, 2012

No Man Is An Island

hai2... dah beberapa ketika aku tak update blog kan? huhu... takde mood, takde idea. gerek cakap, tulis ni biar dari hati. baru sampai ke hati yang membaca. aku dah cuba setiap hari untuk naikkan mood. but in the end, aku buat benda lain. haha... lain macam bulan januari aritu. ada je benda aku nak tulis. hoho... so hai everyone. how are you? hope in a pink of health. ewah! masuk sikit idioms BI ya.




kenapa aku upload picture ni? sebab aku sangat suka picture ni. nampak... honest. sweet. walau si Yusri and Emon bermain mata di situ, aku nak stresskan persahabatan tu... jujur. sayang. betul tak? kalau kita tak sayang kawan tu, kita tak mungkin boleh bertahan kan? kenapa kita perlu bertahan dengan orang bernama kawan?



friend and enemy. differentiate by a fine line. kadang2, jika terlampau rapat and baik, tak bagus jugak. sebabnya... akhirnya... orang tulah yang akan paling sakiti kita. orang yang kita namakan, 'kawan baik'. nak tahu kenapa terciptanya kata2 yang 'orang yang akan paling sakiti kita adalah kawan baik kita sendiri'. nak tahu kenapa? sebabnya... kawan baik mengetahui banyak rahsia kita. dan kedua, sebagaimana kita melayan kawan tu dengan baik, seperti tu jugak kita mengharapkan dia layan kita. jadi, bila dia terkasar, kita tak dapat terima.

jadi... apa yang boleh kita buat? terimalah kawan kita seadanya. dan terimalah kenyataan yang manusia semuanya berbeza. jangan anggap kawan tu adalah refleksi diri anda sendiri.



DOREMI. i love you guys so much. macam2 kita hadapi kan? daripada aku merajuk, oja merajuk. haha... mostly aku and oja je yang merajuk kan? teringat pulak mazni sorokkan stokin oja sampai oja merajuk gile2. hehe... the good old days. hargai mereka selagi mereka masih di depan mata. jangan pikir you will not see their faces again walaupun dah habis sekolah. kalau nak lost contact pun, tak perlu begitu nekad. eventually, you will, trust me. and for sure, you'll cherish the moments you have together with the person you called 'friend'.


ah, terlupa pulak. nak wish to this little kid. Happy 18th birthday kiddo! hope years ahead bring glory to you and your family insyaAllah. ish, moga2 budak ni dapat main bola ke peringkat lebih jauh. amin amin ya rabbal alamin! ha, dah 18 tahun ni jangan nakal2 lagi. dah dewasa dah kiranya ni. haha... cuba berlagak matang sikit!









p/s (i) : diri kita tak bagus mana sampai nak kondem orang sungguh2 kan? kenapa perlu benci sedangkan perkaranya kecil sahaja? grow up well dear :)


p/s (ii) : no man is an island maksudnya takde seorang manusia pun boleh hidup seperti pulau; keseorangan.


p/s (iii) : you'll regret. you'll miss your friends. big time.


p/s (iv) : saya sayang diri saya. saya sayang suami saya. saya sayang keluarga saya. dan saya sayang kawan2 saya.










24022012 ~ 11.53pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Monday, February 20, 2012

i heart family :))

quick update. takde mood nak bercerita panjang2. yang penting, baru lepas marah student menipu, sampai sejuk tangan sebab actually sangat takut nak marah dia. dia ugut kakak2 senior dia kata dia ahli Double Seven? aku sendiri tak sure apa benda tu... dan mood kurang lagi apabila tengok pictures punya pixel macam rendah. ei! geram2, sakit hati!


i heart my family. thank you for everything. nice picture kan?












p/s (i) : esok selasa, lusa rabu. yeay!


p/s (ii) : nervous esok pemantau datang. hadoyai! lesson plan done! esok tinggal edit and print.


p/s (iii) : ohoi... gaji!











21022012 ~ 12.02am

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Friday, February 17, 2012

Sending Amir off to Aussie :(

hai2 korang... batteri netbook aku dah sangap2 ni. huhu... lupa bawak charger seyh. apa lah aku ni. dahlah lagi sejam lebih. ada kebosanan. so, untuk sementara ni, aku nak update blog. hari ni ada mesyuarat PIBG, gaduh2 PIBG biasalah. huhu... macam2 tak puas hati pasal sekolah. tapi takpelah, ada 2 ways communication kan. dan kejap lagi, balik JB! nak kata tak sabar? hmm... adik dah takde. so, biasa2 ajelah rasa. just kesian makayah kat rumah.






okay2, kali ni, aku nak update pasal pemergian adik aku untuk melanjutkan pelajaran. Tanggal 13Feb2012. aku dah book homestay di Sepang. sebab awal pagi dah kena berada di KLIA. boy ada taklimat MARA dahulu. so kenalah duduk tempat yang dekat2 dengan KLIA. awal pagi dalam 7.00am kami dah check out and gerak ke KLIA. masing2 belum sarap. takpelah, asalkan sampai ke KLIA dulu.




Amir Ridhwan Bin Mohd Yazed

(grabbed from his friend)




mak ayah with boy. huhu... time ni okay lagi. sebab awal pagi lagi. time queue nak check in beg. taklimat MARA pun belum lagi.



ketika sarapan. sambil berbual2. adik aku smart kan? huhu... dah besar dah dia. tapi entah kenapa, sebabkan dia adik, aku still rasa dia budak2. still rasa bertanggungjawab nak jaga and provide what he wants. hmmm... sampai mak pesan jangan layan sangat permintaan boy tu. but nak buat macam mana... he's my only little brother kan. i want to provide everything he wants.




last picture together before he board. okay, dah start sedih. sambil taip ni pun rasa sebak. tak boleh ingat masa dia nak salam2 kitorang. semua orang macam avoid nak salam dengan dia sampai boy cakap, "kenapa semua orang taknak salam ni?" ayah pa cakap, "kau jadi orang terakhir masuk." tapi aku dah tak tahan dah menitik air mata. kali kedua cium pipi budak ni since dah besar. first time aku kahwin, kedua time ni lah. oh sedih.





he went away. is he in there? good luck. macam tak puas nak cakap good luck. macam tak puas nak pesan pelbagai pesanan. macam tak puas waktu lepak sama2. i should be spending more time with him. time cannot be turned back. so tahun ni aku nak pastikan aku ke sana. at least tak rasa dia jauh sangat. huhu...




be healthy, be safe, be good, behave, and jaga solat 5 waktu. ingat janji2 sebelum u get result and fly. Allah jangan dilupakan.









p/s (i) : perghhh hai! sedihnya lah taip2 ni. menci menci!



p/s (ii) : weekend ni dapat makan Manhattan Fish Market tak?



p/s (iii) : new mission ON!









17022012 ~ 4.15pm

meja aku ~ bilik guru-KVK

Wednesday, February 15, 2012

wordless or less word?

a brother. a baby. a friend. a buddy. an angel. a satan.





Raya 2010. 10Sept2010.




My engagement day. 18Dec2010.



Kampung Kastam Family Day. 15Jan2011.



Visiting him at KMS. 29.May2011.



Shopping with Mak. 30July2011.



Raya 2011. 30Aug2011.



enough camwhore for few months. i'm looking forward for our next captured moments. i'm sorry i didn't spend enough time with you lately. and you'll be back as a man. not a boy anymore. but still, in my eyes, you are still my little brother. take care. be healthy there. be happy. be back in one piece. looking forward for our next moreh.




p/s (i) : heard his voice. seems not happy. why bebeh?


p/s (ii) : semalam jumpa mak ayah and alleya. nasib ada budak kecik tu. rasa meriah sedikit.


p/s (iii) : okay, hopefully internet can joint the distance together.








15022012 ~ 10.45pm

atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK

Tuesday, February 14, 2012

My Lil Bro Flew Away

hai2 semua... mood still sedih. surf2 gambar. jumpa gambar2 ni. from kawan adik aku. Solihin Ressang. thanks Solihin for coming and uploading the pictures. akak rompak ye letak dalam blog akak. thanks!!




i cried at his every steps. goodluck boy. belajar betul2. banggakan mak ayah. cepat balik sini.




part ni paling aku sedih. he waved back and i shouted the routine everytime sending him off to college. "i love you Amirr!!" and he'll say, "bodoh". oh, i miss him already!





he's going. won't ba back until december. please be back soon. i nak moreh dengan siapa?? i nak buat lawak dengan siapa....




i don't want him to grow up. he's my baby brother. he'll be away 3 years. thank God it's only 3 years. azam baru buat! nak g melbourne tahun ni jugak before dia balik Malaysia. hmmm... how's my life after this? hmm... belajar betul2 ye amir. i love you so much!







p/s (i) : nangis lagi!

p/s (ii) : manelah budak ni tak setel lagi ke kat sana? aku dok tunggu dia on skype. huhu...

p/s (iii) : nak balik makan banyak2!




14022012 ~ 12.37pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Wednesday, February 8, 2012

Happy 1 year Anniversary :)

hai2, aku baru lepas makan bakso ada kakak DG44 belanja. naik pangkat so dia buat makan2. ada beberapa jenis makanan. aku baru makan bakso je. kenyang pulak amik daging banyak sangat. haha... sampai muak tak boleh nak masuk dah. huhu... ni baru siap buat lesson plan. rupanya aku buat lesson plan untuk hari ni salah. haha... so, redo lah. plus lesson plan untuk esok sekali dah siap.


okay, quick update je ni. nak ucap untuk diri sendiri. selamat ulangtahun bekerja yang ke 1 tahun!! haha... dah setahun dah aku jadi cikgu rupanya. macam2 perasaan ada. huhu... seronok. tak seronok. macam2 ada. semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga. moga Allah turunkan rezeki-Nya dari langit, laut, dasar bumi untuk kami sekeluarga. aaaminnnn...


picture of the day :



lepas ni takde dah gambar2 ngarut ala2 selebriti until our next meeting. ish, moga2 cepat kaya aku ni so boleh lawat boy kat sana selalu. haha... boleh camwhore banyak2! bak kata Diena semalam, "I'm gonna miss you Cik Bey!" haha...




p/s (i) : minggu ni 3 hari bekerja je! tapi sabtu kena pergi kursus di UTHM untuk seluruh warga vokay di Johor. semua guru diwajibkan! hish!

p/s (ii) : Boy fly isnin 13Feb2012 pukul 10.30am.

p/s (iii) : kejap lagi nak call homestay. rm250 1 rumah kira okaylah kan. can cater 10 people.





08022012 ~ 10.44am
meja guru ~ bilik guru-KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com