we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, January 15, 2013

doktor sakit puan kedua

hai2 korang... aku tak tahu nak buat apa dah. sebenarnya ada lagi kerja. tapi mengambil masa yang lama. so aku decide untuk hold dulu sebab sekejap je lagi nak lunch break. terganggu kerja aku kang... so, nak buat apa? update blog dulu lah. hehe...

okay2, merujuk kepada entry aku sebelum ni. aku cerita pasal aku pergi jumpa doktor meminta nasihat untuk pregnant dan aku sangat tak puas hati dengan servis yang diberikan. informasi2 tidak ada diberikan dan aku dibiarkan terkontang kanting... so, aku ni bermasalah atau tak? so, aku sakit apa? so, can we get pregnant? pelbagai soalan yang langsung tidak dijawab oleh doktor berkenaan. bayaran bukannya murah. btw, klinik doktor berkenaan terletak di Johor Jaya.

kemudian, makcik aku menyarankan pergi ke doktor di area Seri Alam. doktor tu kawan dia. so, kami pun bersetuju... dengan doktor ni aku sangat2 berpuas hati dan banyak informasi yang aku dapat. sambil treatment, sambil dia terangkan... so aku dan suami and makcik aku jugak ada time tu, sangat2 paham keadaan tubuh badan aku.

pada pertemuan pertama, dia dah buat checkup scan terus. masa aku datang tu adalah pada hari ke-10 kitaran haid aku. orang kata kan time2 tu dah nak subur. dia terangkan yang telur matang di dalam ovari bersaiz lebih kurang 12mm. bila scan, telur aku berukuran 10mm. maksudnya... beberapa hari lagi maknanya telur tu akan matang. jadi dia memberikan suntikan perangsang ovulasi. OVIDREL. dari pembacaan aku, injection ovidrel ini adalah untuk memecah telur. injection ni diberikan di bahagian perut.


sorry dengan doktor ni sebab banyak sangat ubat, kebanyakkannya aku lupa. tapi ada 1 ubat dia prescribe. dia pesan, mula makan selepas 36 jam suntikan ovidrel. dia pun bagi folic acid. ubat yang aku maksudkan adalah Duphaston. setiap kali selepas dapat ubat, aku akan google kegunaan ubat berkenaan. yelah, takkan nak ambil suka2 hati je... walaupun daripada doktor pakar. jadi kegunaan duphaston ni basically untuk menguatkan rahim. if lekat, kiranya menguatkan kandungan lah... untuk yang period tidak regular, ubat ni menstabilkan kitaran anda.


aku dapat beberapa jenis ubat tapi aku lupa most of the name. tapi yang aku ingat, ubat2 yang di prescribe ni tujuannya adalah menyediakan badan, rahim perempuan untuk hamil. bila aku baca manual (eh, di panggil manual ke?), kertas kat dalam box tu, ubat2 ni tidak boleh diambil oleh wanita hamil. so actually, i'm confused. tapi soalan2 ni tidak pulak aku utarakan pada doktor tu. asyik lupa kann...

so, untuk 2 minggu turut2, aku diberikan injection. yang minggu kedua, aku lupa apakah nama injection tu. haha...



so, aku stop kat sini dulu. sebab dengan doktor ni, banyak informasi tentang kondisi badan aku yang aku dan suami dapat tahu. nak tulis kat sini kang panjang sangat pulak... so, aku simpan tu untuk next2 entry ya.

eh lupa nak cakap, ubat2 yang aku ambil daripada doktor pertama dan kedua ni, semuanya ada side effect. tidak merisaukan tapi side effect dia seperti, naik selera makan, pening kepala, loya. dan suami aku cakap, mood aku sangat2 swing. yang dia sentiasa kena bersabar. hmm... aku tak perasan sebenarnya. tapi bila dia sebut, aku kenalah ubah. aku ni bukannya pandai ubah straight away. tapi slow2 lah... muhasabah diri kan.


oh, aku nak tunjuk alat yang digunakan untuk scan aku aritu. agak memalukan tapi hal2 masalah perempuan begini, aku rasa perlu untuk menyediakan maklumat begini. untuk scan bahagian2 perempuan ni, gadget yang digunakan berbeza dengan scan buah pinggang yang selalu aku buat. sebab alat tu kan digunakan untuk dimasukkan ke bahagian sulit wanita. inilah rupa dia...








p/s (i) : oh gigih update blog sampai pukul 1.00pm pun buat bodo je. wuahaha... lapar.

p/s (ii) : okay, dah siap ni nak balik rehat and solat kejap...

p/s (iii) : hari ni jual roti sosej. moga rezeki lebih dari semalam.





15012013 ~ 1.03pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

9 comments:

el said...

Salam, saya nk tanyalah awak pergi klinik seri alam tu klinik nama apa ya? Sy sedang hamil, nk buat scan tq.

yanna yazed said...

Wassalam, dekat seri alam saya pergi hospital regency. Caj dia saya tak pasti sebab selalunya pergi ada ubat2. Doc consultation rm90. So lebih rm100 lah saya rasa...

Anonymous said...

Salam...total kos bpe? Consultation, ubt, etc....sbb doc tokha agak mhal kn....

yanna yazed said...

aah, agak mahal. consultation dia around rm90 je. tapi ubatan dia yg expensive. hospital caj pun biasa2 je. mcm kpj lain. kadang2 dr.tokha bg ubat yg lain dr ubat hospital. maksud saya, ubat yg dia prescribe suma mahal2...

mas said...

Dr perempuan ke ?

yanna yazed said...

mas, doctor lelaki. mostly yang saya pergi semuanya lelaki. cuma GH je perempuan

Anonymous said...

Salam.berapa rm awak habis utk rawatan n ubat ye?

yanna yazed said...

wassalam, beribu jugak. untuk kat hospital regency je 3-4 kali treatment dalam rm2k+...

Anonymous said...

Salam, akak nk tnya yana wat treatment bpe kali kt regency? Skrg yana cmne? Mksd akak ada prubhan tak? Total kos rawatan di regency bpe rm untk yana? Harap yana leh email akak. Sharmyna@yahoo.com terima kasih

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com