we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, November 6, 2010

Selamat Bertunang Cik Baizura~

hai2 you all... aku sebenarnya nak update blog esok. but ada request dari kawan gerek nak tengok gambar kawan aku bertunang tadi. selalunya aku tak upload pictures kat FB. tak tahulah... macam tak suka letak pictures kat FB. tak tahulah mengapa perangai pelikku ini. jadinya... aku update pasal kawan aku bertunang tu malam ni jugak. gigih ni. hehe... excited actually nak update but pikir nak bagi 'waktu bertenang' untuk blog aku ni. hehe... gigih2.

okay, perjalanan merancang ke rumah Bai ni pun macam satu cabaran. gerek pergi langkawi. macam mane aku nak pergi. dahlah jauh rumah Bai ni. plus, tak pernah capai ke Bandar Indahpura. lainlah Bandar Baru Uda. sekelip mata aku sampai. hehe... dan... Mohd Amir comes to the rescue. dan bergeraklah kami dalam pukul 2pm. fetch Cik Hafizah jugak. dan cabaran bagi kami... sesat woo... almost an hour sesat. huhu... nasib baik adanya farhan tunggu tepi jalan menjadi penanda arah. kikiki... aku patut sarankan farhan bagai sepanduk "Rumah Baizura" kan? hehe...

okay, mari kita lihat bride-to-be... Cik Baizura. future Mrs. Haidir. cun kan? seksi you... kawan aku ni memang cun dari sekolah. suara menyanyi pun sedap. pernah perform nyanyi lagu Menghitung Hari time matrix okay. huhu... kalau time sekolah, nanti cikgu aku suka paksa Bai berpuisi. suara best kan. aku? underdog. huhu...


ini pelamin dia. huhu... grand wa cakap sama lu beb... siap pasang khemah ini minah bertunang. nasib baik dia pasang tau. sebab hujan turun ketika aku sedang bersantap. hehe... mula2 cik hapisang takmo makan... then aku bersantap dengan penuh keenakan, dia pulak over ambil makanan+dessert. siap rembat lauk aku lagi. huhu...


okay, ini hantaran dari lelaki untuk perempuan. 5 dulang... cincin, baju nikah, buah, kek dan sirih.


ini hantaran perempuan untuk lelaki. 7 dulang... baju nikah, perfume, chocolate, kek, sirih, sejadah+Al-Qur'an, buah. Bai gubah sendiri okay. huhu... kreatif bai ni jugak kan? bai, nak upah ko boleh? kedekut punya bai. dengan member pun nak berkira. huhu...


ini... cik Bai, cik Yanna dan cik Hafiza. oh hai... sorry, aku memang rendah. yelah... nak compatible dengan gerek. apa cerita if aku lebih tinggi dari gerek? hehe... murah rezeki kan.


kemudian... apa lagi... selepas bermajlis, makan2 taking2 pictures di rumah bai, time untuk ber'hanging bertiga! yeay! so... SB taman Universiti lah hinggapan setia kami. di layan oleh Balqis. huhu... makan Snow Strawberry Donut. dapat strawberry yang besar!


cik Hafiza bersama Iphone idamannya... wow! hebat piz. kita dah jadi golongan wifi di mana2. huhu...



okay, di sini... secara rasminya ingin mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Bertunang untuk kawan saya yang disayangi. Baizura Md Zin. semoga kekal ke jinjang pelamin bersama pasangan anda dan rumahtangga kekal ke hujung nyawa. yeay! raikan cinta!






p/s (i) : adoi... susah perbincangan yang tidak membawa ke mana ni... adoi... please... please... please... pening sudah!

p/s (ii) : seminggu 2 kali SB. piz, kita memang kaya. haha...

p/s (iii) : happy birthday hapisang, in advance... bak kata Mohd Amir. huhu...

p/s (iv) : mari sambung menanda. esok busy pulak nak ke Pasir Gudang. oh hai... tension pulak pikir.







06112010 ~ 11.34pm
rumah aku ~ bilik aku

3 comments:

me myself. said...

haha.tq2. twice a week. mau gemuk la kn kita. kalah mase study week

Unknown said...

thanks yanna coz upload gambar! kiss u 2x la cini! lawa seyh bai~ nmpk kurus gila! pelamin vavavoom! meletup!!! -lyan-

yanna yazed said...

piz : haha... tulah psl... lps ni xleh until... u know when. haha...

lyan : hehe... mmg baik kurus. i siap pgg perut dia. bai dgn sengalnya mnjawab, "apa pgg2 perut aku? aku tak pregnant eh. aku baru bertunang aje tau" haha... sengal pny bai.

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com