bila ek last aku update? 10june? hm... ok2, kerana aku terlampau busy 2, 3 minggu ni... aku akan mengupdate mengikut tarikh yang aku ingat. huhu...
13june2009 - planning keluar dengan oja and diana. patutnya gerak pukul 11am dari rumah. tapi di sebabkan abang aku bangun lambat and sakit perut membuang, aku sampai rumah diana pukul 11.15am. then diana cek2 minyak hitam and air apa benda entah, dalam 11.30am baru gerak dari rumah dia. and info baru, baru aku tau diana bawak keta macam ayah. huhu... sampai2 dah 12 lebih. eh, lupa cakap kitorang pergi jusco tebrau. nak tengok wayang. beratur2, rancang2 nk tengok wayang apa... last2 amik DRAG ME TO HELL pukul 12.30pm. aku still simpan lagi tiket dia. huhu... peh, tengok wayang dengan oja... baru ku tahu dia takut tengok cite seram2. hehe... then kitorang makan kenny roger's. and aku sampai rumah around 4pm. nasib baik mak okay.
14june2009 - aku sengal2 badan. macam orang tua. jalan macam mak aku dh. terhencot2. aku pun tak tahu kenapa. actually start hari sabtu lagi sengal2 tu... tapi hari ahad lah yang paling horor. teman mak and cikna pergi sekolah mak. tengok2 pokok. then pergi lavender jalan serampang, mak nak beli kek untuk bawak balik kelantan. then aku pergi potong and rebond rambut. nauzubillah... sakit gile kaki. sengal2 macam orang tua bongkok tiga. petang tu... akhirnya... aku demam. after maghrib (aku solat duduk beb... sakit gile kaki), ayah bawak pergi klinik wan suhaimi kat uda. aku sengal2 tu pun sebab demam. bengkak kaki and tangan aku. aku takut kena chikungunya je. tapi dia kata demam je... okaylah... lega.
15june2009 hingga 18june2009
aku, mak, ayah and boy balik kelantan. flight pukul 9.20am. abang hantar. gerek pun datang airport. seronok gile. windu gerek... sampai LCCT 10 lebih. dari LCCT flight pukul 1.40pm. bertapa kitorang kat LCCT tu. huhu... sampai2 KB, straight pergi makan nasi kukus. cedap gile... then jumpa tokyam, pergi rumah ayah zi, then baru balik rumah cik baydah... pack woo jadual... malam tu aku tak ingat buat apa... esoknya... kitorang jalan2 cari makan. tak sempat lapar dah makan lagi. ayah aku punya keje. demam aku tak baik lagi. gusi aku bengkak. tak nikmat nak makan. then malam tu, aku di serang gatal2. eh, bukan gatal2, tumbuh bintik2 merah satu badan aku. tapi tak gatal... mak aku dah risau. esoknya pergi klinik sebab makin teruk. kaki aku bengkak sampai crocs baru aku tu ketat gile. rupanya, aku alergik ubat yang klinik wan suhaimi tu bagi. malam tu bintik2 dah makin kurang. bagus gile ubat doktor klinik kota bharu tu. he... ari kamis, nak gerak balik JB. kitorang sampai JB 6 lebih. tapi aku tak rehat pun tau... sampai2 rumah, terus kemas baju untuk pergi kem and ajak mak ayah aku pergi beli kasut hitam. nyampah betul UTM ni, kena pakai kasut hitam pulak. aku dahlah takde kasut hitam... ai...
19june2009 - pergi UTM around 9am. pendaftaran start pukul 8am. after breakfast, sampai UTM dalam pukul 10am. piza tak sampai lagi. after taklimat semua, dalam 12pm gerak ke melaka. macam2 halangan woo nak ke melaka. aku dahlah ngantuk... nak tidur, sekali perut buat hal pulak. masuk angin yang sangat2 sakit. then, bila dah ok, baru nak terlelap, tiba2 bunyi meletup. tayar bas meletup. terkejut aku and piza. segar bugar mata jadinya. mesti piza ni gemok sangat. haha... terpaksa pergi naik bas lain... halangan betul. sampai kat water city, buat aktiviti dulu baru boleh masuk bilik... penatnya...
20june2009 hingga 21june2009
biasalah kem... kena buat banyak aktiviti. best dapat kenal kawan2 baru. ada certain2 kureng best... mimik2 muka yang tak berapa aku nak minat. tapi overall best lah... kenal dengan naza yang sengal, farid yang suka nyanyi, rafiq yang comel, nik yang sangat cute, shuha yang sgt pandai melukis... sape lagi? hm... piza yang naik boring aku tengok. haha... jangan marah piz. eh, lupa nak cakap, sepanjang kem, hp kitorang di ambil. aku rasa aku sorang je yang guna public phone call rumah and gerek. windu gilak sama gerek. 21june balik UTM tidur KTDI. lenguh badan angkut beg berat daki tangga. nauzubillah... macam batu caves. he... aktiviti lagi malam tu, then malam tu nak tidur. dahlah takde bantal, selimut, tidurlah sambung katil dengan piza. gile sejuk malam tu sampai asyik terjaga2. dahlah kipas no 5. aku tak slowkan sebab................ aku takut nak turun katil. haha... nasib baik malam tu tiba2 takde karen. takdelah piza jadi mumia sebelah aku. hehe...
ini K.O kami... nama dia rafiq... sangat muda tapi jadi ketua kami. leh buli tak agak2? huhu... piza selalu buli dia. sangat kejam si piza ni...
ini pula farid... muda jugak dari kitorang. tapi nampak tua kan? huhu... kepada farid yang membaca, terimalah realiti yang kitorang lagi comel dari kamu. akak2 yang awet muda sentiasa. huhu... hah, jeleslh tuh...
ini pulak naza... sangat kepoh. mulut banyak. terdiam cik piza. sampai terlepas no bilik. dahlah eja TURBO salah... serius korang... dia eja TUBRO. huhu... and dia pulak lead group TRANSFORMER. pelik2... kitorang pun suka kacau dia, sebut nama dia kuat2... naza nak menari dikir barat. huhu... OKAYLAH TU BRO...
24june2009 - akhirnya... boleh masuk KRP. tapi aku and piza mintak balik. eh, lupa bagitau... rupanya, si Rafiq yang adik2, skema2 tu, rupanya K.O. kitorang. K.O. tu apa? ketua operasi okay... so, si rafiq yang adik2 tu ketua aku. huhu... tak ku sangka. leh buli tak agak2? hm... petang tu, after krew2 MHS balik ke kolej masing2, aku and piza balik rumah. nk kemas barang konon. aku dengan lajunya ajak gerek tengok transformer. wawawa... tiket wayang pukul 9pm. best jugak lh. gempak. tapi... aku pening... tak nampak mana satu baik and jahat masa diorang berlawan tu. nampak cam sama je bagi aku. huhu...
hari ini - pagi2 lagi aku dah bangun. nak balik UTM. kang K.O. marah pulak... aku takut pulak kt K.O. ek... huhu... kemas bilik jap then gerak g arked KRP. dekat je dengan blok aku. huhu... bestnya environment baru. then, kemas tu, kemas ni... berpeluh jugaklah... tapi siap jugak DM (dewan merdeka) tu. balik bilik 4 lebih then gerek tepon nak datang amik. huhu... windu gerek... sekarang... aku kt bilik piza, update blog dengan panjang lebarnya... huhu...
25062009 ~ 7.18pm
bilik hafizah ~ g09-114
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Thursday, June 25, 2009
wah... sungguh lama aku tak update...
Wednesday, June 10, 2009
somebody hear me plizz... =|
once upon a time in my life... people hear me. people listen to me. people do whatever i asked them to... then it changes. dunno when... but when i was growing up... it changes... people don't listen to me anymore. they even ignore me. and sadly, me the one who have to listen to them...
sad, burden... heart? do i have one? i don't even know. all i know... i am always following the flow. flow of my life. flow of people arranging my life. i just follow the flow. i don't have voice. i am mute. i was a puppet. i kept my feeling for myself. to myself. coz i know, they arrange my life for my own good. but don't i have right for my life? i don't think so... i kept it to myself...
until one day in august. i found someone that i can share the things that i kept within myself. i can share... at last... i can also show my feeling. i can show all my feeling... i can express all my feeling... sorry sometimes i exaggerate in showing and expressing my feeling... for quite some time i did like i did. expressing, showing, resulting hurting that someone in august...
i know i am wrong... but... this is the only chance that i can show myself. express myself. sorry if it turns out badly... and now... it changes... again... in my life... i have to kept things again to myself. i can't show my feeling... i can't express my feeling... i can't show my feeling anymore... i can't share my feeling... deep down, it will eat me out. but what choices do i have? i don't have any... like i once experienced it. like a dejavu... really killing me inside. but... i am stuck with it forever... am i?
so here i am... in front of the computer... writing about this... saying false hope to myself.
"you are strong."
"you can do this."
"this is a small matter."
"no need to be so dramatic."
"things will work out just fine..."
if only cingmok is here... he's the only one who will hear me. he's the one who always listen to me... he used to accompany me when i'm down... listen to my babbling when i do my laundry... he's the best... if only he is here...
10092009 ~ 3.49pm
rumah aku ~ bilik aku
Tuesday, June 9, 2009
2 days activities...
2 hari ni aku buat banyak aktiviti tapi cam tak sempat nk update blog. as i said before, aku banyak buat aktiviti. haha... takdelah, takdelah banyak sangat aktiviti tapi ada jugaklah banding hari2 cuti aku yang lain yang serba kebosanan. actually cuti kali ni aku tak brape bosan. banyak benda kena buat and mak aku dah tak marah2 macam dulu. hoho... korang jangan taktau. mak aku garang tau...
okay, beginning with yesterday (monday, 08062009), mlm pagi buta isnin tu kitorang pergi tengok wayang. aku, boy, abg and kak ruby. kitorang pergi tengok NIGHT AT THE MUSEUM pukul 11.55pm, 07062009. tapi boleh di katakan wayang start ketika tarikh telah bertukar ke 08062009. paham tak ayt aku ni? ha, baca balik semula okay kalau tak paham. kitorang sampai terawal pulak sebab aku yang sengal ni pergi tengok waktu siaran pukul 11.10pm. berkejar pergi CS. last2 kena tunggu sejam. apalagi... layan mcD lh... huhu... kak ruby belanja everything malam tu. dari wayang, popcorn and mcD. yummy... ceronoknya...
hari ni pulak, jadual aku pack. aku pergi utm dengan pizah untuk cari bahan untuk PSM. ceh... rajin gile aku kn? pizah belum sampai tapi aku pukul 8.45am dah tercongok depan PSZ. so, ingatkan nk terus cari bahan. aish... takde mood pulak nk buat keje tanpa kawan. haha... so aku menuju section novel. aku nk cari novel2 vampire. aku jumpa anne rice punya then survey2 lagi. jumpa buku lagenda budak setan. wawawa... aku baca masa aku form 2 tak salah. dah lupa ceritanya. aku nk baca balik sebab semalam aku baca paper, novel ni nk di jadikan filem. farid kamil as kasyah, lisa surihani as ayu. and ada pelakon baru as ayu after surgery. sape ntah nama dia taktau... then dalam iklan tu ada gambar fazura. taktau fazura berlakon as sapa sebab dalam lagenda budak setan tak ramai pompuan. i mean tak banyak watak. aku leh pikirkn katerina je. tapi... takkan dia nk padatkn 2 novel dalam 1 filem. hm... kita tunggu saja kemunculannya...
okay, sambung balik cite... then bila pizah sampai, barulah konon2 nak start cari bahan. tapi tiba2 dia ajak pergi KRP pulak. jumpa Dr. Anizu... hui... sangatlah baik orangnya. serius. dah lama tak jumpa orang yang baik macam tu. seronok gile. aku and pizah dapat jadi agen MHS untuk KRP. yahooo!!! tapi... kitorang kena naik awal. 19jun lapor diri. wow... aku macam tak puas cuti lagi. huhu... then kitorang pergi makan johnny's. si pizah sengal tu pergi order pulak banyak. last2 tak habis makan. tulah... nafsu. hoho...
then, malam, baru sebentar tadi, aku satu keluarga pergi jusco bukit indah. huhu... see what my mom bought for me just now. huhu... yeay!! seronoknya... my dream comes true. aku dapat sepasang CROCS. this is my first pair. aku nk beli button CROCS yang cute2 lah... tak sabarnya nak hias2 ia. ceronoknya... nama CROCS sy adalah MINNIE JANE. disney type punya. huhu... best2.
Sunday, June 7, 2009
puasa ~~ t'minum ~~ batal tak??
huhu... dengar tajuk pun dh tau kn aku nk cite pasal puasa. hari ni, adik aku puasa ganti. adik aku lelaki okay. aku ada sorang je adik lelaki. itulah satu2nya, tak ada duanya (aku phrase org ckp ni, agk geli pulak bila membaca). masa Ramadhan hari tu, adik aku masuk hospital, operation. operation bisul. haha... 4 hari dalam wad tu... korang jangan main2. bisul pun masuk wad tau. sebab dia tumbuh kt tempat yg sama kali ketiga. so, doctor sarankan operate utk buang akar2 suma. di mana bisul tu tumbuh? *&^$(@&$W (di sensor kerana terlalu sensitif) wawawa... korang pk apa? huhu...
okay, dia tak puasa 4 hari. so kenalah ganti. aku ni dh berhadapan dengan lelaki yang memang payah nk puasa selain bulan Ramadhan. pertama, ayah aku. sori yah, termentioned ayah pulak kt sini. kedua, gerek aku. sori yang... i saje je nk mentioned name u. dia ni lagilh. puasa sunat pun beria2 ajak aku sahur. kwn2 aku rilek je puasa ganti and sunat. kalau dh namanya laki... selain Ramadhan, memang payah nk puasa. ketiga ni, adik aku... haha... mcm pokok tak kena siram 2 hari.
dia bangun pukul 12pm lebih. mak aku start membebel baru dia bangun. tu pun muka monyok je. aku pk dia nak tantrum suma barg2 dh. aku makan kt dapur, dia masuk tengok. aku halau keluar. aku dalam bilik, dia pun dalam bilik. dia main komputer, aku baca novel. before tu, dia mengaji, ustaz tiba2 muncul. haha... lepas mak ayah aku pergi kenduri kawin belakang rumah, tinggal lah kitorang berdua kat rumah. dia main komputer dalam bilik aku. then dia kuar bilik pergi mane ntah... then tiba2 dia jerit...
"apa dia boy?"
"bejhdjgsgahjodafiubsfk" ni konon2 dia babbling apa bnda nth kat luar tu, aku tak dengar.
"apa dia?? tak dengar lah!!!"
"boy terminum air..."
"hahahahahaha...."
"batal tak?"
"ntah, mane akak tau..."
"tepon ayah tanya..."
"ayah dah nak balik dah... nanti tanya lh sendiri" aku dh bape kali tergelak. ni lah salah satu akibat bila orang tu tak biasa puasa selain bulan Ramadhan. haha...
"padanlah boy rasa lega je minum air tadi..." hahaha... lagi gile aku gelak... adikku, adikku... inilah adik aku. satu2nya adik aku. tak ada duanya. (ni aku phrase cakap org. geli pulak bila baca even dah baca banyak kali).
inilah dia gambar adik aku yang sengal. dahlah lupa pakai seatbelt masa test jpj. benda paling basic pun boleh lupa. tapi sticker 'P' untuk kereta dah beli dah. 1 keta ayh aku, 1 keta mak. haha... badi agaknya beli awal2. hm... memang tak leh blah betul tak pakai seatbelt. nak kata dia gabra... adik aku ni pernah gabra ke? payah2... mintak2 2kali jelah dia test jpj. kang nak sambung belajar susah takde lesen lagi. ntah bila nak amik lesen kang...
p/s : bulan Ramadhan dah semakin mendekat. sesape yang belum ganti, baik ganti cepat. and sesape yang dah lama tak puasa, insaf2 lh yek. bukan aku taktau realiti dunia sekarang ni... jangan di cabar RUKUN ISLAM. (islam ke iman ek?? ha, jangan di cabar RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN). okay tak?
p/s (ii) : malam ni aku nk pergi tengok wayang lagi. kali ni dengan abg and gf dia. syok tak agak2? hm... orang belanja, seronoklh tu agaknya... wah... nk popcorn. cedapnya...
07062009 ~ 8.09pm
rumah aku ~ bilik aku
Saturday, June 6, 2009
outing and shopping day
wow... aku baru je lepas mandi. lega gile... kaki pun dah start lenguh2... sudah sekian lama tidak melakukan walkathon. hari ni, naik tegang urat betis. huhu... and 1 more thing, perut masuk angin. seronok sangat berjalan sampai tak rasa lapar. apatah lagi hari ni pergi dating dgn gerek. wawawa... best2...
hari ni, seperti biasa, aku subuh pukul 7am (walau lambat, at least aku subuh okay. sesetengah orang tu... lanyak je subuh tu... huhu) then, aku selibung baik punya. pagi2 kan sejuk. ngantuk gile. malam semalam aku tido kul 3am sebab baca balik buku new moon. tiba2 mak aku datang... "dik, bangun cuci muka gosok gigi. kita pegi makan charmee". charmee??!! aku memang pantang dengar charmee. cedap gile. tapi belum pukul 8am pun. charmee dah bukak belum? hmm... layankan. aku pun bangunlh, cuci muka, gosok gigi... malas nk mandi lagi. haha... tapi mak and adik aku mandi. geram pulak. tadi yeye suruh orang jangan mandi. tapi dia pulak mandi. sampai kat charmee, 2 kedai je baru bukak. nasib baik charmee bukak. huhu... cedap2...
balik dari charmee, aku smbung tido. haha... ngantuk beb. set alarm pukul 10.45am sebab mak balik pukul 11am. kang ada kena marah asik tido je kang. tapi terlajak. bangun pukul 11am terus siap2 mandi. adik aku layan tido pulak. ai, nk naik angin pun ya. dahlah mandi lama. after dia mandi, ayah lengah2 pulak. patutnya pukul 11am tu gerak pergi THE ZON (our favourite place for shopping). aku ni pulak ada dating dgn gerek. kang pergi lambat, lambatlh aku dapat pergi dating. hmm...
akhirnya, suma siap. aku pun yeye masuk kereta... ingatkn terus pergi THE ZON. tapi rupanya kena pergi kenduri kawin belakang rumah dulu. ai... dh pukul 12pm dah... pukul bape aku nak pergi dating ni??? tolonglh paham perasaan aku. ai... nasib baik tak lama. dah lah aku pakai baju tak proper. tshirt pergi kenduri kawin. hm... takpelah, aku lh yang paling stylo kt kenduri tu. huhu...
sampai2 THE ZON, teman mak beli kasut. mula2 hajat nak beli sepasang je. last2 dia beli 2 pasang. sebab berkenan 2,2. hm... takpelah, untuk kesihatan kaki dia jugak. aku beli payung. so cute. tapi ni aku balik, tak nampak bayang lagi payung aku tu. then pergi tingkat 3, teman boy pilih baju. gile cerewet lelaki ni ek? aku experience dengan boy and gerek. cerewet. kat dia je dh sejam lebih. mak kata lepas tengok baju boy baru tengok baju aku. tapi kalau dh kat boy pun berjam2, bila aku nak pergi dating?
aku suruh gerek amik aku kt THE ZON jelah. then gerek sampai pukul 2pm. komen2 boy jap then terus blah. wayang pukul 3.20pm ni nk kejar. sempat tak? tak sempat... terpaksalh tengok wayang pukul 4.45pm. nak tengok jangan pandang belakang congkak. tapi full. nk tengok night at the museum, full jugak. last2... aku tengok hannah montana. haha... kelakar gile. tak pernah terpikir aku akan tengok hannah montana kt panggung? hm... my persepsi, tak baloi spend rm11 tapi seronok sebab tengok dengan gerek. tapi lagu climb memang best. dah lama gile kitorang tak tengok wayang. last tengok histeria. hehe... kuar wayang kul 6.30pm terus balik rumah. kang balik lambat, mak ayah aku tak bagi keluar dating lagi kang. hehe...
tapi, di kala ni... aku rasa tak best. perut masuk angin. hati rasa sakit. hm... biarlah...
p/s : lepas ni nk cari payung. kalau hilang, memang aku ngamuk. hmm...
06062009 ~ 8.52pm
rumah aku ~ bilik aku
Thursday, June 4, 2009
seat belt... lalala~~
hari ini dalam sejarah... aku bangun subuh kul 7am (ni bangun seperti biasa okay... just nk bagitau apa yang aku buat hari ni). adik aku hari ni test jpj, aku bangun nk ingatkn dia tips2 lh biar dia ingat... aku dok risaukn pasal parking. parking kn byk witnesses. so, silap sikit je memang terus nampak, terus failed... lame gile aku tunggu budak ni balik. siap leh on9 berjam2, mandi, masak 3 lauk lagi... sidai kain... tak muncul2 lagi budaknya... ayah aku balik pun tak muncul2 lagi...
p/s : baju ni idea aku jugak tau... gerek aku buat bisnes printing baju. so, sape2 yg nak buat baju or banner, banting, boleh contact aku. hehe... promote sebentar.
Tuesday, June 2, 2009
result sem II 2008/2009
actually aku dh cek semalam lagi. tak sabar2 nk tengok result. yelah, sem ni kn kos aku huru hara sikit. dengan performance drama, socio yang belaja sendiri tu and macam2 lagi lh... seriuslh huru hara. tu yang cuak gile nk tunggu result kuar. gile takut bawah 3.0. pertama kali cuak macam ni. sampai termimpi2 result. aku experienced cuak macam ni bila ngadap upsr, pmr and spm je. yang lain rilek je even teruk. tapi sem ni macam seangkatan dengan exam2 core tulh...
tapi alhamdulillah... syukur sgt2. even aku t'ingin sangat nk dapat dean (dalam mimpi jelah... haha...), result sem ni kira okay lh... tak teruk sangat and tak hebat pun. cukup2 target aku. gigil2 jari tekan id and password masuk aimsweb tu. nasib baik... lega sangat2. dah tak mimpi2 dh. huhu... then aku tengok result gerek. even dia kata jangan tengok (aku cakap aku tak tengok tapi sebenarnya aku tengok dah), dia punya pun okay. dia target dean tapi tak kesampaian. tak pelah... asalkan tak teruk.
hm... boring gilak dok rumah. jadi bibik. tapi mewah tau jadik bibik kat rumah aku. mintak je apa2 kat mak aku, sure dia bagi. 2 tahun lepas dia bagi aku cincin white gold upah jadi tukang masak kat rumah. haha... mewah tak? kali ni, dia janji nk beli kasut clarks (kasut sarung... mcm tak sesuai untuk masa sekarang tapi serius cun gile. aku berkenan sgt2 tapi not for now kot...) so, kali ni, aku nk mintak dia belikan aku crocs. murah sikit dari clarks. haha... bahagianya aku... tapi untuk cuti kali ni je, dah macam2 dia bagi aku. twilight saga milik aku sudah; all 4 books. bahagianya.... happynya... sukanya... so, yang perlu aku buat, hanyalah jadi budak baik and tolong kemas rumah. mudah kan? huhu...
p/s : ketika ini, gerek ke jerantut semingu... windulh dydy... nanti kita tengok wayang ek. janji tau... u tak bawak i tengok wayang... ha, siaplah... tengoklh apa yg eliyana mampu buat. huhu...
02062009 ~ 4.46pm
rumah aku ~ bilik aku
Monday, June 1, 2009
happy birthday to Mummy
semalam (31may2009) genaplh usia Puan Norzakiah Binti Yusoff 51 tahun... hoho... sori mak, kitorang suma tengah kering. takleh nk bagi apa2 pn. he... nasib baik ayah ada sebagai penyelamat. hehe... so, semalam, kami sambut birthday mak serba sederhana... cukup korum suma ahli keluarga cukuplah... best jgk apa... ni hadiah daripada ayah. romantik jugak ayah aku ni... dia sebok nk bagi bunga. dhlah beli kt MAWAR tu... gile mahal and aku tak puas hati langsung. ceh... harap nama je megah.
dari pagi semalam, kitorang dh gerak g angsana. mak nk beli cincin sempena birthday dia yg ke-51. hehe... dia beli hadiah untuk diri sendiri. kira ok jugaklh... nasib baik Habib tengah sales. dia beli 2 bentuk cincin. cun jugak. aku ada b'kenan 1. dia kata dia takleh belikn untuk aku. dia kta kalau dia belikn cincin mahal untuk aku, kang 'orang' takut nak belikn aku cincin. hm... betul jugak. so, makan dalam jelh tengok cincin mak aku yg cantik tu... uhuk2
petang after balik dari angsana and giant, abang jan sekeluarga datang. hoho... diena makin keletah. geram betul... panggilan terbaru aku, cik run (r tu bunyi cm ren dalam jawi tu). eh, lupa nk cakap, aku bahasakan diri as cik nurul. dulu awl2 dia panggil aku nol, then nunul, then nyunyun, ni jadi cik run plk. bolehlh... aku suka apa2 je dia panggil aku. aqiel pulak semakin montel. suka senyum dah sekarang. kalau dulu asyk berkerut je dahi. sekarang asyk nk senyum je. and dh tumbuh 2 batang gigi. cute gile. geram2... disebabkn kesesakan ekonomi kini, aku and boy tak dapat beli kek. and abang jan datang sebagai penyelamat dengan membeli kek. huhu... diena makan 1 slice sorang2. hebat2...
aqiel dah besar. genap umur 5 bulan esok (2jun2009 sebab dia lahir 2jan2009). montel kan? pipi dia kena gigit nyamuk tu. cian budak ni. cute kn? besar ni mesti hensom. hehe... anak sedara aku kn, mestilh hensom... makcik cantik, nieces mesti cntik jugak, nephews mesti hensom jugak. haha... jeles lh tuh.
p/s : dydy... jadi eh kita tengok wayang. windulh... miz u a bunch. g outstation tu jangan nakal2 tau.
01062009 ~ 3.36pm
rumah aku ~ bilik aku