we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, June 6, 2009

outing and shopping day

wow... aku baru je lepas mandi. lega gile... kaki pun dah start lenguh2... sudah sekian lama tidak melakukan walkathon. hari ni, naik tegang urat betis. huhu... and 1 more thing, perut masuk angin. seronok sangat berjalan sampai tak rasa lapar. apatah lagi hari ni pergi dating dgn gerek. wawawa... best2...

hari ni, seperti biasa, aku subuh pukul 7am (walau lambat, at least aku subuh okay. sesetengah orang tu... lanyak je subuh tu... huhu) then, aku selibung baik punya. pagi2 kan sejuk. ngantuk gile. malam semalam aku tido kul 3am sebab baca balik buku new moon. tiba2 mak aku datang... "dik, bangun cuci muka gosok gigi. kita pegi makan charmee". charmee??!! aku memang pantang dengar charmee. cedap gile. tapi belum pukul 8am pun. charmee dah bukak belum? hmm... layankan. aku pun bangunlh, cuci muka, gosok gigi... malas nk mandi lagi. haha... tapi mak and adik aku mandi. geram pulak. tadi yeye suruh orang jangan mandi. tapi dia pulak mandi. sampai kat charmee, 2 kedai je baru bukak. nasib baik charmee bukak. huhu... cedap2...

balik dari charmee, aku smbung tido. haha... ngantuk beb. set alarm pukul 10.45am sebab mak balik pukul 11am. kang ada kena marah asik tido je kang. tapi terlajak. bangun pukul 11am terus siap2 mandi. adik aku layan tido pulak. ai, nk naik angin pun ya. dahlah mandi lama. after dia mandi, ayah lengah2 pulak. patutnya pukul 11am tu gerak pergi THE ZON (our favourite place for shopping). aku ni pulak ada dating dgn gerek. kang pergi lambat, lambatlh aku dapat pergi dating. hmm...

akhirnya, suma siap. aku pun yeye masuk kereta... ingatkn terus pergi THE ZON. tapi rupanya kena pergi kenduri kawin belakang rumah dulu. ai... dh pukul 12pm dah... pukul bape aku nak pergi dating ni??? tolonglh paham perasaan aku. ai... nasib baik tak lama. dah lah aku pakai baju tak proper. tshirt pergi kenduri kawin. hm... takpelah, aku lh yang paling stylo kt kenduri tu. huhu...

sampai2 THE ZON, teman mak beli kasut. mula2 hajat nak beli sepasang je. last2 dia beli 2 pasang. sebab berkenan 2,2. hm... takpelah, untuk kesihatan kaki dia jugak. aku beli payung. so cute. tapi ni aku balik, tak nampak bayang lagi payung aku tu. then pergi tingkat 3, teman boy pilih baju. gile cerewet lelaki ni ek? aku experience dengan boy and gerek. cerewet. kat dia je dh sejam lebih. mak kata lepas tengok baju boy baru tengok baju aku. tapi kalau dh kat boy pun berjam2, bila aku nak pergi dating?

aku suruh gerek amik aku kt THE ZON jelah. then gerek sampai pukul 2pm. komen2 boy jap then terus blah. wayang pukul 3.20pm ni nk kejar. sempat tak? tak sempat... terpaksalh tengok wayang pukul 4.45pm. nak tengok jangan pandang belakang congkak. tapi full. nk tengok night at the museum, full jugak. last2... aku tengok hannah montana. haha... kelakar gile. tak pernah terpikir aku akan tengok hannah montana kt panggung? hm... my persepsi, tak baloi spend rm11 tapi seronok sebab tengok dengan gerek. tapi lagu climb memang best. dah lama gile kitorang tak tengok wayang. last tengok histeria. hehe... kuar wayang kul 6.30pm terus balik rumah. kang balik lambat, mak ayah aku tak bagi keluar dating lagi kang. hehe...

tapi, di kala ni... aku rasa tak best. perut masuk angin. hati rasa sakit. hm... biarlah...



p/s : lepas ni nk cari payung. kalau hilang, memang aku ngamuk. hmm...




06062009 ~ 8.52pm
rumah aku ~ bilik aku

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com